Blogger templates

^_^

Ergh. Lama sangat tinggal blog ni tanpa entry baru. Banyak entry duduk dalam draft saja. Buat2, then save. Publishnya tidak.

Final exam dah selesai. Thanks God. Hampir saja nak undur diri semester ini. Kerja tied, schedule packed. Tanggungjawab pada anak dan suami. Komitmen pada keluarga. Tsk.

Alhamdulillah masih mampu survive sehingga saat ini. Terima kasih atas kekuatan yang telah dipinjamkan.

Sikecik kami tu pula sudah menginjak ke angka sepuluh. Sekejap masa berlalu. Masih teringat2 lagi pada pusat dia yang lambat tanggal. Dulu dukung sebelah tangan je, sekarang dukung dua belah tangan, siap kepit kat pinggang lagi. Itu pun kadang2 bole terlepas.


Menginjak ke angka sepuluh, Alia Kaiyisah sudah mula nak bertatih. Sekarang tengah excited berdiri sendiri. Dapatlah berdiri sepuluh saat. Lepas tu, jatuh terduduk. Kesian tengok montot dia tiap2 kali terhenyak ke lantai. Tapi, dia suka macam itu. So, kami biarkan saja selagi tak mendatangkan bahaya.

Gigi atas pula sudah menampakkan bayangnya. Dua batang menanti untuk keluar dari gusi kecil tu. Harapnya tidaklah sampai menyebabkan demam.

Ops. Bercakap tentang demam. Alia Kaiyisah sekarang tengah sore throat. Aku sangatlah jarang dengar baby kena sore throat. Tapi bila nurse kata, okey, so tidaklah kami risau sangat.

Anyway, ibu sangat adoreee suara serak kamu tu, sayang. Comel okey. Tambah2 lagi masa kamu nangis menjerit2. :D

Kembali bertugas pada hari Isnin memang sesuatu yang amat berat. Kalau aku mampu, mahu saja aku berhenti kerja dan duduk dirumah menjaga makan pakai suami dan anak2. Malangnya, aku adalah seorang ibu yang bekerja. Maka mahu tidak mahu, aku perlu membiarkan Alia Kaiyisah membesar ditangan orang lain. Dengan harapan, semoga dia dijaga dengan baik. Cukup makan minum.

Perkara lain yang ingin aku kongsi disini adalah, tentang perancangan keluarga. Mungkin ramai yang sudah pun membincangkan isu ini. Namun bagi aku dah the other half, kami langsung tidak mengamalkan apa2 protection. Bila dengar cerita rakan2 blogger ni, aku masih boleh senyum2 lagi. Tapi bila semalam dapat tahu seorang rakan telah selamat mengharungi bulan berpantang, kali kedua, dimana abang long-nya hanya seusia Alia Kaiyisah, aku jadi seriau. Terus pergi klinik n set-up another appointment untuk injection (since kaedah lain sangatlah tidak berkenan di hati aku). Harapnya usaha ini sukses. Harapnya..

Entah apa2 yang aku kongsikan hari ni, kan?. Aku pun tak tau kenapa. Nak buat entry baru, tapi tak ada apa cerita best. Maaf lah ya. Membazirkan masa kalian dengan membaca entry tanpa faedah aku ini.

Actually, kepala aku sedang memikirkan tentang 1st Birthday Bash Alia Kaiyisah nanti. Eventho masih lama lagi, tapi aku rasa sangatttt syok dan tak sabar untuk organize satu majlis untuk dear baby aku itu. Semoga perancangan kami menjadi.

Sehingga berjumpa lagi,

16 busy bees:

sharEna said... Reply To This Comment

jangan lupe jemput Naurah besday Kaisya nnti k! =D

NURUL JAMIAN said... Reply To This Comment

raihan continue study ke?
alia dah 10 bulan beza sebulan je dgn raihan. happy 10 months alia :)

Ann said... Reply To This Comment

Sha, sure aku jemput ko + Naurah. Itu pun kalau majlis menjadi. huhu.

Ann said... Reply To This Comment

Nurul, Raihan continue study sebulan sebelum kahwin. hehe. tu sbb dah ada anak pun masih belajar lagi. :D

Intan and The Boys said... Reply To This Comment

skejap je kan anak2 ni membesar? wah!!alia sudah mau bertatih! good job alia!!!

memang benar kata orang anak perempuan slalunya lebih pantas perkembangannya dari anak lelaki. :)

lylieiqmal said... Reply To This Comment

makin tembam pipi kaisyah kn.....bulat aje....

@ MaMa ALyA @ said... Reply To This Comment

happy 10 month old alia... nurul rasa all mommies mmg akan excitedkan nak buat 1st birthday besh untuk anak2 mereka include lah nurul.. hehe..kalau ikut birthday alya lambat lagi..tapi dah start searching for birthday party deme nie...hehe..

Ann said... Reply To This Comment

Intan,
rasa mcm cepat sangat pulak la Intan. tak puas tengok dia crwaling satu rumah, la ni dah nak berdiri sendiri pulak. lepas ni makin 'kemas' lah rumah nampaknya. hehe.

Ann said... Reply To This Comment

Lylie, Alya awak pun apa kurangnya. tp kebanyakan baby ni tembam tu memang tang pipi lah. mcm alia, pipi melayut2 tapi badan takde lah mok2 sangat. :D

Ann said... Reply To This Comment

Nurul, thanks. itu lah, selalunya memang mommies yg excited lebih. bila hulur proposal kat daddy, sure kena ejek je sebab awal sangat. huhu.


*anT Nurul jangan lupa jemput alia ms besday Alya nnt taw!. hihi*

nanonano said... Reply To This Comment

haishh xsbrnye nk tgk bdk2 ni bley bertatih kan?
xlenguh dh mdukung lps ni.. errr??
:p

hehe same ler kite, xmerancang ape2 lg buat ms ni,
bukan xpe,
semua ade risiko gemuk,
takotla :(

wardah @ fie shah said... Reply To This Comment

oh oh 1st besday bash..mesti mummy tak sabar..so far injection tu ok x awak?

Ann said... Reply To This Comment

Na, memang tak sabo nak suh dia berjalan Na. tapi proses nak belajar jalan tu yg letih. yela, baby ni bila dia excited dengan new skills, selagi tu dia nak cuba buat. kita la yg kena sabar. huhu.


belum merancang jugak ke?. hihi. ingat kita je. takut gemuk gak tp ketakutan terrsangkut tu lagi kuat so nak tak nak, kena buat gak!.

Ann said... Reply To This Comment

Wardah, hihi...ibu memang tak sabarrr..

injection tu belum ambil lagi. kena tunggu 5th day period. baru leh datang cucuk. yang letih tu kena ambil 3 bulan sekali. huhu.

mula2 dulu sy nk buat implan je but since service implant takde kat sini so takleh la buat. cuba tanya KK tmpt wardah kot ada. yg tu senang sikit. pasang sekali je, nt nak pregnant buka balik. pasang kat area lengan kita kalau sy tak silap.

antalya said... Reply To This Comment

moga kaisya cecepat dpt kaki.pastu lari terkedek2 dikejar ibu.syoknya hihihi..jgn lupa jemput mya for kaisya besday nanti ye

Ann said... Reply To This Comment

Yun, kalau dah dpt kaki nampaknya takde lah ibu nak kejar lg. bagi dia chance kejar ibu pulak. haha.


Mya, of kos anT invite Mya utk birthday bash kaisya nnt. itu pun kalau lah menjadi. huhu.

Post a Comment