Blogger templates

Ten Month Milestones

Alia Kaiyisah dan ibu. Pada usia lapan bulan.

(Gambar lama : Abaikan mukaku yang ala2 tak cukup zat. Pucat sana-sini. Tp aku suka gambar ni. Nampak Kaisya molat dan tembam.)



Alhamdulillah. Anak ibu sudah bertambah usianya. Semoga Alia Kaiyisah Mohd Adzam diberi kesihatan yang baik dan membesar jadi orang yang berguna. Berguna pada ibubapa, keluarga dan agamanya. InsyaAllah.
Tak banyak gambar pd usia sepuluh bulan ini. Semua masih dalam camera. Asyik tak sempat nak transfer ke lappy. Walaupun hari2 lappy ku itu tersadai saja atas meja makan. Dan transfer cable itu jaraknya hanya sekangkang semut dari lappy, itu pun masih tak sempat. Hai la manusia, 24 jam Allah bagi dalam sehari. Nak buat perkara remeh pun tak cukup masa. Apa lagi nak buat perkara yang mendatangkan extra pahala. *Insaf*.
Sehingga kehari ini, cik puan Alia Kaiyisah membesar dengan baik. Sihat dan bertambah2 chubby-nya. Like father like daughter, lah kan?.

1oth month milestones :

  • Berat terkini adalah 8.5kg. Dengar 8.5kg macam tak berat, kan?. Tapi sesekali meh la rasa kena sepak dengan kaki Kaisya, atau kena tampar dengan tapak tangan mungil dia tu, mesti serik. Budak kecil ni berat tulang agaknya.
  • Masih lagi stick to Enfapro A+ dan breastfeed ibu. *Bangga disitu*. 4 tin besar wajib kena beli tiap2 bulan.
  • Mula bertatih pada usia sembilan bulan. Seminggu sebelum 10mth birthday dia sudah mula nak berdiri sendiri. Kuat berangan sebab belajar berdiri tak nak orang bantu. Kita nak tolong, kita pulak kena marah nanti.
  • Sudah pandai waving. Bila kita kata bye-bye dan2 tu dia angkat tangan melambai. Clever girl.
  • Sudah pandai ajak berbual. Kali ini makin obvious. Tengah siap2 nak ke pejabat, tiba2 Kaisya akan berbunyi like "bah..bah..mamamammmm". Bila kita diam, dia akan continue buat benda yang sama. So, usually me akan bagi feedback like, "Kaisya, u want your bottle?", sambil tunjuk botol susu. Selalunya bila kita reply, dia akan gelak2 and senyum.

Setakat ini, itu saja tambahan untuk milestones Kaisya. Baru beberapa hari masuk sepuluh bulan. Later mungkin makin banyak kepandaian budak kecil itu. So, will update more on her milestone later.

Princess ibu.

(Maaf : Gambar lama lagi)


Oh. Kaisya masih bukan peminat bubur yang tegar. Still on Cerelac. Tapi kadang2 babysitter terlebih rajin masakkan spaghetti untuk anakku. Oh ya. Kaisya memang kipas susah mati sama itu spaghetti. Tak kisah apa bentuk pun. Bentuk separuh bulat, atau yang curly2, hatta angel hair pun belasah je. Memang sah lah mengikut gen aku itu. Jom Kaisya, katakan NO to nasi. Hehe.

Menu harian Kaisya sekarang ini. Breakfast dengan susu + Rusks (1 kpg). Lunch dengan Cerelac, atau kadang2 sup spaghetti. Minum petang susu + roti (nurse suggest me bagi Kaisya makan roti since she's not into porridge kan. Bukan saja2 nak bagi). Before 7 akan makan cerelac, atau buah saja kalau dia nampak kenyang sangat. Selalunya pisang. She lovesssss pisang so much. Bagus, menyenangkan proses penyahtinjaan.

Tamat cerita milestones Alia Kaiyisah.

Tomorrow holiday. Maybe ramai kawan2 yang akan drive pulang ke kampung. Drive carefully. Kami hanya disini. Rasa sangat lama kalau tak kemana-mana. So, beberapa program direncana untuk habiskan cuti tiga hari. Mungkin akan ber-picnic, atau ke swimming pool dengan si kecil, atau mungkin cuma ke atas bukit Shangri_La untuk jalan ambil angin.

Eh. Projek baking minggu ini. Sorry to my mak, sebab tak boleh reveal dulu nak bake apa minggu ini. Tunggu if jadi baru buka rahsia eh. He he he.

Ok. Back to work again. Nak jadi pekerja berhemah pula. Ayat rasa bersalah sbb guna waktu kerja for updating blog. Hehe. Nasiblah.

Till we meet again, dear readers. Tata, and Happy holidays!

13 busy bees:

Intan and The Boys said... Reply To This Comment

wah!!! ibu alia citer panjang lebar kali ni. best pulak auntie baca. :)

alia dah besar! putih bersih je alia ni. suka tgk baby2. muka suci je. geram!!!

nadia said... Reply To This Comment

wah2..alia..western gitu kecik2 nak sphagetti aje..org melayu kena makan nasi tau..heheh..bestnye anak dah boleh layan borak..sure lawak..eheh..

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ said... Reply To This Comment

yahoooo
dah besar n besar

wow..4 tin ke susu dia minum sebulan?
wah wah

hope makin besar jd juara..yey!

lylieiqmal said... Reply To This Comment

hapy holiday an...
da besar da kaisyah.......
pipi tembam n bulat kn...

Ann said... Reply To This Comment

Intan, kali ni ada banyak sket ms nak olah cerita. thats whay ada sikitttt panjang. hehe.

Ann said... Reply To This Comment

Nad, western gitu kan. ni pun dah abih daya nak bg dia mkn nasi. kadang paksa jugak. tp klu selalu memang dia refuse lah.


best sgt bila anak dh pndai ajak borak. kadang2 mmg rasa mcm lawak. haha. tunggu lah bila Hajiq pandai ajak borak nnt. :D

Ann said... Reply To This Comment

Rose, makin besar eh. sebulan 4 tin susu 850gram. huhu. itu yg wajib Rose. kdg terbabas jugak ke 5 tin. :S

Ann said... Reply To This Comment

Lylie, happy holiday juga utk lylie & lil alya.

miss alya. lama tak jenguk sana. :S

~daRLee ZuRiS~ said... Reply To This Comment

taste western anak dara nih.
selamat berholiday! :)

Ann said... Reply To This Comment

haha.

jangan tak caya Zuris. mengalahkan mak nye dah skang ni tau.


happy holiday juga utk zuris and kysha!!!!

Cik Nad said... Reply To This Comment

asyik gmbo lme jek....mk n abah naek bosan tngok

@ MaMa ALyA @ said... Reply To This Comment

Happy 10 month old dear alia.. :-) cepat sangatkan diaorang ni membesar.. huhu.. alia pun akin tomei & bambam untie tengok.. hehe..

gambar2 alya pun masih tersemat dlm kamera nurul ni..tak de satu pun yang nurul sempat cuci.. huhu..

tetiba rasa nak pi cuci pulak ni.. keke..

Ann said... Reply To This Comment

Cik Nad, sila jangan bosan eh. nanti ada ms update dgn gambar baru. ngeh ngeh ngeh.

Post a Comment