Blogger templates

Happy second weeklisary dear baby!




dear reader, my baby is already two weeks old. how time flies.
and me, masih lagi mengadaptasi proses motherhood. belajar jadi ibu, belajar buat susu (owh. i am not exclusively BF my little girl as my milk production seems not enough for her. kalau BF, i still need to give her FM. *sad*), belajar bersabar, belajar berjaga tak kira masa, belajar kurangkan waktu tidur and cuddle her most of the time especially time dia nak tido.
sleeping pattern Kaish still tak tetap. tapi dah boleh diagak. if aku bagi dia tido je waktu daytime, memang jawabnya berjaga la aku and husband nak tidokan dia waktu malam. lagi aku and husband tak nak biasakan dia dengan buaian. so, dengan dua tangan ni lah yang tepuk-tepuk dari mata dia bulat sampai la lena. kadang tu, baru nak letak atas tilam, dia terjaga balik. sabarrr aje lah.
cuti husband tinggal satu minggu. means that next sunday dia akan balik ke KL untuk sambung bertugas. tsk.tsk. tak dpt bayangkan berjaga malam tanpa dia. sebab most of the time dia yang buat susu untuk Kaish, nyanyi selawat malam2 kalau Kaish buat hal tak nak tido. sedih.
sekarang dah mula risau tentang pengasuh untuk Kaish bila aku dah start kerja nanti. bukan apa, jadual aku and husband tak tentu, jadi mcm susah nk cari orang yang ngam dengan timeline kami. dengan kerja - belajar lagi. mak suggest tinggalkan Kaish kat kampung, sbb ramai boleh tolong jaga, tp aku yang tak sanggup. ada terfikir nak extend study smpai Kaish umur setahun, tapi aku rasa sayang sbb rugi je, next year dah habis. kalau boleh aku malas nk tangguh2 study. nak cepat habis, and cari kerja lain yang lebih baik. pastu dah boleh cuddle baby 24 hours.
ohh. Kaish sangat suka bila nenek dia mandikan dalam swimming basin dia tu. pastu urut2 badan, kaki, tangan segala dengan baby oil. ops. Kaish kalau pakai baju mesti tak pakai seluar sbb nenek kata panjang baju dah mcm mini skirt. so tak payah seluar. haha. bayangkan lah betapa keciknya anak aku tu. tp tak apa, ibu doa semoga Kaish cepat besar so boleh pakai semua baju yang ibu belikan untuk Kaish, oke. boring oke tengok dia pakai baju yang sama ulang2 sbb kebanyakan baju aku beli besar belaka. ;p

okey, enuff about baby. ibu baby Alhamdulillah sihat. belum sepenuhnya tapi sakit2 stiches tu semua dah tak ada. dah boleh duduk dlm pelbagai gaya skang ni. hehe. proses pantang adalah sangat best sbb tak terlalu ketat. so far belum pernah lagi mak aku hidangkan ikan haruan. bengkung yang merimaskan tu pun aku pakai waktu pagi smpai tengahari, pastu buka and pakai balik time nak tido since aku kena gatal2 masa second day proses berurut kerana alahan yang teruk. membazir duit aku je beli set pas bersalin mahal-mahal tapi tak guna.


ok. setakat itu dulu. baby Kaish dah jaga so kena bagi susu dulu. if ada readers yang ada tips untuk banyakkan susu, pls share with me ya since aku adalah sangat mahu fully BF anak aku. mana tau ada rezeki Kaish, kan?.

till then,

13 busy bees:

Mama.Cira said... Reply To This Comment

raihan.. skrg masa ko belajar untuk buat susu..
satu masak belajar masak bubur baby lak cam aku..
selagi kita hidup
selagi tu la kita akan terus belajar
anak semakin hari semakin membesar
semakin banyak ragamnya..

aku setuju sgt bila ko kate x nak bg anak buai..
mmg susah nak tidokan anak
tapi ko cuba la yer..
semoga berjaya...

best baca pengalaman ko skrg
teringat kembali masa² aku dulu..

muah kat kaish..

*tak gi sabah rumah mentua ke?? ke diorang yang datang jenguk?

Hannah Johary said... Reply To This Comment

Saya tak ada susu on the 1st & 2nd day. Sampai nangis tengok baby lapar.

3rd day mak buatkan sup lobak putih campur sawi, esoknya air susu melimpah macam air terjun sampai panic dibuatnya. Haha.

Sampai sekarang fully breastfeed.

Try la. Mana tahu berkesan untuk awak juga. :)

sharEna said... Reply To This Comment

mcm hannah tulis, aku pn dgr lobak putih blh bykkn air susu. ko try k! emm..pastu kene minum air putih byk kot..opismate aku dulu mase dia BF anak dia mmg sllu minum air bergelen2..tp time pantang xtolah blh ke tak..ok kott hehhh :p

Intan and The Boys said... Reply To This Comment

kaish nampak tenang je. geram tau!

awak belajar slow2 ok.
memang banyak benda yang kena tahu. kite masa mula2 pegang khalish pon gigil2. hahaha.

yup. kalau boleh jgn biasakan kaish ngan buai. cam khalish, alhamdulillah, takla menggagau carik buai kalau pi umah orang.

take care ok. kisses for kaish.
:)

@ MaMa ALyA @ said... Reply To This Comment

hye raihan... anak kita beza sehari jer kan..neway congrat!!
nurul pun masa awal2 takde susu.. sekarang ni susu melimpah ruah terutama lepas berurut hari tu.. sampai bengkak2 la.. hehe..

Ann said... Reply To This Comment

Laini : satu hari nanti aku akan minta ko ajar aku buat bubur untuk baby pulak. mcm seronok je tengok ko prepare bubur untuk cira tu. ;p

*aku x plan nk balik sbh dlm masa terdekat ni. takut Kaish melalak dlm flight, karang haru jadiknya. in law je yg dtg next month, Insy-Allah*

Hannah :seronoknya awk dpt fully BF Myiesha. mak saya buatkan sup lobak putih hari2 tapi susu tak pulak keluar melimpah2. setakat boleh untuk Kaish hisap but mcm tak mencukupi. sedih tau.

Teppei : hari2 aku mkn sup lobak putih, but still susu gitu2 jek. may be aku kena minum air bergelen2 mcm kwn ko tu jugak kot..

Intanhez : thanks sudi jenguk Kaish. memang kalau boleh tak nak biasakan dia dengan buai. susah nnt kalau pergi rumah orang atau time htr rumah pengasuh.

Nurul : rezeki baby Alya kan?. Alhamdulillah, awk dpt fully BF kan baby. harap2 nanti saya pun akan dpt fully BF kan baby Kaish, Insya-Allah.

@ MaMa ALyA @ said... Reply To This Comment

awak..cuba mkn oat setiap pagi.. insyaAllah.. :-)..air pun kena minum lebih,,,,

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ said... Reply To This Comment

air kosong kene minum byk..
pastu sayur2 yg leh bnykkan susu kene ambil dari sekarang

insyaAllah..susu kamu byk nnti..

gud luck

Hannah Johary said... Reply To This Comment

La. Ye ke. Tu la 1st & 2nd day memang tak ada susu jugak. Sampai menangis tengok Myiesha lapar. Memang sedih.

Apa-apapun usaha je. InsyaAllah nanti ada. Saya doakan awak juga. Cheer up! :)

ShArpRyZa said... Reply To This Comment

Sayangnye..awk tak bg breastfeed anak awk raihan..awk kene byk bersabar n tabah. Memang jadiki bu penat, tapi bile kite menyusukan anak kite..hilang segala kepenatan kite..seronok tak terkate bile kite menyusukan dia.
Awak mesti selalu kasi dia rangsangan kat breast awk..baru susu akan keluar. Suruh suami awk urut belakang awk jgk bole mempercepatkan aliran susu.
Bykkan minum susu (Anmum Lacta)
Mkn sayur sawi, kailan, lobak putih, kucai n jantung pisang
Jgn mudah putus asa...kene kuat semangat demi Kaish k..

Ann said... Reply To This Comment

Nurul : oat belum try, but dah start minum air sampai kembung.

Rose : thanks. skang dlm proses kembungkan perut dengan air masak. hopefully susu banyak nanti, Insya-Allah.

Hannah : Insya-Allah, tak pernah lekang usaha untuk Kaish.

Sharpryza : bukan tak nak BF Kaish, saya still BF dia cuma mungkin supply susu saya utk dia tak mencukupi thats why saya kena bg FM jugak.

zaza said... Reply To This Comment

raihan..
sy dah tuka blog taw..
sorry lambat reply sb tak prasan
cos u drop by kat blog lame..

msh belom deliver lg..
mcm lambat lg je..10days more to go..
moga2 keluar sbl due lah..

dulu ms 6months..sy minum milo
malaysia..susu keluar..kdg2 habis baju tompok2..tp tataula dlm pantang boleh ke tak minum milo kekadang milo ni mendatangkan sembelit..

yaya+frdz+auf said... Reply To This Comment

dear kawan baru,
hye...salam kenalan. saye pon first time mother n try nk BF fully anak saya. mmg cabaran la... mase 1st - 3rd day susu kuar titis2 aje... hari2 jugak makan makanan yg bykkan susu.... siap tnya dokter. dia ckp kite kena kasik baby suck seberapa lama dia nak sebab itu la sumulation for susu kuar... saye pon susu xde la byk, tp rasanya alhamdullilah cukup kot utk auf. still trying the best. gud luck. sama2 la kite cube n berusaha ek.

Post a Comment