Blogger templates

minggu-minggu terakhir



....bulan ketujuh. berdebar hati nak menjejak bulan ke-lapan.
Alhamdulillah, sehingga saat ini masih dikurniakan kesihatan yang baik. even back-pain dah selalu sgt menjengah. si kecil dlm ni pun dah bertambah-tambah aktifnya. smpai kadang-kadang aku mengadu pd hubby ttg ke'tak-selesa'-an aku. tp apa boleh buat, dah fitrahnya mcm itu. apa-pun aku bersyukur sbb tak semua orang diberi peluang untuk rasa semua ni.
Hujung minggu lepas adalah sangat hectic. famili dari Johor semua bertandang ke KL. kakak mak (a.k.a makcik aku) admit hospital kerana di-diagnos menghidap kanser hati. Allah, sungguh-sungguh ujian kali ni. semua secara tiba-tiba. buat mak, dan keluarga makcik aku tu, semoga tabah menghadapi ujian ini. walaupun mungkin pada pandangan doktor harapan tu cuma sedikit, Allah lebih mengetahui semuanya. sama-sama kita doa yang terbaik, ya?.
Pencarian hospital untuk membuat 4D scan sudah berakhir. aku dah pun buat appointment di KPJ. tak sabar rasanya nk jenguk baby dlm tummy ni. hiks!.
Owh. saudara mara yg sempat jumpa aku minggu lalu semuanya kata yg aku membawa 'baby boy'. xoxo. sungguh takleh blah. sbb dlm baby hospital bag semua adalah barang-barang berwarna pink. haha. nasibla kan.
Minggu depan adalah permulaan minggu baru U*M. ohh, maknanya trimester baru akan menjengah untuk kesekian kalinya. aku akan bergelar pelajar semula, yang mana aku rasa trimester kali ni akan lebih memberi tekanan baik dari segi fizikal dan metal. semoga dengan sokongan suami, keluarga dan kawan-kawan akan membantu aku mengharunginya, Insya-Allah.
Opss..sekarang ni aku dan suami berada dalam dilema, which is dimana harus aku deliver nanti. buat masa ni, checkup aku buat di pvt dan gomen juga. ada yg suruh aku deliver kat private : dengan alasan suasana yg selesa dan layan yg mesra. ada yg suggest di government hosp (GH) je : cause jimat and sekarang pun GH dh bagus, especially kat pjaya. tp aku tak berapa yakin dengan GH. plus doktor-doktornya adalah campur-campur. i mean, kita takleh pilih the doctor. mcm aku, aku lebih prefer dengan doktor perempuan. jd bila aku fikir ttg deliver di government, persoalan yg menjadi halangan terbesar adalah doktor lelaki. kat private pulak, memang aku ada choice. cuma mungkin bg sesetengah individu, kos tu yang mendatangkan masalah. atau mungkin ada yg fikir, lepas bersalin lagi banyak nk pakai duit. jd better saving untuk hal-hal selepas deliver. ohh. kedua-dua ada betulnya. dan sekarang aku dah jadi terlalu confuse - kat mana aku nak deliver nanti.
hah!. sangat panjang entry kali ni. ni la jadi bila badan letih and kepala serabut.
**dua-tiga kali aku tengok gambar yg aku attach-kan di atas. sirius buat aku ngeri!**

9 busy bees:

myra miraei said... Reply To This Comment

sabar kak... i'Allah sume nyer akan ok2 ajew... jangan laa berpantang g claz smpai 2 months wokeh ;p

ina said... Reply To This Comment

haa...dh jumpa blog awk...

chempaka said... Reply To This Comment

nak tgk picca baby..hehe!

Kite rasa la kan.. mana2 sepital pun sama gak! Yang penting layanan nurse2 tu sumer... klu muka pun cam godzilla nak layan org time sakit nak bersalin tuh... hish!!! mintak2 dijauhkan laaa....

Ann said... Reply To This Comment

mun : Insya-Allah. doakan la suma nya selamat. aku nk mintak coti 2 bulan. biar lama sikit kowang rindu aku nnt. har..har..


chempaka : sakit memang suma sama. cuma yg takleh consider tu if kena ngn doc lelaki..

myra miraei said... Reply To This Comment

adeh kak..ape kes laa ktowng nak rindu...;p tkut exec rindu jew nak withdraw akk harharhar..un.. coz lme bebenar xattend claz hihih

Mama.Cira said... Reply To This Comment

1st, aku pelik apesal new n3 ko x masuk dalam bloglist aku.. aku x tau ko update n3 ke tak.. huhu..

2nd, kalau ko xde ape masalah semasa mengandung ni, spt kencing manis, darah tinggi, songsang dll tuh, better deliver kat private.. tapi kalau ada masalah², lagi baik kat gov. Kat gov kemudahan adalah sgt mencukupi spt bekalan darah dll.

3rd, nape x buat 3d scan kat Vision College, sana murah.. around rm60 plus cd skali. kalau nak kena call awal, sebab kena buat appoinment dulu..

mana²pun ko nak deliver, yang penting adalah keselamatan baby dan diri ko..

Irtiyah said... Reply To This Comment

Salam

InsyaAllah semua berjalan dengan baik :). Baby aktif sebab tak sabar nak jumpa ibu dan ayah. Semoga semua selamat.

Ann said... Reply To This Comment

munira : sebelum dia withdraw aku, aku withdraw dia dulu. har..har..

laini :

1st - aku pun perasan psl tu. masih jugak entry chest putih tu kan?. hehe.

2nd - so far Alhamdulillah, sepanjang checkup kat gomen aku tak ada apa2 mslh lg. cuma mula2 dulu baby breech tp doktor kata skang dh normal. hopefully smpai ke hujung pregnancy lah, Insya-Allah.

3rd - Vison College dah fully booked. lagipun dia boleh buat smpai week 32 je. next week aku dh masuk week 32 so terpaksa la pi pvt lain. harga VC mmg murah, nk compare kpj, 3x ganda dia charge tp nk wat mcm mana kan..

ape pun, doakan la aku n bby selamat ya?.

Irtiyah : Insya-Allah. doakan semuanya berjalan dengan baik.

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ said... Reply To This Comment

salam singgah

semoga selamat semuanya

betul kata fareni tu, if takde ape2 masalah leh bersalin kat pvt..tapi pvt pon kan..in case ade emergency case yg depa takleh nak setel, spital gomen jugekler diterjah tau..

ape2 pon..mane2 pon boley, janji bb & mommy dia selamat udah...

jon tukar2 link..:-)

Post a Comment