Blogger templates

Tentang anak dara kami

siapa lagi kalau bukan si bam-bam Alia Kaiyisah tu.

diam tak diam, dah almost 3 month anak aku hidup didunia ni. Alhamdulillah. sehingga kini dia sihat dan makin semangat membesar. doa kami semoga Alia akan terus sihat dan berada dalam keadaan yang baik-baik saja, Insya-Allah.

lusa appoinment Alia di klinik. untuk jab and timbang-berat-ukur-lilit segala tu. tak sabar. nak tengok berapa berat dia sebab dah rasa sangat lenguh bila berdukung.

anak dara kami tu dah menunjukkan minat pada bahan bacaan. bila aku sua kan aje buku kain dia tu, mengekek ketawa tak hengat. pastu start la dia cakap bahasa perancis dia tu sambil sembur-sembur liur keluar. hai anak, patut la rambut ibu asyik gugur je~.


Ibu : "ladybug, ladybug...fly far away. there a lot of things to see today".
Alia : dapnye sore ibu nyanyi..

Ibu : Gate. G.A.T.E = gate. sebut sayang. Gate.
Alia : &*^$#^&$#*&^.....blur. apala yang ibu dok bebel-bebel ni. orang tengok colour la. red, green, yellow...
so far, rutin harian aku dan suami bertambah baik. sejak Alia dihantar ke babysitter sebelah rumah tu, kami senang banyak. after work, aku ambil Alia kejap. bawak balik rumah and BF dia. main-main and layan babling talk dia tu. sejam setengah lepas tu, aku hantar semula ke babysitter dan aku ke kelas lepas tu. biasanya time tu Alia tido. daddy pulak akan pick-up jam 8 malam. macam tu la setiap Isnin sampai Rabu. Khamis dan Jumaat aku off so waktu tu la aku ganti balik masa kami berdua. and for sure aku pastikan aku spend quality time dengan anak dara aku tu.

Alia : bu. kenapa suar Alia ni cekci bu?.
Ibu : tu legging namanya sayang. kecik2 nak seksi takpe. dah besar nnt tutup aurat oke?.


Alia : haihhh. rambut takde tapi kepala gatal. takkan ada kelemumur?
ibu : tu gatal nak tumbuh rambut la sayang. jangan gosok2 tau nnt rambut malu nak tumbuh. nnt takleh ibu nak buat ponytail kat rambut Alia ;p

Okey. setakat ini dulu. banyak kerja nk kena settle before 5th. till then,


9 busy bees:

lylieiqmal said... Reply To This Comment

wah alya da pndai tgk buku...comel...my alya kalau tgk buku x der respon lg...dier tenung jew...color kurang menarik kot...br respon kt mainan jew...x sabar nk tgk dier xcited dgn buku....

OneSimpleMother said... Reply To This Comment

comelnya alia dah botak ye.. nak tanya mana mama alia beli buku kain tu ye?nak beli tuk luqman jgkla :)

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ said... Reply To This Comment

alor..cutenye dak botak tu.eeehehe

Intan and The Boys said... Reply To This Comment

hehehe. comel je buat dialog mak-anak tu.
:)

aLyNnZ said... Reply To This Comment

ish..btul larr alin tgk alia bertambah semangat..bulat mukanyerr..bijak..

xper pas ni alia tumbuh rambut leh ikat cam pokok kelapa kan? tiutt..
buku tuhh menarik larr mama alia beli kat mana?

Ann said... Reply To This Comment

lylie : takpa. perlahan2. nnt alya akan pandai sendiri. memang best tengok perkembangan anak kita ni. seronok.

cik mas : alia botak dr umur 21 hari. sampai la ni rambut malu nak tumbuh. haha. takleh wat ponytail.

rose : ibu dia tak sabar nk tunggu rambut tumbuh. :)

Intan : hehe. dialog tu saje je dear. bagi menarik skit.

ALynzz : memang dah semangat sikit ini budak. tangan pun dah naik lenguh time berdukung. buku-buku kain tu ibu alia beli kat MPH. kat parkson pun ada jual. try cari kat area baby2 tu. sure ada.

BabyShop said... Reply To This Comment

Shops at BEST price for baby clothings and accessories with us!!

Ju@Lucky^Mummy said... Reply To This Comment

comel nya baby Alya..

Moga jadi anak yg baik..

jom join contest!! http://luckytuah.blogspot.com/

nieda said... Reply To This Comment

salam,
bam bam, geramnya tgk baby..cute sangat!

Post a Comment