Blogger templates

Week 32

start week 32 by being hospitalized for 3 days.

7-11-09
Me and hubby pagi-pagi dah bersiap, nk kejar MyDear Warehouse sale yg dah nak berakhir. tak ada plan pun nak beli apa since preparation dah buat sikit-sikit sejak bulan 9 hari tu. niat dalam hati hanya nk tengok and beli apa yang masih tak ada and nak survey for baby cot.

After breakfast kami terus shoot ke Puchong. as usual, warehouse sale hari tu adalah sangat panas dan penuh orang. berpeluh jugakla kami. sejam je cukup utk kami ambil apa yang perlu (mostly adalah baby punya toys). cot pun survey gitu aje sebab takde langsung yang berkenan di hati hubby especially.
By afternoon kami dah kat rumah. then dapat call informed that family akan ke KL lagi utk visit my auntie yang sakit tu. ok. perlu beli barang dapur sbb mereka-mereka semua semestinya akan bermalam di rumah kami.
By 4p.m. aku dah rasa sakit. sakit yang kerap. perut tu mengeras kejap-kejap. mula tak risau sangat. hubby suh aku rehat. dalam kepala fikir maybe aku sakit sbb banyak berjalan. tp makin lama makin sakit. kekerapan sakit tu smpai buat aku tak sempat nak tarik nafas. tp masih buat tak tahu. kunun-kunun sakit biasa.
Smpai 8p.m. hubby and aku pegi Sg. Besi. fetch abah yang baru smpai dr mesyuarat di sekitar KL. perut masih sakit. tetap tahankan. singgah makan di Bangi before hantar abah di rumah. then hubby shoot ke hospital Pjaya since sakit perut aku dah tak tertahan.
9.30p.m. aku dah ada di labour room. mula-mula CTG. pastu VE procedure (if i'm not mistaken - sbb banyak sangat procedure yg aku tak sure namanya). time tu CTG result dah tak ok. masa dia seluk bawah aku tu memang dah sakit sangat. patutla tiap kali aku baca pengalaman bersalin org lain suma komplen menda sama. eiii, tak sanggup nk ingat balik. doktor dah sibuk kesana-sini mencari ventilator. aku dah suspen, takkan aku dah nk bersalin?. klu bersalin sure anak aku premature baby. masa tu airmata dah berderai. rasa kerdil sgt. cuma mampu selawat dan doa supaya baby aku tak apa-apa.
nurse minta aku tukar baju. then dia bawak aku berbual. maybe nk bagi relax lepas dia tengok aku melalak-lalak sendiri. time tu hubby tak di bagi masuk. kejam sungguh. CTG kali kedua pun tunjuk result yang sama. so, ends up being warded. dos pertama untuk matangkan paru-paru baby di-inject melalui boops*. Allah je tau sakitnya. setengah jam jugakla baring mengiring.
11.30p.m. baru hubby dibenarkan masuk. once nampak muka dia, terus airmata aku ni tak stop keluar. sedih sangat. suara dah tak ada nk cerita apa-apa. at last, nurse beritahu hubs a little then dia shoot balik rumah untuk bawa barang me and our baby.
almost 1a.m. hubby dtg balik with mak yg baru smpai from Johor. sedih sbb mak tak dapat masuk. masa tu aku separa sedar akibat pethidine (not sure the correct spelling). sedih and sayu sebab husband tak dapat temankan aku malam tu. procedure dlm isolation room - husband tak boleh teman isteri unless masa sakit nk bersalin. so, redha saja.
8-11-09
Awal pagi aku bersiap. ingat dah boleh balik. tapi hasrat tak kesampaian. nurse kata aku kena isolate for another 24 hours. ohh. lepas breakfast aku dihantar ke wad. 4-bedded room dimana ketiga-tiga patient yang lain adalah ibu-ibu baru yang telah selamat deliver baby : yang kesemuanya perempuan. hehe. mcm berjanji. tumpang happy. tp aku masih belum ada perasaan untuk itu. sebab aku tau anak aku masih belum cukup kuat untuk bernafas sendiri.
Dos kedua untuk matangkan paru-paru baby di-inject lagi. sangat sakit. masa ni husband memang sentiasa ada di sisi. nurse datang check every 2 hours. ambil pressure dan check jantung baby. Alhamdulillah, baby still move mcm biasa cuma perut aku masih tegang kejap-kejap. doktor suggest aku diberi ubat untuk kurangkan contraction tu. sebab bimbang if keadaan tu berterusan akan membuat laluan baby terbuka and menyebabkan aku bersalin awal.
9-11-09
Lepas breakfast, aku diberi lagi ubat untuk hilangkan contraction tu. then, specialist datang tanya macam-macam soalan. tengok rekod, aku dah dipantau lebih dari 24 jam and contraction tu pun dah tak kerap sangat. Alhamdulillah. happy bila doktor kata aku dibenarkan discharge. dengan syarat, CTG aku before discharge mesti cantik. berbekalkan air zam-zam yang mak bawakan, aku minum sambil doa and pujuk baby supaya dia bertahan, at least for another 4 weeks.
So, sekarang aku ada di rumah, rehat-rehat dengan MC berbaki 1 hari. husband pun sangat ambil berat dengan apa yang aku buat sejak keluar wad. mungkin pengajaran untuk dia juga atas apa yang terjadi. pantang aku pegang perut sikit, dia akan mula soal itu ini.
Terima kasih untuk hubs, famili(ies) dan teman-teman yang banyak bantu and bagi nasihat. and many thanks juga kepada coursemate yg tolong tanyakan itu ini tentang ke'lambat'an aku daftar untuk semester baru U*M. Alhamdulillah aku dah selamat daftar dan akan jumpa kamu-kamu semua next week ya?.
Untuk dearest baby, semua orang mendoakan kesejahteraan kamu di dalam situ. semoga kamu sabar menunggu beberapa minggu lagi sebelum tiba waktunya kamu bertemu kami semua. semoga kamu sihat dan sempurna hendaknya bila keluar nanti. dan semoga kamu nanti menjadi permata yang akan membahagiakan kami semua, Insya-Allah.
Thanks untuk blogger(s) yang singgah. maaf seminggu ni tak sempat berjalan-jalan melawat blog anda, apa lagi untuk tinggalkan komen. salam kenal untuk kawan baru juga. ada masa aku terjah blog korang pulak ya?.



4 busy bees:

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ said... Reply To This Comment

salam..
get well soon ya..

baby..auntie doakan semoga bb sabar ya.jgn kuar dulu..:-)

Mama.Cira said... Reply To This Comment

raihan.. aku terkejut~!

banyakkan rehat k.
jgn stress sgt.
semoga baby sihat2 jer kat dalam tuh.
x lama lagi..
tinggal berapa minggu saje lagi.

masa nak deliever nanti..
jgn fikir sgt ttg sakitnya..
set dalam pikiran
memang beranak itu sakit.
kuatkan semangat ok~

intan izani said... Reply To This Comment

meremang bulu roma bace
ingatkan awak dah nak bersalin
suspen sgt

baby sabar ye dalam perut mummy raihan...

semoga selamat melahirkan nanti
sudikanlah doakan untuk intan yg masih belum ada rezeki ni

;(

Screw Aliyah! said... Reply To This Comment

adeh adeh..ngeri!!! kena seluk tu ngeri!!

aku adalah :

MissGEli

Post a Comment