Blogger templates

Rindu blogspot.


Juga rindu sama budak ini
Lama sangat rasa tak update apa2 kat belog. Padahal baru 5 hari. Ini semua gara2 perasaan sentap orang lain yang berjangkit kat aku sekali. -_-

Alia Kaiyisah sudah pun berusia 11 bulan 1 minggu dan 2 hari. Dah nak jadi budak dah anak aku tu, bukan lagi baby2. Huhu. Sayu pulak rasa hati. Kalau mengikut bulan Islam, 11 hari lagi anak dara tu nak menginjak ke usia 1 tahun. Tahun lepas aku deliverkan dia pada tarikh 1 Jan bersamaan 15 Muharram 1431H.

Tsk. Nangis ibu tengok kamu pakai speck ni.
Menginjak usia 11 bulan, makin banyak dah perkembangan budak kecil ini yang menggembirakan hati ibu dan bapaknya. Most of the time, apa yang dia buat selalunya akan buat kami tertawa berdekah2. Alia Kaiyisah seems like suka sangat buat kelakar. Be it gaya dia berjoget, atau cara dia marah, membebel2 mahupun time dia mengigau tengah2 malam dan bercakap macam kan ada yang melayan, akan selalunya buat kami sengih2 macam kerang busuk!.

Itu juga yang selalu buat aku sangat malas mahu pergi kerja!.

Rasa nak duduk rumah dan golek2 bertiga atas carpet bulu2 favourite dia tu.

Pegang botol susu sendiri. Ikut mood. Most of the time, memang malas!
Alia Kaiyisah masih belum boleh berjalan sendiri. Tapak kaki masih nampak mcm geli mahu pijak lantai. Tiap kali memijak, dia akan jengket2kan sikit tapak kaki yang belakang. Kecuali time pakai stokin atau kasut.

Walaupun belum boleh berjalan, aktiviti MENGEMAS tetap berjalan macam biasa. Sampaikan cermin kabinet TV pun terpaksa kami tanggalkan. Selalu sangat kena tepuk, takut cermin tu pecah dan lukakan dia pulak nanti. :S

Kemas rumah. Kemas meja. Kemas beg ibu sekali.
Gigi?. Haa, dia ni juara tumbuh gigi. 5 batang dah keluar dan 2 lagi dah nampak putih2 kat gusi tu. Agaknya itu sebab dia lambat jalan.
Habit Alia Kaiyisah yang suka sangat gigit dan masukkan barang dalam mulut telah menyebabkan satu2 digital camera milik aku menamatkan riwayatnya selepas berkhidmat hampir 4 tahun. Sob. Sob. Oh, ibu akan betul2 rindu padamu nanti, si merah!.



Dan buat sementara waktu ini, terpaksa lah aku menumpang kasih kepada yang sudi. Haha. Pastinya, untuk yang ini kamu adalah diharamkan sama sekali untuk usik, apa lagi nak gigit dan jilat2 umpama makan eskrem eh, Alia Kaiyisah!.
Panjang pula entry kali ini. Mungkin sebab lama tak update, rasa seronok tengok gambar banyak2. :D
Dan, pada kawan2 yang ada terniat utk meraikan majlis anak dara kesayangan kami ni, janganlah segan hantar address kat email ya. Kad dah siap tulis nama korang n baby, cuma takde alamat je lagi. Yang dah di invite melalui muka buku, kalau berkelapangan jemputlah datang ya. Majlis takde grand mana pun, just makan2 so tak perlu malu2 eh.
Sampai jumpa lagi. TC.
[Oh!. Jepun masih lagi belum menyerang. Sudah 7 hari berlalu. Apekah?]

16 busy bees:

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ said... Reply To This Comment

tula if lama tak update rasa rindu kan ehehe

7 ari? apekah?

sharEna said... Reply To This Comment

comelnya Kaisya gambo yg 1st tue. mcm anak dara sunti gitu..kekeke =p

manyaknye duit ibu tabur2 tue. meh bagi anT 1 Kaisya!! Ibu da xnak da duet tue...=B

nadia said... Reply To This Comment

hebat betul anak dara srg ni smp rosak kamera..hehe..1 jan ek kaisya lahir?senior habes la ni utk budak2 baya die..

ape jepun2 ni?bendera jepun ke?haha..

Ann said... Reply To This Comment

Rose,

haha. apekah?

Ann said... Reply To This Comment

Sha, anak dara sunti?

wekekeke.


itu anak dara suka sgt main duit ibu dia. pastu gigit2 smpai koyak. klu yg koyak 1 rgt takpe la jugak. klu 50 rgt?. huhu

Ann said... Reply To This Comment

Nad,

okey. bendera Jepun ek. haha. sensitif Jepun2 nih. kekekeke.


hoho. Kaisya mmg senior lah utk budak2 baya dia. tp kalo dia masuk skola ikut budak2 tahun 2009, asik kena buli je la gamaknya. hahaha.

nanonano said... Reply To This Comment

wahhh makin comel n makin sepsi ank dara ni sorg..
hehe

~daRLee ZuRiS~ said... Reply To This Comment

ehh.zuris dah kasi alamat ke?lupa.huhuu...
hp hubby pun rosak akibat masuk mulut kysha.hehee..
nak wat camne,anak kan.redha je lah ;)

Intan and The Boys said... Reply To This Comment

sudah 7 hari? ayo maa...ayo paa...hehe.
takpe. kaisya dah besor tu. its ok...

rasanya kaisya macam khalish sket2. penggeli orangnya. jalan jengket2.

RijaalunZ said... Reply To This Comment

jgn lupa org yg perlu diraikan sekali pada bulan JANUARI...hahaha

pasni kita leh share besday party yer alia...hahaha

mamamarissa said... Reply To This Comment

alamak, kaisya nak dpt adik kah??? apapun ann, jgn lupa announce nanti...muahsss utk kaisya :)

Ann said... Reply To This Comment

Na, sepsi?. xoxo.


sepsi tang senyum dia lah kot. ngeh ngeh ngeh.

Ann said... Reply To This Comment

Zuris, belom babe, belom bg lagi add. sila tinggalkan di email ya.

Ann said... Reply To This Comment

Intan, ayoo..sudah 7 hari terlepas and sudah pun menjelma semalam. berkat doa siang malam. boleh?

Ann said... Reply To This Comment

Uncle Sam, haha. pasni leh share sebeday lah yer. and pastinya share ongkosnya sekali. uwarghhhhahaha.

Ann said... Reply To This Comment

Jue, hasrat dpt adik tak termakbul lah dear. hehe. tunggu kaisya beso sikitlah!.

Post a Comment