Blogger templates

Ke JB Ke Kita : Thomas Town, Puteri Harbour Park

Assalamualaikum.

Hai guys bertemu kembali. Eceh, kemain macam ramai nau yang baca entry blog ni, kan kehkeh.

Sudah kembali on track. Memang kebiasaannya beberapa bulan sekali akan hybenate; tak tahu kenapa well biasalah busy sangat. Bila dah busy, lalu keletihan maka keinginan untuk menulis itu kelaut dalam perginya.

Dua minggu lepas saya on leave. Ambil cuti sebab berkebetulan husband cuti panjang. Biasalah dia tu entah bila nak habis cuti agaknya. Saya jugak yang selalu kena tegur supaya jaga cuti jangan bagi habis. Takut kena unpaid katanya. Erm, tinggal sebulan lagi, kot?. Takpelah, look at positive side gitu. Bersyukur dapat bos terlebih prihatin 😃

At first saya plan nak jalan jalan cari makan ke Kuantan. More likely nak visit Mekna. Lama betul tak jumpa. Macam-macam tempat makan dah dalam list. Belum campur list order dessert Mekna lagi.

Rupanya impian masih belum dapat jadi kenyataan 😢.

Lalu merubah haluan kami dari ke pantai timur ke selatan pula. Jangan ditanya kenapa.


Puteri Harbour Park. Again. 

Ada anak kecik, begitulah. Asalnya nak ke Legoland tapi tak jadi. Not the time yet eheh. Mujur juga tak jadi sebab hari kami sampai tu hujan selebat-lebatnya. 

Puteri Harbour ada dua park. Sanrio Hello Kitty Town & Thomas Town.

Last year kita dah visit Hello Kitty. So this year kita pergi visit Thomas and friends pula.

Harga tiket slightly increase from last year. Sebab GST mungkin, 😆. 

Harga boleh refer dalam website. Diskaun 20% untuk Mykad holder. Tapi ini hanya boleh diberi untuk pembelian di kaunter sahaja. Tunjuk mykad parents. Free entrance for kids below 3.














Thomas Town ni more to playland. Lain sangat dengan Hello Kitty Town.

Antara aktiviti adalah Bertie The Bus, Helitours Ride, Thomas Train Ride, Windmill Ride dan sebagainya. 

Banyak show juga dan kesemuanya bertempat di The Stage. 

Boleh refer park map untuk lebih jelas.


The Stage.

Siap ada bean bag untuk you all lepak-lepas sambil tengok show. Curlas gitchu.

Keseluruhan Thomas Town & Friends ini ada 2 floor. Second and third floor.

Oh, one thing yang best is now kita boleh keluar masuk park anytime. Asalkan tag dekat tangan tidak ditanggalkan. Kalau last year tak boleh, lapar kalu kena makan dekat cafe dalam park. 

Sudahlah tak sedap, mahal pula tu sobs.



Our Little Angelina's.

Aktiviti tak sampai 10 minit 😂😂 tapi nak tunggu Angelina datang bukan main lama lagi haha. Khadeejah well behave. Sebelum Angelina datang dia saja yang melompat-lompat atas stage. Bila Angelina sampai terus melalak 😏😏😏 nampak macam sado tapi penakut. Memang pantang jumpa mascot bergerak-gerak, dia yang lari dulu.

Nothing much to do. Banyak play area, ride and so on. Ada giant puzzle juga. Anak-anak paling suka Bob The Builder Play Structure. Berjam dalam tu. Paling best mak ayah pun boleh masuk sekali. Merasalah mommy slide sampai cramp kaki 🙆🙆.

That day kami sampai jam 11 pagi. Selesai semua dalam jam 4 petang.


Before we bid goodbye.

Sesi wajib. Asal beli, walaupun cuma sebiji gula-gula. Kakak dapat satu, adik pun kena dapat satu juga. Begitulah visi mereka berdua dalam misi mengenakan mommy dan ayah.

🙏🙏🙏

So after shopping session, kami bergerak terus ke Bandar JB. Seperti biasa, meeting-session le hubs dan kawan-kawannya. Begitulah keadaannya kalau kawan bersepah diserata pelusuk negara 🙇.

Sehingga bertemu lagi. Next entry kita share penginapan murah di JB occay.

Take care people 💓💓💓