Blogger templates

. 273 hari Alia Kaiyisah .

Alhamdulillah.

273 hari bersama Alia Kaiyisah benar2 membahagiakan. Anak dara kecil kami itu sudah pun menginjak ke angka sembilan. Sembilan bulan. Sekejap benar masa berlalu.

"Ya Allah, kami bersyukur untuk hari2 indah yang Engkau berikan buat kami, kelmarin, hari ini dan semoga esok juga akan indah seperti hari2 sebelumnya".

Sudah menginjak ke angka sembilan, pe'el anak dara kecil ni sudah semakin ligat. Pantang leka sikit, akan hilang lah dia dari pandangan mata. Sampai pernah aku minta husband pasang safety gate pada pintu masuk dapur kami. Bimbang kalau2 si kecil masuk dapur tanpa pengetahun kami. :S

Tiga bulan saja lagi Alia Kaiyisah akan menyambut ulangtahun kelahiran yang pertama. Sejujurnya, aku dan husband sudah mula rasa sayu. Sayu sebab anak kecil kami itu sudah tidak baby lagi. Mungkin masa itu dia tak mahu lagi dipeluk cium macam sekarang. Dia mungkin sudah pandai menjawab instead of gelak2 bila di agah.

"Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami".

Ohh. Aku pasti, aku akan rindu pada saat2 itu. Saat2 Alia Kaiyisah membesar depan mata. Itu nikmat terhebat pernah aku rasa.

Memasuki hari ke 274 ini, macam2 ragam Alia Kaiyisah yang kadang2 buat kami pening kepala. Tapi ragam itu jugak yang akan aku + daddy dia rindu nanti.
Sehingga ke hari ini, perkembangan Alia Kaiyisah yang aku noticed adalah :
  • Semakin bergerak laju. Dulu mengesot tapi sekarang sudah master merangkak. Practice make perfect orang puteh kata. Sebelum ni asyik lah tersembam. Alhamdulillah lama2 pandai. Gambatte my dear doter!.
  • Sudah pandai duduk sendiri. Hasil daripada merangkak tersebut anak dara tu terus pandai duduk. Awal2 dulu kami gilir2 jaga belakang dia. Takut dia jatuh/baring ikut suka. Tapi sekarang dah boleh percaya. Sudah tidak jatuh + boleh duduk tegak. Yang, bumbo seat sila jual!. Haha.

  • Selalu juga buat ibu dan daddy mengucap panjang dengan hobi terbaru iaitu memanjat. Pantang jumpa something yang boleh dipegang, sure akan panjat. Baik badan ibu, atau daddy, sofa, kerusi makan, rak tivi mahu pun almari baju, semua jadi mangsa.

  • Sudah ada 'perasaan'. Bila ibu sua kan pipi, Alia Kaiyisah akan kiss tanpa diminta. Mungkin dia pun tak tau kiss itu apa. Cuma dia dah faham arahan. Bila dia nampak ibu atau daddy hulur pipi, dia mesti lekapkan mulut di pipi kami. Either dia cium dengan mulut, lidah atau air liur, itu nasib2 lah kan.

  • Suka sangat buat aksi cakar harimau. Semua benda nak di cakar sampai kotor kuku. Spot paling best adalah muka dan perut. Kadang2 tengah menyusu pun tangan still cakar2 lagi. Jadi habit pula.

  • Oh. Cakap pasal menyusu, Alia Kaiyisah masih lagi minum Formula Milk (3.5oz, 2 jam sekali) dan breastfeed. Syukur, walaupun tak fully BF, sebab tiap kali BF, perasaan tu lain sangat berbanding masa FM.

  • Habit dia yang tak boleh tinggal adalah main2 siku ibu tiap2 kali menyusu. :D

  • Berat terkini adalah 7.9kg. Itu berat masa timbang dua minggu lepas.

  • Masih stick to Cerelac untuk solid. Ada juga selit2kan bubur nasi, tapi penerimaan tekak dia agak lambat. Favvy dia sekarang adalah plain yogurt yang dilecek bersama kiwi, atau epal yang dikukus. Sangat gemar pada isi ikan merah yang di stim, tapi bukan yang dicampur dengan bubur ya. Isi ikan semata.

  • Rambut masih segan2 nak tumbuh. Aku sudah lama pasrah. Moga2 rambut kamu tumbuh sebelum kamu jejak satu tahun, ya nak. Ibu nak buat pony-tail masa Birthday Bash kamu nanti. Barulah nampak macam gegirl!

  • Seorang Drama Queen yang manja + mengada2. Pantang marah, atau sakit sikit sure melalak tak ingat dunia. Macam kan kena dera.
  • Suka sangat kalau dapat berdiri. Tangan dipegang macam dalam posisi nak bertatih tu. Dapat lah 2-3 langkah then terus terduduk. Proses belajar berjalan, mungkin.
  • Suka sangat dengan cat. Pantang nampak. Bukan cat yang kejar dia, tapi dia yang dok sebuk kejar cat. Terserlah dah ciri2 ke-mak-usu-an dia. Cik Nad kan sukaaaaa sangat dengan kuceng. Tu la berjangkit dengan Kaisya, agaknya.
  • Masih tidak ber-walker. Aku beberapa kali insist hubby untuk beli. End up tidak dilayan. Dia kata banyak cons daripada pro. Jadi, aku aku iyakan saja. Tapi jangan mengeluh kalau nampak aku mcm jakun dok letak anak dalam walker dekat shopping mall. :D

Setakat ini dahulu. Lots of work waiting. Until then.

Selamat Ulangbulan ke-sembilan Alia Kaiyisah.
We love yu so strong!.

(Dad, Ibu, Atuk, Nenek, Aunties & Uncle).
Pic courtesy from Cik Nab.
Location : Mak Ngah's house, 10/9/2010


11 busy bees:

@e_da said... Reply To This Comment

kejap je kan.. rasa mcm baru bersalin semalam.. tak lama lg alia dah anak dara pulak.. samala ngan mika bab memanjat paling risau.. panjat pandai nak turun tu yg bahaya.. main redah je...

nanonano said... Reply To This Comment

lps dah stahun, rindu nk berbaby2 lg kan?
so bley la jalankan operasi, huhuhu :p

owhh penyegan betul rmbut2 dia nk kluar,
hehe xpe la..ley cover ngn hband kiut2 or pkai tudung litup cm hr tu?
hehe

NURUL JAMIAN said... Reply To This Comment

tak yah pakai walker raihan. raina pun tok wan dia belikan walker tp pki tah bape kali jer pastu udahnya disimpan. anta letak umah babysitter then babysitter ckp pun dia tak mahu.

so nurul wat kesimpulan tak berwalker tp lg bagus kot sbb dia explore sendiri dunia dia secara natural

NanA said... Reply To This Comment

my baby muda 2minggu dari alia kaiyisah perkembangan hampir sama.tp tak reti bertatih selangkah dua lg just ada 2btg gigi bawah,3btg gigi atas yg suku terkeluar.walker ada bg test guna tapi dia xminat.jadi nk beli excercuiser(btl ke eja) supaya dia khayal main tp xbergerak.bende tu ala2 walker tapi tanpa roda.saya test ms nmpk kt jusco,my baby suke.

antalya said... Reply To This Comment

eh jgn la jual bumboo seat dia.simpan utk kegunaan bakal2 adik dia nanti

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ said... Reply To This Comment

ermmm..raihan walker tu if taknak pakaikan pon takpe..tapi if budak tu lasak, pakaikan aje..if tak..mmg tak jd kejela..ehehe tapi elok juga if naturally leh berjalan..:-)

dah besar dah kan..tak caya je..ehehe

Ann said... Reply To This Comment

Eda - memang rasa kejappp sangat. tau2 nak setahun dah budak tecik ni. Mika boy mungkin lasak sikit berbanding dgn alia. yg ini pun dah tak terkejar. kalau bb boy tak taw la mcm mana agaknya. :D

Na - ops. operasi di'tangguh'kan dahulu selama 1 ke 1 1/2 tahun. hehe. then bole proceed utk second pulak. ngeh ngeh.

Nurul - hubby mmg tak bg pakai walker nurul. bbsitter bg hint mintak walker pun dia tak layan.

Nana - Salam kenal Nana. wah!. baby u ada 5 btg gigi dah?. alia kaiyisah baru 2 je tp dok ralit dgn gigi dia saja.

Yun - hehe. ikut ati suma nk beli. bila dah beli tak pakai pulak. tu yg sibuk nak juai. tp sayang so kita simpan je utk next baby. :D

Rose - dah besar dah anT Rose. Rafiq pun dah setahun. pas ni turn alia pulak. :B

Cery said... Reply To This Comment

salam kenal...tahniah jadi ibu..jom try resipi sup ni utk boost milk production http://everybodylovescery.blogspot.com/2010/10/fish-papaya-soup-to-boost-milk.html

cik_ah82 said... Reply To This Comment

Oh. Cakap pasal menyusu, Alia Kaiyisah masih lagi minum Formula Milk (3.5oz, 2 jam sekali) dan breastfeed. Syukur, walaupun tak fully BF, sebab tiap kali BF, perasaan tu lain sangat berbanding masa FM.

ayat ni yg paling best skali..kan2..sekarang adib dh setahun, insyaAllah kalo diiznkan Allah dapatla 2 tahun dia menyusu n mmg pasti sangat2, nnti mesti rindu nk borak2 ngan dia time berdakap nyusu..:'(

cik_ah82 said... Reply To This Comment

hmm..pasal walker tu, xpayahlah!;)

mamakembar3 said... Reply To This Comment

comelnya alia! sronok tgk bb membesar kan? everyday is a wonderful adventure.

Post a Comment