Blogger templates

Cinta Februari~

Adik cuma nak tanya ibu, kenapa begini jadinya?

Bu, adik Cuma ingin bertanya…
Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...
Ibu ingat 14 feb tak
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu
Benarkah bu?


Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu
Benarkah bu?


Ibu terkhayal dengan pujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?


Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?


Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...
tapi benarkah bu?



Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?
Mengapa ibu?

Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?
Benarkah ibu?


Benarkah begitu?

adik cuma nak tanya je bu.....

nota kaki : sayu hati baca entry ni kat blog kawan. sungguh tak ada perasaan langsung siapa yang membuang anak-anak kecik ini. bukan kah anak kecil ini perlu ditatang dan dikasih bukan untuk dibuang. yang lebih menyayat hati ada yg di gonggong anjing dan putus anggota badan. Ya Allah, dimana nilai perikemanusiaan yg Kau kurniakan kepada hamba-hambaMu?.

manusia akhir zaman. nak buat kerja tak baik bukan Februari aja dah skang ni. haihhh~

10 busy bees:

yaya+frdz+auf said... Reply To This Comment

sedihnya wak tgk picture2 ni....menitik air mata...seriuss.... terbayang saat kite lahirkan anak kite kan...haih..

p/s:rinduuuu nyaaa kt auf...alahai....ni yang rasa nk balik sekarang jugak ni... hehe

Siti said... Reply To This Comment

Ala, siti tak sampai hati tengok gambar2 ni...

yaya: mmg gitu la, kalau kita tgk gambar anak2 yg jadi gini, mesti terus ingatkan kat anak2.

Ann said... Reply To This Comment

yaya : memang sedih ya. ntah mcm mana perasaan org yg buat gini. takde perasaan gaknya.

siti : kita baca je siti. tak tengok pun gambar2 tu. tak smpai hati.

tgk gambar mcm ni mmg otomatik akan teringat kat anak.haihh. rindu jugak kat alia. :)

mamamarissa said... Reply To This Comment

alahai sedinya...hampir menitis airmata tgk gambar2 tue :(

tentang dhila... said... Reply To This Comment

hye raihan..ya allah sedihnye tgk pic2 bayi yg dibuang ni. sedangkan kite yg dah kawen tp masih lum ade rezeki anak ni menantikan zuriat tp dorang senang2 je buang...ya allah ape dosa bayi itu

lylieiqmal said... Reply To This Comment

sedey nye..manusia da ilang kasih sayang....x de ke naluri ibu tue melimpah ruah mase melahirkan dulu....ishk..kejamnye manusia skrg...

IbuHakimHaikal said... Reply To This Comment

salam kenal...YaAllah...tak sanggup nak tgk gmbr baby yang di buang tanpa ada rasa belas kasihan..kenapalah kejam sgt..

Iman's Umi said... Reply To This Comment

Salam perkenalan...
Sedih sgt ibu sggp buat adik mcm ni
betulkan, masa bercinta itulah tanda setia
bila dah membenih, risau x tentu hala
bila lahir, dibuang merata2
sedih sgt...

Mama Adli said... Reply To This Comment

tersentuh sgt tgk gambar2 tu...kesiannya mereka punya mama n papa yg tak berperikemanusiaan..

khazinatulasrar said... Reply To This Comment

inilah akan terjadi bila mana syariat x dijalankan...apa tgjwb kita skrg???

Post a Comment