Blogger templates

Alia Kaiyisah, Pneumococcal and crawling

Salam.
Lama takde update. Feeling menulis tak datang memandangkan template baru yang agak menyakitkan mata dan hati. :(
Oh. Ibu busy juga update order chocolate for Hari Raya. xoxo. Ada sesiapa yg interested?. Pls let me know ya. Ai jual RM30 per box. Ada 5o pieces.
Alia Kaiyisah dah berusia enam-bulan-setengah. Sangat cepat masa berlalu. Jap lagi dah menginjak ke angka tujuh. oh. ibu sangat suka nombor tujuh.

Anak dara ni kalau tido memang tak ingat dunia. Kuak lentang gaya kupu-kupu terbang. hihi.
Semalam ibu MC. Kurang sihat kunun. Lagipun semalam Alia Kaiyisah terhantuk kat lantai. huhu. Dia dok excited crawling sana-sini pastu tak agak-agak berpusing 360 darjah and landing ikut mana dia suka. sekali kau, landing betul-betul atas lantai. dan-dan tu jugak menangis tak nak stop. Bila tengok merah je dahi dia. Kesian anak ibu.

ini lah budak yg tengah excited nk crawling sana-sinun. silap landing sikit je sayang. next time hati-hati oke.
Ibu dia nervous tak tentu pasal. Makanya terrrbawaknya Alia Kaiyisah ke sepital dengan sebab jatuh untuk kali kedua (first dulu kan jatuh buai). After check, Alhamdulillah tak ada apa. Cuma kerisauan dan paras adrenalin ibu yg mencanak-canak naiknya yg menyebabkan kami ke sepital. huhu. Ibu sorry sayang ya. Ibu kena extra-extra-extra caferul la after this. Kamu dah lasak sangat ibu tengok.

Cenyum je dia. Even kena marah. Bear tak lekang. Oh. Itu bear pemberian daddy ke ibu ms kenal-kenal dulu. Datang dari iklim sejuk tu. Hehe.
Actually ibu nak cerita ttg pneumococcal. Semalam masa ke kelinik amik MC ibu terperasan pulak brochure vaksin ni. Memang tak diberi oleh govt clinic. If nak kita kena ambil di pvt tapi ibu tak sure berapa costnya, may be dlm 3ratus untuk setiap kali jab. Baby bawah 1 tahun memerlukan at least 3x jab ketika usia 2m, 4m and 6m. Yang dah berusia lebih dr itu pun boleh dptkannya but dos tu may reduce ikut usia.
Apa yg ibu concern di sini, apa sebenarnya fungsi vaksin ini. Bila ibu tanya doktor, dia explain vaksin ni untuk mencegah penyakit pneumonia atau radang paru-paru. Meh kita tengok apa dia pneumonia.
APAKAH PENYAKIT PNEUMOKOKUS?
sekumpulan penyakit yg disebabkan oleh sejenis kuman bakteria yang dinamakan Streptococcus pneumonias atau pneumokokus. Ianya merupakan jangkitan serius yang melibatkan kanak-kanak lebih-lebih lagi mereka yang berusia 2 tahun ke bawah.
Kuman pneumokokus boleh menyebabkan penyakit meningitis (radang selaput otak atau urat saraf tunjang), pneumonia (jangkitan paru-paru), bakteremia (jangkitann darah) dan atitis media (jangkitan telinga tengah, sebahagian dalam gegendang telinga).
APAKAH PENYAKIT-PENYAKIT INI?
1)Jangkitan pada radang selaput otak atau urat saraf tunjang (MENINGITIS)
Meningitis boleh mengakibatkan kecacatan yang serius seperti kurang pendengaran, lumpuh, kerencatan akal dan maut.
Simptom: demam, keletihan, mengantuk ataukelalian, muntah dan kekejangan leher.

2) Jangkitan darah (BAKTEREMIA)
Bakteremia berlaku apabila kuman bakteria memasuki saluran darah mengakibatkan jangkitan darah. Ia boleh membawa ke meningitis.
Simptom: demam, peningkatan kadar pernafasan dan anak meragam.

3) Jangkitan paru-paru (PNEUMONIA)
Simptom : batuk, lesesakan dada, kahak, demam dengan menggigil dan rasa sejuk

4) Jangkitan telinga tengah, sebelah dalam gegendang telinga (OTITIS MEDIA)
Simptom : sakit telinga, demam dan anak kerap menarik telinga.

PENYAKIT PNEUMOKOKAL MENGAKIBATKAN?
Kehilangan pendengaran
Kerosakan tak
Kecacatan yang kronik
Lumpuh
Kerencatan akal
Gugup/kesukaran bertutur
Maut

SIAPAKAH YANG BERISIKO?
Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah
Kanak-kanak yang ditempatkan di nurseri atau pusat penjagaan harian
Kurang daya tahan atau kurang imuniti kepada jangkitan
Pernah mengalami jangkitan pada telinga tengah, sebelah dalam gegendang telinga
Terdedah kepada asap rokok
Kanak-kanak berpenyakit kronik seperti diabetis jantung, paru-paru atau penyakit buah pinggang
Hmm. Itu sedikit info yg ibu dapat dr pakcik gugel. Tapi semalam masa ibu tanya doctor pendapat dia ttg suntikan tu, dia mcm tak berapa suggest. Doc kata vaksin tu tak 100% function. And kalau ambil pun belum tentu vaksin dapat melawan penyakit itu sendiri. Dan once jab, akan lebih banyak effect terhadap anak kita like demam and so on. So lebih banyak cons dari pro, thats why anak dia usia 9 bulan pun dia tak pegi dapatkan vaccination tu. Ibu like, owh. Blur.
Ibu. Nak kena jab lagi ke. Syakit punggung and peha kepci saya asyik kena cucuk aje.
So, ibu nak tanya lah kawan-kawan ibu. Kot-kot la anda dah ambil vaksin tu kan. Apa kata pead anda. Samada dia suggest/tidak. Atau mungkin ada pandangan dia atau pandangan kawan-kawan ibu sendiri psl ni.
Bukan apa, setiap ibu nakkan yg terbaik untuk anak-anak kan. So, ibu perlukan pandangan dan nasihat kalians.
Thanks. Sharing is caring.
:)

10 busy bees:

nanonano said... Reply To This Comment

haik??
knape?
template dlu ok pe..
xpe2, kene ekjas lg ni..
tambah2 perabot sket..
ok la kot :p

humm mmg pernah dgr psl vaksin neh,
tp xsemua yg tahu dan xramai pun yg amek rasenye
tp bg ibu2 yg tao & betul2 nk yg trbaik tuk ank mereka..
amek la.hehe
tp cam na ni kan..
slalu je refer mende2 gni dgn org2 tua (mak, mil, kakak2 sume)
dan ayat2 yg slalu kuar..
alaa..xpenting tu pun,
yg xamek xsemestinya dpt penyakit tu
yg amek pun xsemestinye xdpt nyakit tu..
haishh..refer pd yg pakar je la..
hehe

Ann said... Reply To This Comment

Na,
template dulu tu mmg ok. Cuma tetiba hilang n kuar ntah ntah ape-ape/ so sbb tu kita tukar. tau2 jd cenggini. hehe.

Itu la. Kita dh refer org yg lebih tua tp mcm tu la pandangan diorang. Actually kalau mmg tak berapa perlu kita pun takde mslh klu tak ambil. Cuma nk tau la kepentingan vaksin tu sendiri.

sharEna said... Reply To This Comment

aku pernah dgr & tahu sket2 la ttg pneu... nie. ade mother yg suggest amek kt opis nie. aku tnya habi, dia kate x perlu kot. sbb dlm buku bb dr an nur pn tulis for additional jer. means xlah sepenting injection yg mmg kene amek by months tue. rege mmg 3-4 rat la. aku memule rase cam nk buat gak tp lama2 cam lupe. lgpn kesian pulak kt Naurah asek kene inject je kan.

Kaisya tembam sungguh. da lasak ye kamu shayang yerr huhuh..

aku nk order coklat tp tggu lepas gaji =B

xtaulah dear. penyakit klu nk dtg, dia dtg jer kan. mencegah itu mmg baek tp...depends la weyy..aku pn xto nk tulis ape dah hihih =p

doa moge anak kite sllu selamat jelah. doa ibu kn paling mujarab =D

Ann said... Reply To This Comment

dear,
itu la. aku sbnrnya seblom ni penah dgr tp buat2 x dengar je. hehe. tp bila dh ramai berckp2 aku jd curious plak. nk ambik ke tidak. tu la sbb nya aku mtk pendpt korang.

hehe. nk oder cekelat tak yah tunggu gaji. aku amik tuk raye la makcik. lama lagi tuuuuu.

Intan and The Boys said... Reply To This Comment

ada juga kawan2 yang ambil vaksin ni kat private. tgk ok je. tapi tak tau la kan. anak kita pon kita tak amekkan. huhu.

alia yang bam2. gerammmm jek! cepat sangat budak2 ni membesar eh?

Aan Andes said... Reply To This Comment

Ibu Alia, kitaorg pun having trouble pasal vaccine pneumococcal ni - perlu atau tak. Tapi hari tu borak2 ngan kawan kitaorg yg ada anak too, he said tak payah fikir susah2, kalau kita ada budget or extra money, buat je.

Anyway my doc pun tak paksa, dia cakap ikut suka. Tapi dia ada advice, kalau start jab lambat (6 bulan) kena 2 jab je, kalau start awal dalam 4 bulan, kena 3 jab, so better 2 jab je, murah sikit. Alia dah 6++ kan so 2 jab je la. Ohh my point here nak cakap doc me tu baikkk hehe..

Aan Andes said... Reply To This Comment

Lupa lak, my doc cakap jab ni kuat sikit (panas) sebab tu potensi utk demam tinggi. But kalau demam, boleh bagi paracetamol tu, no harm and tak kacau antibodi baby, yg kacau kalau amik antibiotic.

Ann said... Reply To This Comment

Intan : awk pun tak amik utk Khalish eh.

Alia bam-bam eh. Hehe. Memang cepat sangat rasanya dia membesar. Cam tak puas lg tengok dia baring n melalak mcm ms mula2 keluar peyut dolu. hihi.

Aandes : thanks dear. Insya-Allah nnt me akan discuss semula with husband mcm mana. whether tu take it or not. thanks nway. :)

nieda said... Reply To This Comment

salam ziarah,
hari tu ada jumpa doc nak tanya psl vaksin rotavirus..doc suggest ambik vaksin pneumococcal lagi better. tgh fikir juga psl vaksin ni

OneSimpleMother said... Reply To This Comment

boolatnya alia kaiyisah ni.. dah makin lasak ye. sama ler dgn budak bujang kat umah ni.. letih mak.. pasal pneumo tu akak pun tk amik. tapi ritu doc pun mcm tkde la beria2 suruh amik. kitorg pun takdela amik. amik rotavirus jer..

Post a Comment