Blogger templates

Itu amanah untuk kamu.

Cuaca mendung, semendung hati aku. Perasaan sedikit terganggu sejak semalam.

Lets make the story short.

Semalam petang babysitter mesej. Lepas setengah jam aku jejak ke rumah lepas ambil Kaisya. Bila aku buka mesej, terus terkedu.

" Raihan, dengar cerita ada baby meninggal kat nursery bawah ni. Baru lagi, dalam minggu ni, atau minggu lepas"

Innalillah. Satu lagi nyawa melayang akibat kecuaian orang lain.

Baru beberapa hari lepas aku terbaca berita yang sama, melibatkan baby meninggal tersedak susu di nursery di kawasan kejiranan yang lain, yang merupakan kenalan kepada rakan aku. Takziah. Dan semalam, di kawasan kejiranan kami pulak.

Dah mcm wabak penyakit kan?. Berjangkit2.

Terus aku google tentang berita itu. Baby tu, Nuramierah dan masa kejadian merupakan hari pertama dia dihantar ke nursery selepas cuti Hari Raya. Sedih!.

Dan yang paling tak tahan, pihak nursery macam tak nak bertanggung jawab. Malah mengatakan yang Nuramierah sudah pun sakit sejak di hantar ke nursery pada pagi hari kejadian.

Oh!. Aku lupa beritahu. Kejadian baby meninggal ini merupakan kes kedua. Tahun lepas/dua tahun lepas pun jadi perkara yang sama. Anak seorang guru (sekolah berhadapan kawasan kejiranan kami) pun meninggal sebab tersedak susu. Baby kecil lagi, aku kira mungkin mak dia pun baru mula kerja after confinement.

Apa yang aku nak highlight kat sini, masih tak ada kah sikit pun kesedaran mereka2 ini atas tanggungjawab mereka?. Kita bukan hantar anak secara percuma. Kita bayar mereka. Dengan harapan anak kita akan dijaga sebaik mungkin.

Hati ibu mana yang tak sayu. Waktu pagi hantar anak yang sihat, bila di ambil semula dah biru dan terbujur kaku.
*paused*

Tak ada apa yang mampu kita lakukan. Sebagai manusia, kita hanya mampu berdoa dan bertawakal, semoga tiada perkara2 buruk yang akan berlaku pada keluarga dan anak2 kita. Insya Allah.

Dan aku sangat berharap, agar nursery itu dapat hukuman yang sepatutnya. Kerana apa yang dimaklumkan, tak ada pihak yang ambil tindakan kerana tuan punya nursery itu adalah ANAK ORANG KENAMAAN.
Boleh refer ke Utusan Online. Arkib 28 September kalau tidak silap.
Di sini aku nak merayu. Tolonglah jaga anak2 kami dengan baik. Kalau tak mampu nak jaga, sila jangan jadi hipokrit dengan mengatakan yang anda mampu menjaga. Ini melibatkan nyawa manusia. Bukan anak patung yang boleh dibiar, disepak dan pukul sesuka hati. Sembilan bulan kami bawa dalam perut. Susah payah kami bertarung nyawa melahirkan. Tunjukkanlah sikit rasa simpati dan cuba letakkan diri anda di tempat ibu2 yang kehilangan.
"Kak, tolong jaga anak saya baik2. Saya amanahkan Kaisya pada akak"
Itu pesan aku pada babysitter pagi tadi. Sampai kereta, terus airmata keluar macam bah. Ntah kenapa.
Tolonglah. Jangan sampai ada lagi ibu yang menangis meratapi kehilangan anak tersayang.


8 busy bees:

myra miraei said... Reply To This Comment

so touchinggg.... i'Allah kak doa2 bnyak2 moge kejadian neh xblaku lg

nanonano said... Reply To This Comment

ermm betul tu,
sdangkan kite yg mdgr ni pun sebak lain mcm,
inikan ibu2 yg duk tmpat tu sdiri rase kehilangan ank msg2 yg sblm tu sehat segar bugar g,
mintak jauhkan..

Hannah Johary said... Reply To This Comment

Paling sedih dengar kata-kata time hantar Kaisya tu.

Mesti babysitter tu pun terharu.

InsyaAllah semuanya akan baik-baik je.

mamamarissa said... Reply To This Comment

raihan, mmg sedih kan...moga anak kita terlindung dari sebarang kejadian sebegitu..amin

@e_da said... Reply To This Comment

betul tu... amanah yg kita bagi pada mereka... aduhai hari2 kdg2 risau teringatkan anak kita kan.. rasa nak behenti keje duk umah jaga dia. tp apakan daya... harus kena keje juga..

~daRLee ZuRiS~ said... Reply To This Comment

dalam paper harinie pun ada lagi kan
baby meninggal dalam buaian kat umah pengasuh :(

nak buat camne...kita tawakal je lah kan.harap2 pengasuh2 tu jaga anak kita dgn baik.

OneSimpleMother said... Reply To This Comment

memang sedih kan.. sedih sgt2.. nau'zubillah. mintak dijauhkan dari kita semua..

NURUL JAMIAN said... Reply To This Comment

nurul pun risau sgt raihan. kat tempat kerja pun hati tak tentu arah ingat anak. baru2 ni mata raina bengkak babysitter kata terhantuk kat pagar. tp hati ni rasa lain macam sbb bengkak dia lain macam. tp nak buat mcm mana kita bekerja cari rezeki. hrp anak2 kita selamat dijaga dgn cara yg betul

Post a Comment