Blogger templates

Selamat datang ke bulan baru. Happy 7mth Bday Kaisya!







Salam.
Alia Kaiyisah dah tujuh bulan. Alhamdulillah. Kejap je berlalu tujuh bulan. Kejap lg dah setahun. Lepas tu dua tahun. Tiga tahun. Sepuluh tahun. Oh. Rasa tak puas lagi ibu nak dukung dukung dan tepok montot kamu time nak tido. Kiss pipi dan rambut kamu yang wangi tu. Gomol perut, cium mulut kamu yang bau susu tu. Tau-tau dah besar je anak ibu ni nanti. umphhh.


Bulan ni tak ada check up di klinik kesihatan. Cuma ibu plan nk jumpa pead utk check progress Kaisya. Ntah berapa berat anak dara ni agaknya. Tangan ibu dah makin lenguh time berdukung.


Lets review Kaisya's development so far.
  • Alia Kaiyisah starts to learn something. Makin berusia ni dia makin memahami situasi sekeliling dia. Siapa ibu dia, yang mana daddy, dah kenal muka ayah dan mama, muka kakak Zati, abang Fahmi. Dah boleh cam muka atuk, nenek, uncle dan auntie's. Overall, dia makin berakal.

  • Start solid food for a month. So far ok lah penerimaan dia terhadap solid. Cuma yg cedihnya Kaisya tak nak mamam porridge ibu masak. Gigih ibu bangun sebelum subuh lah sangat utk masak end up dia tak berselera langsung dengan bubur itu. tsk. tsk. Sekarang Kaisya makan Cerelac je. Fav flavour adalah Apple & Cranberry & Mixed fruits.

  • Suara makin lantang. Tapi tak boleh dengar suara kita lagi lantang dari suara dia, sure akan cebik cebik then nangis. Mengikut siapa lah tu agaknya kan. kan. kan.

  • Butir bicara dia masih tak boleh faham lagi. Cuma kadang kadang terkeluar jugak lah perkataan mcm 'nda ada', 'tau takpa', 'mama', 'ayah'. Tang 'nda ada' tu sure mengikut loghat sabahan hubby tu. umphhh. (ini dr sudut pendengaran ibu dan dady aje taw. jangan kome ingat Kaisya cakap bebetul pulak. itu dah kira magik tu. ngeh ngeh.)

  • Belum ada gigi. Puas ibu check hari hari, tak maw jugak keluar.

  • Dah mula angkat dada dan vontot untuk crawling. Sekarang ni cuma bergerak sekeliling rumah dengan mengesot. Itu pun dah tak terkejar ibu. Kalau dah pandai merangkak nanti tak tahu lah ibu mcm mana nak handle kamu ni.

  • Suka tolong ibu mengemas. Ibu lipat, dia tarik tarik. Ibu susun, dia sepah sepah. Hai la anak. Tak kena masa sungguh nak menolong.


    Kaisya tolong ibu kemas baju utk balik kampung. Nasib baik ibu dah zip itu beg. Kalau tidak sure Kaisya bongkar balik. Bakul merah itu adalah baju baju yang dah lipat tapi di selongkar semula oleh Kaisya. Bertuah punya anak.

  • Sudah pandai main sembunyi sembunyi. Fav spot untuk sembunyi daripada ibu dan daddy adalah di sebalik sofa, dekat almari TV dan juga bawah meja. Ibu tak tau lah kalau dah expert crawling nanti celah mana pulak kamu nk pergi eh sayang. Bahaya sungguh. Mungkin ibu kena remind daddy supaya pasang safety gate.
  • Ohh. Ibu nak tambah. Ibu still breastfeed Kaisya sebelah malam. Tak sangka selama ini ibu mampu bertahan even tak fully BF Kaisya. Mula dulu ingat 3-4 bulan sure susu dah takde, but still Alhamdulillah. Cuma, sejak sejak gusi dia gatal ni, boobies ibu selalu lah jadi mangsa. Tengah suck tetiba dia geget. Saje je dia nak test ibu tu. Takpe sayang, nak geget sekarang ni gegetlah, ibu tak kisah. Jangan kamu geget time dah ada gigi nanti sudahlah. Boleh putus dibuatnya. Haha.

One more. Polisi dan medical card Kaisya dah smpai. Happy sekejap ibu selepas panass hati dengan agent kami tu. Minor problem pun tak boleh nak handle. Bila ibu threat nk cancel policy and sign for Pr*****al, cepat cepat dia follow-up application ibu. Tak sampai seminggu dah terima. Punya lah lama dia peram borang tu. Eeiii.

Ok. Motif letak gambar atas ni?. Haha. Nak tunjuk med card Kaisya disamping nak menunjuk nunjuk juga betapa bizi nya ibu dikala ini. Meja penuh borang mengalahkan meja pegawai pejabat pos. Haha.

So far ini saja perkembangan Kaisya setakat hari ini. Ibu dan daddy harap Kaisya akan terus membesar dengan sihat dan sempurna, jadi manusia yg bijak, yang berguna, taat perintah Allah, ibu daddy, dengar kata dan hormat orang tua, Insya-Allah.

Till then,

15 busy bees:

OneSimpleMother said... Reply To This Comment

oh da makin besar, bambam, bijak ye kaisya ni.. mmg cepat sgt masa berlalu. tau2 dah setahun dah berlari dah dia kan.. :)

@e_da said... Reply To This Comment

happy 7 months kaisya.. wah dah pandai mengemas ye nanti leh tolong ibu..

@e_da said... Reply To This Comment

alia mmg di jemput untuk besday mika.. dtg ye.. :)

nanonano said... Reply To This Comment

tau takpe??
hamboiiii kaisya..
hehe :p

nieda said... Reply To This Comment

happy 7 months old kaisya

lylieiqmal said... Reply To This Comment

selamat ulang bulan ke-7 kaisyah.... sekejap jew masa berlalu kn.....ank2 makin membesar......

mamamarissa said... Reply To This Comment

tak lama lg marissa plak...perkembangan kaisya lebih kurang jer dgn marissa...bila la nak jumpa kaisya nie ya :)

Ann said... Reply To This Comment

Kak Mas : mmg cepat ms berlalu. dah mula rindu ms memula Kaisya keluar dr womb. ms dia tak nak tido mlm. ms suara masih syomel. huhu.

Eda : thanks auntie Eda. skang shaye dh pandai tolong ibu. Tolong sepah rumah. hehe. Nway, tq auntie jemput Kaisya. If ada kelapangan Kaisya dtg ya.

Na : tau takpe tu Na. haha. sungguh takleh blah kan. itu adelah dr sudut pendengaran daddy dan ibu dia. bukan dia ckp bebetul pon. ngeh ngeh.

Nieda : tq auntie. :)

Lylie : thanks auntie Lylie. mmg kejap je rasa ms berlalu. rasa mcm baru je lahir tp tengok2 dah debab semcm dh anak dara tu. :)

Jue : Alhamdulillah. ibu Kaisya ni kadang takut gak kalu perkembangan Kaisya lambat. tp kalau lebih kurang Marissa, nampaknya ok lah kan. ;p

Insya-Allah. nnt ada ms kita jumpakan Marissa sama Kaisya ye. teringin nk timang bam bam awak tu. :D

sharEna said... Reply To This Comment

waa...da beshar dh dia. lg bape bln je lg nk jejak 1 year =p

bile ko tulis tang rambut wangi tu aku dh tersengih sengih depan PC. hahaha..manyak rambot ke Kaisya? kekeke...

x tumbuh gg lg ek? member aku anak dia pn dh 7 bln. ade 2 gg bawah dah. Naurah sok cam ikot jejak Kaisya jerr aku rasa hihih..jahat Ibu Naurah pk bukan2 hohoh

ish tp betol lah. diorang kite lepa/tinggal kejap je dh kemane hutan pegi. sgt bahaye huhuh

Ann said... Reply To This Comment

Sharena : ceit. takleh tengok aku berimaginasi lelebih sikit. hehe. atau, mungkin aku patut buh ayat 'kepala dia yang wangi' instead of 'rambut yg wangi' ek?. hik hik.

Naurah pun lom ade gigi ek?. itu la, aku tengok rata2 budak umo 7bln dah nampak dah sikit gigi tp ni tade langsung. puas aku belek hari2. belai2 pun takmo kuar jugak. :p

antalya said... Reply To This Comment

tau takpe..sweet je rasa dia sebut gitu..sgt terer la dia

NURUL JAMIAN said... Reply To This Comment

hepi 7 month kaisya. jap2 lagi pasti dia merangkak :)

@ju said... Reply To This Comment

memang kan Ann, cepat jer masa berlalu...tengok-tengok nanti dah sekolah si Kaisy ni....
Macam akak selalu jugak terkenang-kenang zaman anak-anak akak baby dulu...bahagianya....hmmm....

susudalambotol said... Reply To This Comment

Allah, comelnya Kaisya!

Ann said... Reply To This Comment

Antalya : hehe. sweet eh. imaginasi ibu je lebih tu. bukan dia sebut betul pun. kekeke.

Nurul : thanks Nurul. sekarang ni Kaisya dlm proses mengangkat vontot sama dada dia. tu pun dah mencuba utk tawaf 1 rumah. kalo dah merangkak nt tak taw lah mcm mana.

Kak Zura : itu lah kan kak. kejap sangat masa berlalu. rasa mcm baru deliver, tgk2 anak dah nk dekat setahun.

hmmm. mungkin akak patut fikir utk tambah lg 1 kut. hehe.

Hidd : thanks Hidd. Umar Arjuna pun makin hensem. Kiss utk Umar ya. :)

Post a Comment