Blogger templates

Almost 1 year baby.

Alia Kaiyisah,
2 hari lagi awak akan meningkat dewasa usia ke 1 tahun. Ibu rasa sekejap sangat awak sudah mahu jadi toddler. Rasa macam baru semalam awak dibawa keluar dari labour room. Sejuk aircond dan pening lalat ibu tengok banyak blood rasanya masih macam baru terjadi. Ya, ayat cliche.

Alia Kaiyisah,
Awak tahu tak masa berpantang adalah masa yang paling mencabar untuk ibu dan daddy oh. daddy mahu anaknya panggil dia babah since dia rasa itu kedengaran sgt manja utk anak pempuan. Awak suka sangat menangis, lagi2 waktu malam. Ada satu ketika awak nangis sampai daddy keluar cari puting tipu [pacifier] which end up daddy beli puting untuk botol susu. Nak pecah peyut kita semua gelakkan daddy.

Alia Kaiyisah,
Susahnya nak cari pengasuh untuk jaga awak. Ibu minta tolong cousin ibu, merangkap makcik saudara awak untuk carikan. Alhamdulillah dapat tapi nun jauh di ceruk sana. Tiap pagi ibu bawak awak keluar jam 6.30 pagi, duduk dalam carseat Sweet Cherry awak tu. Oh, carseat and stroller tu ibu sudah pun jual pada org lain. Sebab berat yang amat. Seat belakang kereta kecik kita muat utk itu saja. :(

Alia Kaiyisah,
Usia awak 3 bulan ibu dapat cari pengasuh di blok sebelah rumah kita. Ibu suka dan daddy dah tak pening kepala. Walaupun bulan2 1/4 daripada gaji ibu cuma buat bayar pengasuh saja, ibu tetap senyum. Sebab ibu tak perlu bawak awak naik kereta tiap hari. Pagi2 pula tu.
Oh, awak mesti masih ingat kejadian awak jatuh buai di rumah pengasuh baru tu kan?. Syukurlah tak jadi apa2 yang tak baik pada awak. Ibu ada post entry dalam blog ibu dulu. Tapi sekarang ibu dah remove kan ia sebab ibu tak sangka entry tu jadi penyebab awak tidak ke rumah pengasuh itu lagi.
Tapi tak apa. Itu ujian.
Harapnya lepas ini ibu akan jumpa skool yg lebih baik utk awak. :)
Alia Kaiyisah,
Selama ibu dan daddy menjaga awak, Alhamdulillah awak selalu sihat. Sakit sikit2 tu biasa lah. Demam, selesema yang memaksa kami ke Emergency Hosp Putrajaya banyak kali juga. Selain itu, tiada. Awak anak yang senang dijaga. Harapnya sampai ke besar awak akan menjadi anak yang menyenangkan hati kami, juga hati orang lain yang turut sama menyayangi awak.
Alia Kaiyisah,
Cuma 1 perkara yang ibu kesal. Awak tak dibiasakan makan bubur nasi dari awal.
Seminggu yang pertama saja ibu masak. Tapi awak tak mahu langsung.
Jadi ibu switch ke Cerelac. Ingatkan sekejap tapi sampai usia 8 bulan awak lebih suka makan nestum daripada nasi. Oh!, awak suka sangat makan spagethi. Ibu tumis bagi lembik bubuh tofu, nyum. nyum. Awak makan sampai licin.
Tapi sekarang awak sudah mula makan nasi. Nasi lenyek dengan ikan tenggiri. Kadang tofu. Ada masa dengan udang, ayam atau telur. Awak bukan peminat carrot yang tegar. Tapi awak suka brokoli. Sawi pun boleh. Oh, yogurt dan juga cheeeeeeeeeeeeeeeeeeeeese!!.
Alia Kaiyisah,
Awak tahu tak, betapa mencabarnya menjadi seorang ibu yang masih terkial2 nak baca buku untuk final exam?. Sangat mencabar sampai satu masa ibu rasa nak berhenti. Tapi nasib ibu baik sebab Allah masih beri ibu kekuatan untuk teruskan perjuangan ibu. Insya-Allah next year masa ibu graduation awak dan daddy akan sama meraikannya bersama ibu. Besar maknanya tu. :)
Alia Kaiyisah,
Sempena menghampiri ulangtahun kelahiran awak ini, ibu dan daddy doakan semoga awak sentiasa berada dibawah lindungan Allah SWT. Menjadi anak yang menyenangkan hati kami, bijak dalam semua hal seperti yang terkandung di sebalik makna nama awak. Ibu tidak mengharap awak menjadi seorang astronot, mahupun doktor pakar jantung [tapi kalau awak bercita-cita kearah itu - ibu dan daddy sentiasa menyokong] tapi cukuplah sekadar awak mengingati kami di hari tua kami nanti.
Ibu sangat sayang awak.
Daddy pun.
Happy Upcoming Birthday dear baby. Kamu sudah bukan baby lagi taw!.

8 busy bees:

sharEna said... Reply To This Comment

syok pulak bace entry nie.
kdg2 ade nada syahdu gitu..keh kehh

hrpnye sabtu nie dapat pegi jumpe Kaisya!!! =) weeee...tak sabo. masak sedap2 tau. aku dr rumah x makan apa2..miahaha..

btw kad jemputan da sampai opis last week =)

~daRLee ZuRiS~ said... Reply To This Comment

suka baca entry dari ibu2 yg anak2 nak sambut ulangtahun pertama.sgt sweet rasanya.sampai giliran zuris nanti,tak tau nak tulis apa.speechless,maybe ;)

kejap je masa berlalu kan

Hannah Johary said... Reply To This Comment

Ohh nak nangis! Nak nangis!

Tengah draft entry birthday Myiesh juga. A week plus to go. :)

lylieiqmal said... Reply To This Comment

terharu la plk..kasih sayang ibu yg tidak ternilai kn.....

antalya said... Reply To This Comment

kaisya dh besar nanti kasi dia baca entry ni.sure nanges pastu peluk ceom ibu dia

Intan and The Boys said... Reply To This Comment

alolo....terharu ok.

harap2 kaisya jadi anak yang solehah dan taat. :)

nanonano said... Reply To This Comment

alia kaiyisah,
1 je auntie nk bgtau,
awk sgt bertuah,
hepi becoming bday yer syg :)

mamamarissa said... Reply To This Comment

aduhai..bila sampai saat nie, kenapa mesti rasa sebak ya???

happy becoming birthday kaisya...2 minggu pas tue, marissa plak :)

Post a Comment