Blogger templates

Isnin yang blues. Mai kita cerita ttg shopping.

Sebab Isnin adalah blues, maka kita wajiblah starts dengan cerita2 yang seronok. Cerita apa lagi yang seronok, kan. Musti lah cerita pasai shopping. Ngeeeee. eh. sape taw mcm mana nk bg no. 2 ni jadi superscript eyh. meh tolong bgtau.
Planning last week menjadi. Pagi pagi lah sangat kan lagi dah kejut daddy dan Kaisya. Siap siap, breakfast then keluar. Sampai PJ almost 11am. Sure traffic jammed, parking tak ada dan orang ramai dah berpusu pusu masuk dan keluar. Pusing dua kali cari parking, end up parking nun jauh di sana tu ha. Maka menapak lah kami tiga beranak berlenggang perut di pedestrian walk itu.
As usual, orang memang ramaiiiiiiiiiiiii sangat. Sesak. Nyesal pulak bawa budak tecit tu. Kesian. Daddy masuk sekejap je. Lepas tu dia bawa Kaisya keluar building, masuk kereta-pasang aircond-buka VCD. Maka bergumbira lah dua beranak tu bersejuk aircond sedangkan ibu dia kepanasan dalam kesesakan lautan manusia. Ewah.
Semua yang dijual sama dengan apa yg ada last year, masa aku pergi time preggy 6mth, tak silap. Cuma yang berbeza, tahun ni pergerakan adalah sedikit laju dari biasa. Capai-capai-capai je. Tak sempat nak sort-sort atau duduk tepi pilih-pilih mana berkenan, lipat-lipat bagai. No way.
Masa tu otak dah pikir, janganlah tak cukup duit nk bayar nanti. Ceit.

Itu dia. Hasil rembatan kurang sejam. ni kalau lebih sejam mau kena sewa 1 lori bawa balik Pjaya. Costs us less than 2hundred. Got Pureen Basic Dipers L75 x 4pck (dlm pic 2 je ya). Bedak. Wipes. Baby Yogurt Head to Toe x 2btl. Mosquito Repellant. Towel x 2pcs. Socks x 3pcs. Clothing (segala jenis baju harian) x 10pcs. Gown. Shoes. And Farley Rusks x 2box.

Hasil rembatan yang pertama. Dari mata turun ke hati katanya kan. Got this at price less than $20. Tak percaya?. Sila lah percaya ya. Ngeh ngeh ngeh.

Seorang budak sexy yang sedang happy sebab ibunya berhabis untuk dia. Sampai rumah terus salin baju, mamam and relax relax sambil minum air zam-zam. Thanks nenek belikan Kaisya air zam-zam dr Mekah itu hari. :B
Ops. Maaf dari ibu dan Kaisya sebab tak dapat attend birthday party Mika. Daddy work. May be next time kita boleh jumpa eyh Mama. Thanks for inviting ya. :)
Oh. Untuk nenek dan Cik Nad yang sedang merindui Alia Kaiyisah. See?. Saya sudah boleh bergerak ke situ sana sini taw. Bila ibu marah, daddy cakap tak apa. Biar saya explore dunia saya dengan kaki dan tangan saya yang comei ni eyh.

Oh. Sejuk betul lantai rumah ni. Sedap betul dapat golek golek. Kalau cuaca panas lagi heavennn.

Muka tak puas hati. Ibu dan daddy ralit tengok tivi. Biar je anak dara tecik tu bergerak gerak sampai masuk celah kerusi. Nasib baik tak terhantuk dekat kerusi besi ibu tu.
Jump to another topic. Diam tak diam hari ni dah 28 Sya'aban. Esok hari terakhir before kita semua mula berpuasa. Bila imbas balik, Ramadhan tahun ini merupakan Ramadhan kali ketiga ibu bersama daddy. Alhamdulillah. Ramadhan pertama, seminggu after nikah. Ramadhan kedua, tengah uwekk uwekk pregnantkan Alia Kaiyisah. Ramadhan ketiga, si kecit cinonet yg selalu buat pencak silat dalam womb ibu dia dah pun menjengah dunia. Dah besar dah pun. Tak sangka. Time flies so fast. Ops. Tooo fast actually. Alhamdulillah atas nikmat ini. Alhamdulilah. Alhamdulillah.
Selamat menyambut Ramadhan untuk semua kawan kawan ibu. Semoga kita diberi kekuatan untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan, Insya-Allah. Maaf zahir batin.
Marhaban ya Ramadhan
Namamu diingati
Kedatanganmu dinanti
Fadhilatmu dicari
Ganjaranmu dihajati
Ibadahmu diberkati
*owh. nampaknya tahun ni sekali lagi tak dapat tarawikh berjemaah. sigh*

10 busy bees:

sharEna said... Reply To This Comment

wohh. byknye baju Kaisya dapat. jeles nih. Naurah dpt sket jer tau. itu pn dah dekat 200. klu dpt voucher pureen warehouse sale instead of jusco kan beshh =p msti Naurah dpt 30 helai baju =D

hepi Ramadhan to u too dear =)

nanonano said... Reply To This Comment

oowhhh x aci betol,
bley beli gaun comey2,
xpe2..tggu 2-3taun lg,
kite lak nak sopim gaun2 comey..
err..mcm konfiden sgt jer :p

Ann said... Reply To This Comment

Sharena : mane nak dapatnya voucher time warehouse sale. haha. itu pun nak pengsan dah ibu bersesak sesak dlmlautan manusia. benda murah kan, semua org berebut.

Na : uiks. kompiden sungguh mu Na. haha. takpe. takpe. semoga menjadi penyuntik semangat untuk dpt kan anak gegeirl pasni. ngeh ngeh ngeh.

nadia said... Reply To This Comment

bestnye shopping sakan..kat jepun ni kalo rm200 brp helai je la dpt...nak balik msia shopping!!

mamamarissa said... Reply To This Comment

wah!! bestnya...berbaloi2 kan :)

nie la penangan anak dara...tak cukup2 baju utk diaorg kan...hehehe!!!

yaya+frdz+auf said... Reply To This Comment

eh....kite pon pegi.... xterserempak pulak kan... ke kite dok sebok pilih tak nmpk orang keliling....hehehhehehe....

lylieiqmal said... Reply To This Comment

bnyk nye shopink....lylie x penah pegi lg coz x tergamak nk redah lautan org....(cepat pening)tp tgk awk shopink bebyk dgn kos x sampi 200 jeles la plk...pas nie kalau ade lg bg info ek....
nyway...selamat berpuase.....

Ann said... Reply To This Comment

nad : jom balik malaysia. leh kit p shoping sama sama. hehe.

jue : memang penngan sungguh la jue. tak pernahnya rasa cukup. d aje yg nk dibeli lgi..dan lagi. hehe. tp w/house sale ni mmg berbaloi baloi lah.

yaya : eh. yaya pun pegi ke. kalau tau dr awal may be jumpa. ni tengok orang pun x sempat. dok belek barang dan bakul sendiri je. hehe.

lylie : saya mmg sukee sale mcm ni even ramai manusia. kalau husband mmg dah menyerah diri dah sbb dia x suka bersesak sesak mcm tu. biasa w/house pureen ni 4bln sekali klu x silap. sbb last year pg bln ogos then dec ada lagi. nt klu ada sy info ya.

slmt berpuasa juga utk lylie.

OneSimpleMother said... Reply To This Comment

besnya shopping barang baby kan.. heheh.. kaiyisah samala dgn luqman. suka mengesot kat simen tu. sejuk agaknya..

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ said... Reply To This Comment

besnye..kita dah lama tak g shopping2..ari tu g pon cepat2 je capai2 bayar.balik tgk baju rafiq cam tak puas hati..ahahahah mmg bisikan syaiton sungguh. nak suh sy g shopping lagi la tuh!

Grrr

raihan,
selamat berpuasa..-)

Post a Comment