Blogger templates

Alia Kaiyisah warded

Salam.
Lama sepi tanpa entry baru. Sibuk. Office work, assignments, kerja kat rumah, stress nak final dan macam-macam lagi. Phewww. *seru semangat supaya datang menjelma*




Emak, abah, adik-adik dan kedua-dua nenek telah selamat bertolak ke Madinah Jumaat lepas. Dan Alhamdulillah malam tadi dah start buat umrah di Makkah. Seronok. Semoga kalian tak lupa doakan kami yang ditinggal ni ya. :)

Dua-tiga minggu ni adalah sangat hectic. 2 minggu berturut-turut balik ke Johor atas urusan keluarga. Dari Johor ke Sungai Besar pulak untuk attend majlis kahwin cousin kami. *Selamat Pengantin baru, Salam. Semoga bahagia hingga akhir hayat*.





Oh. Dari Isnin lepas Alia Kaiyisah start tak best. Macam meragam. Ibu dan daddy tak tau kenapa. Sampailah dia mula muntah-muntah. Setiap kali menyusu setiap kali itu la apa yg ditelan akan keluar semula. Ngeri. Sampai satu tahap dah takde apa lagi yang keluar (sebab dia tak mau minum langsung). Airmata ibu dah tak terkira banyak keluarnya.

Tengah-tengah malam daddy dan ibu bwk Alia Kaiyisah pegi klinik di P.9. Klinik doktor mengantuk cam tak cukup tido. Dia beri kami Smecta dan ubat tahan muntah. Balik rumah terus ibu bagi. Dapat lah Alia Kaiyisah tidur sekejap sebelum apa yg ibu suap td keluar balik mcm air paip. tsk.





Tak tahan dengan apa yg ibu tengok, ibu paksa daddy bawa ke hospital. Masa tu Alia Kaiyisah dah lembik. Senyum langsung tak mau. Sayu hati ibu tak terungkap dengan kata-kata. Daddy dah mula sakit kepala dok fikir kenapa dengan anak dia. Masa tu fikir alangkah senangnya if policy insurans Alia Kaiyisah dah ada, for sure kami akan terus ke private tanpa fikir apa-apa. Itulah kan, benda nak jadi bukan boleh kita tangguh-tangguh.





Doktor ambil darah untuk buat ujian darah. Then Alia Kaiyisah dimasukkan air untuk ganti cecair yang hilang dr badan dia. Masa doktor cucuk tangan kanan dan kiri ibu langsung tak dengar suara Alia Kaiyisah nangis. Ibu tak tau nk rasa apa. Samada anak ibu kuat tahan sakit ataupun anak ibu dah lembik sampai sakit kena cucuk pun dah tak boleh nangis. :(




Kami bawa Alia Kaiyisah balik selepas habis proses masuk air tu. Result darah Alia Kaiyisah OK. So, probably takde apa. Ingatkan bila dah masuk air Alia Kaiyisah makin OK rupanya makin teruk. Muntah and terus muntah tak berhenti. Stop cuma bila dia penat sangat muntah dan tertidur. Tak tahu mcm mana nak gambarkan semula situasi tu. Dengan mak abah yang jauh dari ibu. Ohh.




Sekali lagi kami ke hospital. Dan sekali lagi tangan comel Alia Kaiyisah dicucuk untuk ambil darah. *Maafkan ibu dan daddy*. Keputusan ujian darah still sama so doktor conclude yang Alia Kaiyisah mungkin poisoning. Samada dari susu dia ataupun dari peralatan menyusu yang tak disteril dengan bersih. *Maafkan ibu sekali lagi*.

Alhamdulillah after paksa Alia Kaiyisah minum susu (even sikit-sikit) dia dah nampak sedikit semangat. Dah boleh gelak and capai bila kita hulurkan tangan. Ibu dan daddy lega banyak. Kami tak mahu Alia Kaiyisah sakit mcm ni lagi. Susah hati kami. Sedih hati ibu bila satu hari suntuk tak nampak Alia Kaiyisah senyum macam ni..




Ibu dan daddy rindu senyum kamu tu. Cepat-cepat sembuh ya sayang. Ibu dan daddy sayang kamu banyak-banyak.

18 busy bees:

Ju@Lucky^Mummy said... Reply To This Comment

Alahai cian nya..
Cepat sembuh ya Alia..

mamamarissa said... Reply To This Comment

Ya Allah siannya Alia...cpt2 sembuh ya syg...auntie pun rindu senyummu itu :)

Ann said... Reply To This Comment

Ju & Mama Marissa : Doakan Alia sihat. Ibu tak sanggup tengok dia sakit mcm tu lagi. :(

OneSimpleMother said... Reply To This Comment

alahai syiannya alia.. moga cepat sembuh ye sayang..

Imaan09 said... Reply To This Comment

anak sakit rs cam kita sakit skali kan.. saya doakan alia cepat sembuh..

Hannah Johary said... Reply To This Comment

My prayers for Alia. Kesiannya. Hope cepat sembuh.

Sedangkan kita yang sakit pun ntah macam apa, inikan baby yang kecil tak terdaya.

Sob sob.. :'(

Sayang Alia.

Intan and The Boys said... Reply To This Comment

Alia!!!
auntie terkejut baca pasal alia ni.
alia cepat2 sembuh ye nak. auntie ngan khalish doakan alia ye.

myra miraei said... Reply To This Comment

erm cian kan alia chuby.. sbar bbanyak ye kak... Allah xkan uji kita kalo dier rase kite xmampu nak tanggung sume tuh :))

lylieiqmal said... Reply To This Comment

ala...sedey nye tgk alya...cepat sembuh sayang......sehat2 selalu k...unty doakan....sayang alya....

sharEna said... Reply To This Comment

Allah....patotlah da lame xde update. Kesiannye Kaisya..lepas satu, satu ujian yg dtg..

Dear, be strong ok! aku sntiasa doakan kesihatan Kaisya, Insyallah amin. Cepat sembuh ye Sayang!!

deena awanis said... Reply To This Comment

kesiannya baby alia..sampai warded..be strong ye baby!!cepat2 baik..

aLyNnZ said... Reply To This Comment

siannye alia..auntie doakan alia cepat sembuh yerr..btul biler anak xsihat hati mama n papa yg plg susah hati..xsanggup tgk kesakitan yg ditanggung anak..sabar yer..

cik_ah82 said... Reply To This Comment

aduh, siannya..
macam adib la kena cucuk hari tu, tp xmuntah sangat..semoga cepat sembuh ye shayang..

Ann said... Reply To This Comment

Kawan-kawan ibu,
Thanks doakan Alia Kaiyisah. Alhamdulillah keadaan dia dh semakin baik. Dan boleh menyusu and takde muntah-muntah dah. Hopefully Alia Kaiyisah akan fully recover secepatnya. Amin. Amin.

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ said... Reply To This Comment

ciannyeeee
mmgla kita akan risau sgt2 kan bila anak muntah tak benti2


raihan p spital putrajaya eh? situ mmg amek darah je kan? rafiq pon terus kene amek darah
cian dia kene cucuk
uhuhuhu

semoga cepat sembuh ya..aminnnn

Aan Andes said... Reply To This Comment

Kesiannya Alia..get well soon. Alia strong girl kan, minum banyak2 cepat sihat and boleh golek2 :)

IbuAmirAmirah ;P said... Reply To This Comment

alaaa...sedihnya...mesti sangat sedih dan pk macam2 kan...dengar anak meragam nangis taknak tido pun kite dah sedih..ini pulak camni kan...sabar ek

Alhamdulillah, dia dah ok...

yaya+frdz+auf said... Reply To This Comment

awak...baru baca entry ni.... terus sebak dada , bergenang air mata saya wak...teringat2 auf....saya mmg sensitif sejak menjak ni..... sabar ek wak... hopefully alia sehat balik mcm selalu. *hugs*

Post a Comment