Blogger templates

Lagi kes tersedak susu.

Salam dan selamat pagi.
Awal pagi buka paper. Jenguk topik utama. Tak ada perkara yang menarik perhatian sangat. Sampai lah mata aku ternampak berita itu. Lagi kes bayi tersedak susu.

Di Kuala Lumpur. Yusuf Razzin. Sangat cantik namanya.

Mungkin sudah tertulis ajalnya ketika tidur. Di rumah pengasuh. Dan cekalnya hati ayah untuk tidak melakukan post-mortem. Mungkin juga kerna tidak sanggup melihat tubuh anak sekecil itu dirobek isi perutnya.

Maka tiada tindakan akan diambil terhadap pengasuh tersebut.

Allahuakbar. Tabahlah wahai sang ayah. Sabarlah wahai sang ibu. Sesungguhnya Allah tidak akan menguji diluar kemampuanmu.
Alfatihah.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Bila hati mula tak senang
Wajah ini mula terbayang di fikiran
Alia Kaiyisah,
Semoga kamu baik2 saja, ya nak.

Ops. Sudah pandai makan roti sendirilah anak dara ibu ni.
*mula rasa rindu*

17 busy bees:

zaza said... Reply To This Comment

haishhh semakin takut nak hantar zia ke orang. padahal mamanye ni dah kemaruk rindu berjauhan! risaunyeee...

lylieiqmal said... Reply To This Comment

owh...kaisyah da pndai mkn roti sendiri.....pndai nye la.....

nanonano said... Reply To This Comment

ishkkk kenapa byk kes mcm ni trkadi pd tgn pengasuh??
humm lg xmo insaf wahai pengasuh2 di luar sane, haishhh

sharEna said... Reply To This Comment

risau klu bace kes2 baby tersedak susu nie. asek teringat kt anak sndiri. tp 1 je semat dlm hati. ajal di tgn Allah. semua yg berlaku atas izin-Nya. so tawakal sajalah. moga Allah panjangkan umur anak2 kita. amin.

Hannah Johary said... Reply To This Comment

Risaunya risaunya.

Hari ni Myiesh dengan Ani dia. Jap nak msg tanya dia tengah buat apa. Hihi.

Ann said... Reply To This Comment

Zaza,
lama x singgah sini. tengok zia makin comel.



*Za, kalau tinggal anak dgn famili kita sendiri rasa selamat sikit kan. tapi, apa bole buat. tuntutan kerja membataskan semua ni. hopefully zia takkan jauh dgn mummy-nya lg lepas ni*

Ann said... Reply To This Comment

Lylie, pandai pegang plastic roti. then masukkan tangan dlm tu. cubit sikit2 tapi masih tak dpt. haha. at last, ibu yg cubitkan roti then masuk mulut.

Ann said... Reply To This Comment

Na, entahlah. kadang2 malas nk pk. baca and buat tak tahu je. bukan apa, risau dgn perasaan sendiri. huhu.

Ann said... Reply To This Comment

Sha,
itu aje yg mampu kita buat kan. tawakal dan selalu doa keselamatan anak2 kita terjaga.

Ann said... Reply To This Comment

Hannah, lama tak jenguk sini.
:D



ops. haha. sama lah kita. agak2 risau, terus msg bbsitter tanya kaisya buat apa. hihi.

ღnFashyaღ said... Reply To This Comment

memang risau memanjang bila fikir anak dalam jagaan BS, sebagai ibu doa ajelah yang mampu kite titipkan. fashya sedih tgk husna, asal balik je baju siang dia penuh susu, takpelah dari tersedak susu. TAkut snagat!! semoga anak kita sihat dan dilindungi Allah..AMin

Ann said... Reply To This Comment

Sabarlah ya Fashya. kadang2 desakan hidup memaksa kita utk berkorban. mungkin baju yg penuh susu tu lg baik dr tersedak susu. tp sy rasa, Fashya pun sekali sekala kena intip jugak keadaan nursery waktu daytime. mcm yg pernah dibuat kwn baru kaisya (since bbsitter dh jaga 2 org la ni).


hopefully Husna dlm keadaan yg baik2 saja, Insya-Allah.

NURUL JAMIAN said... Reply To This Comment

raina juga dah pandai mkn biskut n roti sendiri tp kalu mkn habis lantai bersepah

Ann said... Reply To This Comment

Nurul, memang pun. kaisya kalau mkn apa2 pun lantai mesti kena mop lepas tu. kalau nampak sisa sikit pun, dia akan ambik masuk mulut. haihhh.

~daRLee ZuRiS~ said... Reply To This Comment

alahai..ada lagi ke?
harap2 tak jadilah kat anak kita kan

@ MaMa ALyA @ said... Reply To This Comment

alolo..bersungguh alia makan roti yer.. hehe..

makin hari ade jer kes tersedak susukan..kit sebgai ibu dah tentulah risaukan.. harap anak-nak kita dilindungi hendaknya sepanjang dibawah jagaan pengasuh...amin..

Dayu said... Reply To This Comment

tiap hari melepaskan anak ke tgn org
muka je nmpak mcm takde apa
sedangkan dlm hati ..sendiri je yg tau. mata ni susah nak lepaskan pandangan ke nursery tu
tp dah terpaksa
tu yg kita smua kena terima
tawakal je..tu yg kita mampu

Post a Comment