Blogger templates

Kisah Kaish, tiroid test dan susu formula

mcm biasa. time anak tido baru ibu ada masa untuk update blog. ;p

saja nk update tentang Kaish kat sini. tak mau buat separate blog untuk dia. blog yang ini pun jarang berupdate. apa lagi nak create yg lain utk anak. harap anda tak jemu baca cerita ttg anak dara aku tu.

Kaish lahir kat Putrajaya Hospital, 1/1/2010. once lahir, automatically darah pada tali pusat akan diambil untuk diuji. takut baby ada penyakit. so do Kaish. masa discharged, aku and husband tak diberitahu apa-apa so kami fikir anak dara kami tu tak ada apa-apa masalah.

lima hari after deliver, masa tu aku telah pun berada di kampung untuk confinement. dapat call dari Putrajaya Hospital, tentunya mengenai anak dara kami tu. rupanya result untuk tiroid test Kaish lebih daripada 25 (normal sepatutnya bawah 25). kami dipanggil untuk repeat test for confirmation. masa tu dalam hati Allah saja yang tau. airmata dah berbaldi-baldi tumpah. walaupun that time kami masih blur dengan apa yang berlaku.

bila dah kembali tenang, aku telefon pihak hospital. minta penjelasan tentang penyakit itu. rupanya, tiroid ni berlaku bila kelenjar mengeluarkan air liur yang berlebihan. yang menyebabkan leher membengkak. tak ada cara untuk buang bengkak tu, tak ada ubat untuk bagi baik, cuma ada ubat untuk mengurangkan kesan bengkak yang besar tu.

niat hati nak balik and repeat test tu di Putrajaya since boleh dapat result cepat. menumpang di klinik tempat aku berpantang ni makan masa 3 minggu. lama. tapi mak tak benarkan. lagipun aku masih dalam keadaan sakit. tak berani ambik risiko.

kami akhirnya repeat test tu di Johor saja. sambil dalam hati sabar tunggu result yang makan masa 3 minggu itu. masa tu, susah nak cakap, aku sangat sensitif and tiap kali pandang muka Kaish, airmata aku pasti berjurai-jurai.

Isnin lepas, genap Kaish satu bulan. dan cukup juga 3 minggu tempoh untuk dapatkan result test itu. Alhamdulillah, doktor bagitahu result repeat test Kaish tu adalah normal. and tak ada apa yang perlu kami bimbangkan. mungkin masa test pertama dibuat dulu, hormon baby masih belum stable. so far, keputusan tu menunjukkan yang Kaish bebas dari penyakit itu. Alhamdulillah. syukur.

oh. jump to FM. anak dara aku bukanlah exclusively BF. niat hati memang nak buat tapi supply susu adalah tidak memberangsangkan. so far aku pilih Isomil Advance sebagai makanan utama dia selain BF. selalunya daytime Kaish akan minum FM tetapi malam aku pastikan dia akan BF sepenuhnya. memang perasaan seronok bila tengok anak BF dengan kita. rasa puas sangat. sangat beruntung kawan2 yg fully BF, for sure kepuasan tu lagi maximum, kan?.

mula-mula bagi Isomil pada Kaish, tak ada masalah sangat. cuma lama-lama poo-poo dia cam keras sikit. kesian tengok bila dia nak membuang mesti nangis and merah-merah muka. nak tukar takut dia tak sesuai dengan susu lain. so aku still bagi susu yang sama but quantity susu tu aku kurangkan sikit. so tak lah pekat sangat and buat poo-poo dia keras. and aku juga dinasihatkan BF dia lebih sikit. Alhamdulillah, until now poo-poo dia tak keras lagi and dah tak nangis time nak membuang.

plan nak tukar kepada susu lembu tapi tunggu dia dah enam bulan. search internet and dapat info Enfagrow adalah sangat bagus. tak sure kesahihannya sebab perut baby ni penerimaan dia lain-lain. mungkin ada baiknya aku dapatkan sample dari klinik before tukar susu. anyone?.

apa pun, ini hasil selepas sebulan aku BF and FM Alia Kaiyisah.







setakat ini dulu. Kaish dah terbangun tu and perlu BF dia. kalau lambat karang dia menyanyi pulak.

until then,



** Laini, akhirnya aku pasrah belikan Kaish ayunan sebab tangan dah tak larat tepuk-tepuk especially time nak tido. ;p **


9 busy bees:

Intan and The Boys said... Reply To This Comment

peha kaish bam2! geget sket leh? hehehe~

Ann said... Reply To This Comment

intan, lom bape bam2 la. nk bagi lagi bam2 pasneh. kasi lawan sama peha khalish. bole?. haha.

cik_ah82 said... Reply To This Comment

salam..
lama rasa xjengah blog ni..
sowi ek..
dh besar kaish..
kami yg ada tiroid nk check tiroid adib dulu xsedih pun..xpikir apa pun..hehehe..xde perasaan tul kan..
tahniah (wpun dh terlambat)..
semoga bertambah bahagia dgn kehadiran kaish!;p

Ann said... Reply To This Comment

Cik ah : tq. ibu dia terlebih emosi la. tu yang manjang berairmata. ;p

Mama.Cira said... Reply To This Comment

eh.. tekujat ada nama aku kat n3!
Ekekeke..
it's ok la raihan
xde apa perlu dibimbangkan
cuma perlu kesabaran la masa travel..
dalam kete ok!
tapi dalam flight.. hoho..
kena ada kekuatan luaran dan dalaman..
set je dalam fikiran
"mmglah baby naik flight nangis.. normal ape?"
tapi doa²lah kaish x meragam..

*syukur alhamdulillah result kaish baik² saje.. masa 3 minggu menunggu tu bagai 30 tahun tau rasanya! ibu² pasti memahaminya~

** paha itew aku nak geget kuat² secara perlahan boleh? hahaha..

Ann said... Reply To This Comment

setuju. mindset kena betul. hehe.

nak tunggu 3minggu result tu memang seksa. mcm tu agaknya rasa bila dah ada anak kan. biar kita sakit tak apa, jangan anak yang sakit.

haha. peha itew belum boleh di geget lg sbb masih blom cukup bam2. kasi besar cam Cira dulu. ;p

m@Ri@ said... Reply To This Comment

mcm peha aqil..;)

Ann said... Reply To This Comment

maria, thanks drop by. sangat adore pipi aqil. gebusss...

nisa said... Reply To This Comment

salam..bace pasl kaish ni..same case ngan ank saye..huhu...ari nie genap 6 bulan..ujung b ulan nir repeat test utk tiroid dye...hope xder aper2...susu pun campu ngan fm isomil soya..same kn...xleh nk exclusif BF sbb bby xnk directfeed..Alhamdulillah susu masih supply...amalkan makan yg chat n pengambilan vitamin pencetus susu badan...

http://eiyshabiz.blogspot.com/

Post a Comment