Blogger templates

Ulangbulan ke-lima : Alia Kaiyisah Mohd Adzam

Anak ibu + daddy,
Selamat Hari Lahir ke-5 bulan. Semoga Alia Kaiyisah diberikan kesihatan yang baik, membesar bagai johan dan jadi anak yang solehah, Insya-Allah.
ops. Ibu n daddy dah bg hadiah tadi kan?. Harapnya tak demam lah dengan apa yg Alia Kaiyisah dapat di klinik tadi ya. hehe. Alia Kaiyisah kan budak bijak.
Ibu suka. Berat dan tumbersaran Alia Kaiyisah berada pada tahap yang baik. Nurse siap bg ibu resepi untuk solid food Alia Kaiyisah bulan depan. xoxo. ibu dah tak sabar.
Dek kerana ketidak-sabar-an ibu juga, Alia Kaiyisah telah didedahkan dengan makanan berasaskan bukan susu (ade ke ayat ni?. hentam saja) since dia berusia 4 bulan 4 minggu. Mula-mula sekali adalah Heinz jus epal & pear yg khas untuk baby 4mth above. Okey. Agak kelat juga masa first Alia Kaiyisah rasa jus tu. Tapi lama-lama habis jugak 1 botol tu dlm 1 hari. Dah buka takleh simpan lama. Kena habiskan juga dalam masa 48 jam.
Kedua, ibu dah bg Alia Kaiyisah rasa biskut Farleys Rusks Original. Ibu patah-patahkan bg size kecil then bg Alia Kaiyisah mamam. Dia hisap je smpai biskut tu lembik. Bila dah jadi lembik, ibu ngap masuk mulut ibu pulak. haha. Idea beri Alia Kaiyisah biskut adalah sebab masa on the way balik Johor tu ibu bg Alia Kaiyisah coklat utk dia gigit-gigit. Then ibu keluarkan balik sbb takut coklat tu pecah masuk mulut Alia Kaiyisah. Dan-dan tu jugak dia meraung tak hengat donia. Macam kena dera!.
Jadi ibu dan nenek buat conclusion yang Alia Kaiyisah mungkin dah ada perasaan nak makan. So that ibu beli jus and Rusks tu untuk Alia Kaiyisah. :)


So, Happy 5th Monthsary utk anak dara ibu dan daddy. Semoga makin cerdik dan bijak meneroka alam baru kamu ni, ya nak!. Ibu dan daddy sentiasa mendoakan kesejahteraan kamu, dunia dan akhirat.
Ops. Semalam after inject Alia Kaiyisah akhirnya tumbang and dapat hadiah 3 sekaligus. Demam + flu + batuk. Tapi tak lah teruk sangat cuma flu tu mcm mengganggu sikit. Ibu dah bg ubat yg klinik bekalkan and hopefully hari ni Alia Kaiyisah akan bertambah baik, ya sayang.



OK. Meh sini ibu share Alia Kaiyisah 5mth milestone.
  • Babbling talk dia semakin kuat dan berbunyi macam-macam. Kalau sebelum ni cuma bubu..baba.. tapi sekarang dah varities.
  • Dah pandai ajak ibu and daddy main peek-a-boo. Bijak.
  • Meniarap dah advance. Tolak-tolak montot pun dah pandai. Dah boleh bergerak and pusing-pusingkan badan dia.
  • Dah makin susah tidur buai. Dia suka tidur kat atas tilam dengan ibu. daddy kena tidur bilik lain sbb tilam tak muat. haha
  • Kadang ibu tak pakaikan stokin kaki. Dia cukup suka and nampak selesa nak explore dunia dengan kaki dia tu.
  • Suka dengar ibu nyanyi pok amai-amai. Asal dia nangis je ibu nyanyi dan-dan tu jugak dia diam. Tak tau kenapa, samada lagu tu best atau sore ibu dia yg sedap. hihi.
  • Dah pandai genggam barang. Kalau dulu tangan mcm tak kuat tp la ni dah boleh pegang dlm jangkamasa yg agak lama. Peepot, teether, bekas baby wipes, henpon dan beg bedak ibu selalu jadi mangsa. Tau-tau dah basah je dengan air liur.
  • Makin manja and kerap nk BF dgn ibu. Terutamanya time nak tido. Tak kira siang/malam. Alhamdulillah milk supply ibu sentiasa ada even tak semeriah ibu-ibu yg fully BF anaknya. Rezeki Alia Kaiyisah agaknya.

Setakat ini yang ibu ingat. Nanti kalau ada tambahan ibu akan update, ya.

Till then,

11 busy bees:

deena awanis said... Reply To This Comment

tomeynyer alia neh..

sharEna said... Reply To This Comment

wohh..mcm da lame x bace citer psl Kaisya. Ape2 pn Hepi 5th Months Besday ye cayanggg!! khas dr ibu Naurah kudik ;p

Nmpk badan Kaisya tegap betol lahh.Ape rahsianya?heheh...beshnya dh x lame Kaisya blh mkn mcm2...jgn ibu suap spagethi sudahh huhuh..

Ann said... Reply To This Comment

Deena Awanis : tengkiu auntie cakap Kaisya comei. ;)

Sharena : haha. Ibu super busy laa. Lagipun tade citer besh so kena senyap smpai ade citer baru. :)

Badan kaisya nampak tegap yek?. Tp tulang dia memang keras. Takde rahsia. Ikut gen ibu dia saja. haha. Tak saba dh aku nk bg dia solid food. Habisla Kaisya pasni aku bg makan macam-macam.

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ said... Reply To This Comment

yey..dah besar n dah leh mamam pon..
okla tu kot skit2 ajar anak mamam. rafiq dulu sy bagi masa umur dia masuk 6 bulan..

heinz epal tu leh ye kaisya telan. rafiq buat muka..muka kelat..aahaha

apa2 pon hepi 5 months dear..muah2

Ann said... Reply To This Comment

Rose, Kaisya kata thanks. hehe.

Mula takut jugak nk bg dia makan selain susu tu. tp tengok dia ok je dgn jus epal & pear tu. Cuma first je muka mcm kelat2 sikit. Lama-lama ok.

Ummi Aisyah || Cik Yah said... Reply To This Comment

semoga alia terus membesar dengan chat..ameenn..

mamamarissa said... Reply To This Comment

alia dah 5 bln ya...apa lg yg diaorg bleh makan selain jus heinz & biskut rusk tue??? si marissa nie asyik dok telan air liur jer skrg nie bila tgk mama&papa dia makan :D

Ann said... Reply To This Comment

Ummi Aisyah : Insya-Allah. Doakan Alia membesar dengan sihat ya auntie!.

Mama Marissa : Kita pun bg Alia sbb kesian tengok dia nganga mulut n berliur tetiap kali kita makan. hehe. kelakar pun ade. nk bg nestum nenek Alia pulak x bg takut karang dia dah tak nak susu pulak. ni bg dia Rusks + susu pun dia dah mula tak nk susu ngan puting. so terpaksa suap ngan sudu pulak. haihh..macam-macam. :D

Intan and The Boys said... Reply To This Comment

happy 5 months aliya!!!
:)

kejap je dah besor budak2 ni.
perkembangan aliya lebih kurang khalish masa 5 bulan dulu.
:)

cik_ah82 said... Reply To This Comment

selamat ulang bulan ke 5 alia!
kami ada baca tau yg dr fadzilah kamsah cakap, kalo boleh kita jangan habiskan belen makan anak, kalo anak habiskan belen kita xpa..hehe
selamat bagi alia mamam!;)

aLyNnZ said... Reply To This Comment

huhu..good job!!perkembangan yang mmberangsangkan..go alia cumel

Post a Comment