Blogger templates

Cerita Raya Kami - Part II

Cerita raya kat Sabah pula kita ya. :D

As usual, Hari Raya di Sabah tak lah meriah mana (maksud aku : di kampung suami aku lah). 'Ketupat rendang sila nikmati kawan, penat memasak malam ke pagi' itu pun sangatlah jarang2 ditemui. Certain rumah aje yang hidangkan lauk pauk raya, kebanyakkan rumah cuma ada kuih raya + pepsi/coke untuk tetamu. Kelasss kan diorang.
Akibat ke-kelasssss-an itu lah, Hari Raya tahun lepas aku berendam ayaq mata lepas solat sunat Aidil Fitri dan terus tido melayan angan2 makan ketupat dengan kuah lodeh + rendang ayam. LOL.


Ini budak senyum terpaksa time naik bos nak seberang laut. Sepanjang bot berjalan sepanjang2 tu lah dia dok tolak2 badan daddy dia. Takut agaknya. Munyik enjin bot kan kuat.
Ops. Terlupa nak info yang rumah ibu martua ku adalah di pulau ya kawan2. Sebuah pulau yang berhampiran dengan pulau2 peranginan Manukan, Mabul dan Sipadan. Sesiapa yang plan nak pi diving ke, honeymoon ke bolehla singgah rumah. Tapi jumpa mak + pak martua ku aje lah sbb kami di Pjaya. Ngeh ngeh ngeh.
Sampai je rumah mak + pak martua, terus diorang peluk dan gomol2 aku Kaisya. Sayu pulak aku tengok sebab sejak lahir diorang belum lagi dapat tengok Kaisya in real sbb masalah yang tak memungkinkan diorang datang melawat kami di sini. Kaisya pula, nasib baik good mood. Kalau tidak, mau kecik ati orang tua tu kan.
Ini adalah jeti yang menyambungkan pelantar(?) utama dengan jalan masuk ke kampung. Syiok ooo tengok ikan2 berkeliaran dalam air tu. Rasa mcm nak terjun + tangkap wat BBQ je.
Berbalik kepada cerita asal. Bila dah tak ada ketupat + rendang tu, maka raya kami pun ala2 aje lah. Datang rumah sedara mara, teguk coke dan rasa kuih raya diorang. Serius lain sangat berbanding kuih2 yang ada kat sini. Tak ada lah conflakes madu, almond london atau holland hazel ciptaan aku tu kecuali la di rumah ibu martuaku. Kuih raya semua se-pesen je cuma yang membezakan adalah kaler yang pelbagai dan bentuk yang bermacam2.
Kaisya dah pandai duduk sendiri lah. Bahagia aku tengok. Senang sikit kami nak makan. Masa di di KFC sambil tunggu bas nak pulang ke Tawau semula.
Hari Raya kali ni, sangat banyak majlis kenduri kahwin. Oh, jangan tak tahu, kenduri kahwin kat kampung hubby ni dibuat pada waktu malam. Sampai ke awal pagi esoknya. Makanan yang dimasak akan dibungkus dalam polisterin tu then dibagi2 pada tetamu. Terpulang lah samada tetamu nak makan kat khemah ataupun nak bawak balik makan kat rumah.
Majlis kahwin pertama yang dihadiri. Waktu malam + pelamin diluar rumah. Bayangkan saja lah.
Biasanya pengantin akan duduk kat pelamin statik tak gerak2. Then tetamu akan duduk + tengok pengantin sampai pengsan. Haha, joking. Biasanya tetamu akan volunteer untuk nyanyi bermacam2 lagu untuk pengantin. Lepas sesi karaoke berakhir, pasangan perantin akan turun ke depan pelamin dan menari tarian kebudayaan diorang. Then korang akan nampak lah tetamu2 yang kemudiannya berlumba2 masuk gelanggang utk sama2 menari dgn perantin.
Majlis kedua yang dihadiri. Nasib baik Kaisya good girl.
Lepas je habis lagu tarian tu, maka tetamu2 yang turut sama menari salam dengan peranten + selitkan duit kat tangan dia. Bila aku tanya hubby kenapa kena bagi duit, hubby kata sebab perantin dah penat menari so duit tu mcm upah utk dia menari. Huhu. Lain sungguh budaya mereka ni.
Oh. Mcm panjang berjela pulak entry kali ni.
Aktiviti malam tu berterusan sehingga lah jam 4 ke 5 pagi. Tapi tak sure time tu perantin masih ada ke tidak sbb aku dan Kaisya sudah pun tergolek atas tilam. :D
Kaisya teruja tengok laut. Belakang tu adalah rumah orang yang bela ikan dalam sangkar. Oh. tetiba aku ngeri tengok tangan sendiri. Huhu.
Lima hari kat kampung hubby memang tak cukup. Macam2 lagi nak kena explore cuma cuaca panas tak mengizinkan kami utk berjalan sana sini. Hari Ahad kami undur diri, perjalanan kena diteruskan ke Tawau pula atas urusan lain sebelum berangkat semula ke KL keesokan harinya.
Kaisya di lobby Promenade Hotel. The first-four-star-hotel in Tawau.
Kami check-in di Promenade petang Ahad. Untuk 1 malam je since flight esok waktu pagi. Malas nak terkejar2 dari kampung. Ibu suka hotel ni sebab ada shopping complex sekali so senang nak cari makan atau shopping2. Yang tak bestnya, daddy tetap kena tido bawah sbb tuan puteri ni tido melasak tak ingat. King size bed pun dia balun sorang.

Tengokla anak dara tu, macam2 dia nak capai sampai ibu kena cabut wayar phone tu bagi dia main.
Itu lah sedikit sebanyak pengalaman Hari Raya dirumah martua. Tapi kan, dah tak mcm pengalaman Kaisya pun, macam pengalaman ibu je ni. Haha. Nasibla tu kan. Gambar2 Kaisya je banyak sbb aku masih tak dpt nak transfer gambar dr kamera. Cisss.

Tsk. Dah cabut wayar phone pun still nak kejar camera ibu. Kamu ni Kaisya....

OK lah aunties. Setakat ini dulu ya. Kaisya nak berehat sebentar bersama Enfapro Kaisya ni. Jumpa lagi. :D



Nyum. Nyum. Kita minum duluuuu..

6 busy bees:

nanonano said... Reply To This Comment

nmpak makin tembam tao ank dara neh.
gerammm..

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ said... Reply To This Comment

wow..uniknye majlis kawen malm2 n dudk statik camtu je
huhuh

besnye kg dia
tempt org duk nak pegi sgt
tapi takleh nak p2 lagi
eheheh

sonot la depa kan...nak sgt2 jumpa anak dara sorang ni.ha lepas la rindu tuh..:-)

UmmiUmmarMuaz said... Reply To This Comment

comelnya kaisya..tambah gambo yg plg last dgn botol tommee tippee tuh..(eh, btol ke..main teka jer aku.=p)..comell

NURUL JAMIAN said... Reply To This Comment

suami raihan org sabah ye? raihan mcm mana bolet tak wat pop cake tu? nurul tertggu2 email dr raihan utk jawapan raihan ari tu

NanA said... Reply To This Comment

lainnya raya di sn mcm g bercuti jer..emm..bl tgk majlis kwin org d sn..time awak xbuat majlis sambut menantu ker..mcm xpnah alami majlis kwin di ctu..tp mmg cite menarik dr pulau borneo..

sharEna said... Reply To This Comment

puas tgk entry nie hihi..penuh gambo baru beshh..

dear, ko ade adik darjah 5 ehh? ke form 5? aku cam kompius..adik ko ke atikah ker ape nama dia ehh. dia kata besday dia sama dgn Naurah 18/2 huhuh

Post a Comment