Blogger templates

Cerita Raya Kami : Part I

Salam.
Kembali bekerja semula. Mood swing, menerawang entah kemana. On PC pun lembab. Petanda yang menunjukkan aku cuti lama sangat. Naik berhabuk PC aku tinggalkan dua minggu. Ceit.
Alhamdulillah. Perjalanan kami ke kedua2 kampung selamat, pergi dan pulang. Sangat hectic sampai tak dan nak capture gambar cantik2. La ni pun badan masih lemau. Rasa tak mau kerja lagi tapi cuti terhad. So, tahan saja lah.

Alia Kaiyisah di pagi Hari Raya pertama. Lokasi di rumah Johor. Tudung nenek belikan dari Mekah dah macam telekung. :D
Flight dari Tawau landing arnd 3pm. Cuaca sangat tak membantu dalam menstabilkan emosi aku yang memang sangat penakut ketika berada di atas awan. Nasi tomato lauk acar + kurma ayam yang dihulur pramugari MAS tu pun langsung tak terjamah. Dengan Kaisya yang cranky akibat selesema, dua-jam-setengah dalam belon tu betul2 mencabar keimanan.

Kurung pertama hasil tangan nenek. Niat nak sedondon dengan nenek di pagi raya berkecai akibat baju kurung nenek yang tailor tak sempat nak siapkan. Tapi..oh, panjang sungguh lengan kurung tu smpai tangan anak dara aku tak nampak. :B

As usual, Hari Raya pertama di Johor dihiasi dengan agenda makan-sampai-pecah-perut. Haha. 7 rumah kami serbu sepanjang Jumaat tu. Itu nasiblah hari Jumaat, kalau hari2 lain sure lebih dari tujuh rumah dapat di-skodeng. Takpa2, tahun depan kita jengah lagi eyh. :B

Ops. Menu raya tahun ini adalah sup tulang + lontong daun pisang hasil air tangan emak yang sangat marvelles itu.


Family potrait. Tema biru + kelabu2 asap kami tahun ini. Pen-spoiler kecit itu memang payah disuruh pandang kamera. Bila bagi henfon dia gigit pulak. Uhh. Takpa lah nak, janji kamu pandang kamera, ok!.

Kami di Johor sampai Raya ke-5. Lepas tu pulang semula ke Pjaya since flight the next day at 8.20am. Pertama kali fly dengan infant. Seriau dia tu lain macam sikit, almaklumlah aku kan kuat berangan. Dapat seat depan sekali. Request infant seat belt + bassinet macam kan budak tu nak duduk diam2 dalam tu kan. Nan ado. Last2 dia ngikut leading stewardess tu masuk dapur, masuk kokpit segala. Dapatlah jumpa abang2 pilot yang hensem lagi taf iteww.


Gown yang sempat dipakai selama 2 jam. Lepas tu habis basah dengan muntah. Budak bertuah ni tengah excited dengan gigi dia. Asyik nak jolok2 mulut macam takut gigi yang dua batang tu hilang.

Raya kedua hubby kena balik KL semula. Kerja. Merasalah kami dua beranak beraya tanpa husband/daddy untuk sehari. Isnin tu dia balik semula so dapatlah kami teruskan aktiviti raya yang terbantut.

Actually ada majlis tahlil + akikah untuk anak sepupu aku yang baru. Norakmal Dini namanya. Gambar tak ada sebab semua orang sibuk terjah BBQ. Haha.

Part II menyusul nanti. Pengalaman pertama Kaisya di rumah nenek Sabah pula. Weeeee!!.

Tunggu ya aunties. Banyak lagi gambar2 menarik dalam camera ibu tu. :D

11 busy bees:

@e_da said... Reply To This Comment

alololooo comelnya pakai tudung n telekung tu

nanonano said... Reply To This Comment

coppppppppppppp !!!
cop awal2 nk buat menantu bley??
huhuhuhu :p

Intan and The Boys said... Reply To This Comment

wah...bestnya raya jauh2.
:)

lylieiqmal said... Reply To This Comment

comel kaisyah pki tudung..tp betul la mcm pki telekung pn ade gk.....

OneSimpleMother said... Reply To This Comment

sungguh ayu anak dara bertudung itew.. :)

Ann said... Reply To This Comment

Eda : tudung tu kena tunggu besar sikit baru boleh pakai. kalau tak mmg nampak mcm pakai telekung. :p

Na : anT Na kalau nak cop kena isi borang dulu. ;B

Intan : best jugaklah Intan. yang tak best cuma jauh sangat, badan letih. tambah2 lagi jalan jauh dgn baby. huhu, mencabar sungguh.

Lylie : Kaisya ikut ibu dia pi surau solat sunat Hari Raya tu. pakai tudung je dah mcm telekung kan. hihi.

Kak Mas : tq Kak Mas. anak bujang akak pun apa kurangnya. ensem + taf gitew. :D

NURUL JAMIAN said... Reply To This Comment

comelnyer makai tudung. kecik2 pakai tudung comel tau. meh raya umah raina meh

wardah @ fie shah said... Reply To This Comment

igt kan kaisya pakai telekung. hihi, comel sungguh. meh sini meh, auntie ada baby boy. hehe.

mamamarissa said... Reply To This Comment

comelnya kaisya...muahsss

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ said... Reply To This Comment

raihan, sy kan masa mula2 bawak rafiq masa umur dalam pantang tu mmg takut gak la..tapi suami ada..

pastu kami naik flight berdua je masa umur rafiq 7 bulan..tak tahu nape sy ni berani giler..dah sampai terengganu baru terpikir..eh..bahaya jugak ni terbang berdua aje..eehehe..
alhamdulillah rafiq tak meragam

pastu yg baru2 ni balik raya dia dah mula paham n nak berjalan dalam flight..tapi alhamdulillah abah dia leh handle..rafiq tak nangis cuma nak berjalan je..ehehh

ape2 pon..cepat2 la uploag gmabar rya ye..tak sabar nak tgk ni

~daRLee ZuRiS~ said... Reply To This Comment

alahai..comeynye kaisya pakai tudung.
sakan ek si kecil tu jln raya tahun nie.

Post a Comment