Blogger templates

Kisah Water Filter.

Situasi di rumah kecil kami.

Utk pengetahuan kalians, rumah kecil tiang seribu tak ada milik kami tu, tak pernah ada water filter untuk menapis air paip sebelum digunakan. Baik untuk makan minum kami, mahu pun Alia Kaiyisah. Jadi atas dasar prihatin, daddy Kaisya bermurah hati untuk memasang water filter pilihan ibu Kaisya mungkin sebab kesian anak dara dia makan dan minum menggunakan air yang tidak ditapis sebelum dimasak. Almaklumlah, air sekarang ni kan banyak sangat kandungan toksin. So, secara tak langsung semakin banyak toksin, maka semakin banyak kandungan klorin yang digunakan utk membunuh toksin2 tersebut.

Macam2 brand water filter dah kami tengok. Dan harga sebijik adalah dalam anggaran 900 above. Mahal okey!. Dan ada satu yg aku dah berkenan sangat. Tapi bila aku selidik kat Jakim, rupanya produk tu baru je dpt status halal 1hb Julai 2010, whick makes me so terkejut sebab produk tu dah bertapak lamaaaaa kat pasaran.





0 busy bees:

Post a Comment