Blogger templates

.Ibu Alia Kaiyisah dalam dilema.


ya. sangat dilema.
runsing dengan babysitter Alia. so far okey cuma beberapa keadaan membuatkan aku berbelah bagi and susah hati.


Keadaan 1

Babysitter ok. Kenalan cousin since dua anak dia pun dijaga oleh babysitter yang sama. jaga 4 orang termasuk Alia. so far Alia okey. cuma masalah adalah jarak rumah dia and rumah aku. tiap pagi aku keluar rumah jam 6.45 pagi. letak Alia dlm carseat. drive almost 20 mins baru smpai. time Alia okey, dia akan duduk dlm carseat and perhatikan keadaan sekeliling. if mood tak berapa baik, dia akan nangis sikit and keadaan itu memaksa aku drive sebelah tangan and sebelah lg pegang botol susu dia (bg dia minum susu utk elakkan nangis).
:(


Keadaan 2

Aku baru kenal. Jiran kepada babysitter officemate aku. menurut kawan aku tu, babysitter yang ini okey. sebelum ni dia jaga sorang baby. tp since mak kpd baby tu nak pi kursus 6 bulan so neneknya akan ambil alih. so sekarang dah tak sit for mana2 baby. dia nak jaga Alia. sorang saja. rumah kami dekat. blok sebelah menyebelah. tak risau nak hantar Alia if hari hujan. tak perlu keluar awal pagi utk hantar Alia.
so, itu antara dilema aku sekarang ini. Aku dah hantar Alia ke babysitter 1 selama 5 hari. so far she's doing good. cuma berperasaan untuk tukar kpd babysitter 2 since lebih dekat and Alia tak perlu dikejut awal pagi. tak perlu naik kereta and duduk dalam carseat lama-lama.
minta pendapat. perlu ke aku switch kepada babysitter baru?. aku cuma fikir tak nak susahkan anak dara aku tu. sebab tiap pagi keluar rumah masa hari masih gelap. rasa sedih. rasa mcm aku siksa anak aku je.
please. sangat perlu bantuan dan pandangan.
thanks.

16 busy bees:

Intan and The Boys said... Reply To This Comment

kite rasa better amek yang no.2 tu.
macam awak kata, lebih dekat dan senang untuk mak dan anak. lagipon dia nak jaga alia sorang je kan. tu lagi afdal la. tumpuan dia pada alia sorang je. which is good. semua benda yang jadi kat alia dia alert.

just my 2 cents. :)

myra miraei said... Reply To This Comment

org bujang nyer pendpat leh trime ke ahakssss

beter anta kat jiran je kak..snang kalo ujan ke ribut ke xde la alia sejuk dlam kete tuh ;p

lgpon alia sorang je msti dier jge leklok punye...kalo 4 org nnt alia dpat mkan ckit je..xchubby nnt h0h0h0

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ said... Reply To This Comment

baru lagi tu raihan. baru 5 hari. so tukar je ke yg no. 2 sbb tak perlu drive along with ur doter. kene hujan lagi parah tau.

bincang elok2 ngan dia k..if dah lama baru la segan skit nak mintak tukar..:-)

2 cents from me

Ann said... Reply To This Comment

intan : itu la. cuma rasa susah nk pecaya sikit sbb tak kenal kan. if yg no 1 tu memang kenal lama dgn cousin sy. tu yg rasa selamat sikit. padahal kalau ikutkan sama jek kan.

mun : idea bole diterima. cuma yg takleh trime tu bab dpt makan sikit tu. haha. apa daaa..

Ann said... Reply To This Comment

itu lah rose. memang rasa lg parah if time hujan. :(

aLyNnZ said... Reply To This Comment

alin rasa better awk bertukar pd babysitter yg ke2..msh xterlmbat lg br 5 hr..kesian kat alia kena bgn awal pg menempuh perjalanan 20 min tiap2 pg..xsampai hati alia baby lg..kite xperlg..

kemudian hr pun senang dkt ngan umah alia pun x penat awk pun x tension..babysitter ke 2 akan lebey perhatian pd alia..

Ann said... Reply To This Comment

alynz : thanks. memang rasa nak tukar cuma masih was-was. mungkin tak cukup yakin. sbb tu saya minta pandangan kawan-kawan :)

sharEna said... Reply To This Comment

makcik, ko pilih yg dekat tue jer. tumpuan lebih hnya pd alia & dekat. sgt praktikal ok! aku yakin bbsitter no.1 faham :)

Ann said... Reply To This Comment

xoxo. ada rupanya si ibu Naurah ni. hehe.

actually aku mcm tak yakin. mungkin sbb aku belum kenal akak bbsitter no 2 tu. yg no 1 tu pun aku tak kenal. cuma kenal melalui cousin aku je.

harap keputusan yg aku buat ni baik utk alia. aku kesian kat dia. pg2 dah kena keluar. kadang menitik gak airmata aku bila tengok dia tido dlm carseat tu.

sangat sedih ok..

mamamarissa said... Reply To This Comment

better ambik yg no. 2..at least, u ada juga pilihan utk babysitter..cam i, sampai skrg tak jumpa lg babysitter utk marissa :(

Ann said... Reply To This Comment

mama marissa : jangan sedey2 ok. mama rissa kena usaha lebih sikitla. sy pun mcm tu last time. tu pun nasib baik ada cousin tolong. tp yg jd mslh, jauh pulak.

thanks atas pandangan. Insya-Allah, akan cuba pilih yg terbaik utk alia.

@e_da said... Reply To This Comment

salam.. pendapat sy baik amik yg dekat ngan umah.. kalau hari ujan ke apa tak risau nak amik.. kalau jauh ni mcm2 masalah.. kita pun rasa selesa dan anak lebih selamat.. insya allah...

Siti said... Reply To This Comment

siti rasa ambik yg no 2. seeloknya cari bbsitter yg dekat sikit ngan rumah..
susah jugak kalau anak nangis dlm keta sambil kita drive..merbahaya tu

Pink dan Biru said... Reply To This Comment

hi mummy...PinkdanBiru is having closing-down sale..byk dress comel2 for baby girl..special discount will be given..have a look ok! thanks!

Pink dan Biru said... Reply To This Comment

hi..yes kita dekat putrajaya presint 9..kalau nak apa2 bagitau la ye..kita leh antar ke rumah

Mama.Cira said... Reply To This Comment

raihan
aku baru tebaca n3 ko ni..
lama sgt nak masuk bloglist..

rasanya elok ko tukar ke baby sitter ke 2..
dekat dgn rumah
ada apa2 senang..

lagipun bahaya ko drive sblh tgn
skrg alia x buas lagi
mmg lebih banyak duk diam
bila dah buas nanti
susah ko nak handle..

Post a Comment