Blogger templates

Alia Kaiyisah in action!.

hello.
lama sangat tak ada entry baru. rindu.

masalah babysitter Alia dah almost selesai. last weekend dah jumpa babysitter baru tu. pada pandangan mata ibu, MamaKham seorang yang lembut, dan peramah. orang kampung mak aku. cuma tak berapa familiar. next week start, Insya-Allah. lega ibu, even kena bayar lebih. dah tak risau anak ibu tak selesa dlm carseat, atau cranky pepagi. sebab turun beberapa anak tangga dah smpai umah MamaKham. :)

dah dua hari ni aku tak hantar Alia ke rumah pengasuh. mak aku jaga kat rumah. sekarang kan cuti sekolah~

owh. masalah poo-poo Alia yang sedikit keras tu dah selesai. last week daddy and ibu tekad tukarkan susu Alia daripada Isomil ke Enfalac A+. sebab utama adalah kerana ingredient dia yang ada serat/fiber (aku lupa namanya). Alhamdulillah, poo-poo dia sangat lembut dan sangat BANYAK oke. and nampak sangat kelegaan kat muka dia everytime membuang. senang hati aku. satu masalah selesai. :)

anddd. last week merupakan first time Alia ke wedding ceremony tak termasuk masa Alia dlm hari dulu time wedding cousin aku ya. hehe.
memula comel je dengan headband segala. muka masham sebab ngantuk. ;)
sila abaikan background belakang yang tak berapa nak kemas itew~
last2 headband kemana ntah. anak ibu cam boy plak, mujur pakai gown. hehe.
daddy dukung bawak jalan jauh sikit sebab wedding tu sangat bising dengan band segala. bagus, tak cranky. tengok aje ibu dia mamam. :)




class untuk semester baru dah masuk minggu kedua. tapi aku masih belum lagi menjejakkan kaki ke UPM. hehe. perasaan malas tinggalkan Alia + takde babysitter yg nak jaga smpai daddy dia balik. Alhamdulillah sekarang dah oke. MamaKham tak kisah ambil lambat sikit. ibu lega banyakkkkk. so bolehla ibu pegi clz dengan hati yang tenang. senyum lagi. :)
okeylah. kerja banyak. ni pun curi masa sikit nak update blog.
blog kawan-kawan nanti aku terjah ok. sekarang masa tak mengizinkan.
till then.

6 busy bees:

Intan and The Boys said... Reply To This Comment

yeyyyy!!! alia dah ada babysitter baru.
:)

hehe. alia cepat2 tumbuh rambut ok.

Ann said... Reply To This Comment

Intan : hihi. rambut Alia malu nk tumbuh kot. seb baik ada headband leh jadi penyelamat. tak la ketara sangat takde rambut. :)

aLyNnZ said... Reply To This Comment

owh sama brand susu larr dgn danish..skrg danish dh brtukar ke step 2 enfagrow warna pink..susu brand nie plg byk kandungan DHA..

Ann said... Reply To This Comment

alynzz : sama pulak ya. alia memula terkulat-kulat gak minum susu tu tp la ni oke dah. rasa dia pun tak manis sangat mcm isomil.

selain sbb ada fiber/serta, reason raihan tukar ke enfa sbb susu tu sgt close to breast milk, katanya lah. ;)

@e_da said... Reply To This Comment

ibu alia...

mmg betul.. masa minum enfalac mika senang sgt poo poo.. pagi dan malam.. bila minum isomil ni selang sehari 2 baru dia berak balik... saya campur balik bg dia minum enfalac.. cubala perah susu buat stock manatau boleh.. sebab masih dalam pantang kan...

Mama.Cira said... Reply To This Comment

tomelnya alia pakai headband!
heheheh...
tips untuk headband;
jgn pakaikan yang bergetah
nanti menggangu pengaliran darah kat kepala..

lega jugak tau masalah anak kawan dah selesai..
mudah²an lancar la proses pembuangan alia lepas ni..
hehe..

Post a Comment