Blogger templates

2011 Resolution

Salam.

2011 dah masuk hari ke 6. Baru nak update ttg azam. Nampak sangat ketinggalan.

:(

Apa pun, 6 hari lagi husband akan melangkah ke tempat baru. Tanpa kami. Semoga husband akan baik2 saja di sana nanti. Insya-Allah.
Resolusi 2011 tidak banyak. Tidak seperti tahun2 sebelumnya yang mana list-nya panjang berjela end up banyak juga yang tidak terlaksana. Biarlah sedikit, tapi semuanya berhasil.
Resolusi pertama untuk memiliki rumah sendiri. Sudah bosan duduk rumah sekarang ini. Oh, secara tepatnya rumah tanpa laman. Tak ada tempat utk tanam bunga, tanam pokok mangga, atau pun pokok pisang. Tak ada tempat untuk main kejar2 dengan husband dan Kaisya.
Sebelum ni asyik bertangguh. Sebab masing2 tak nak mengalah dan berkeras nak beli rumah di kampung sendiri. Haha.
Tak mahu rumah double-storey. Banyak dah dengar keluhan rakan2 yang kesal membeli sbb tak larat nak naik turun tangga. :)

Dapat macam ini pun dah cukup.
Resolusi kedua adalah untuk enroll ke peringkat yang lebih tinggi dr yang bakal ada next year. Haha. Baik punya planning, kan?. Yang 1 belum habis, dah berangan nak yang 1 lagi. Tidak apa, berangan tu salah satu pencetus semangat.
Tapi kali ni nak apply for full-time dan minta cuti separuh gaji. Feeling jadik student semula. :)
Resolusi seterusnya, secara umumnya untuk memperbaiki diri sendiri. Towards parents, husband, friends and Allah. Dah 28 tahun hidup tapi jarang sekali solat sunat before/after solat yang wajib. Sedih, kan?.
Selain itu, dalam proses mengumpul uwang sebagai persediaan untuk sekolahkan Alia Kaiyisah. Oh. Jangan tak percaya yang aku dah berangan untuk sekolahkan Alia Kaiyisah seawal usianya 3 tahun.
Dah cari pun sekolahnya. Insya-Allah kalau ada rezeki.
Selain itu, resolusi sebagai isteri. Itu simpan saja dalam hati.
:)

Resolusi anda bagaimana?. May this yr brings more happiness for us, Insya-Allah.

Semuanya untuk kamu. Dan kamu.

11 busy bees:

sharEna said... Reply To This Comment

aku ade bbrp azam tp ntah nape mls nk tulis. takot x terlaksana kot. huhu..so simpan dlm hati jelah =p

kepala kaisya=kepala habi ko = sama bentuk laaa...

ngeh ngehh

mar!ahaf!z said... Reply To This Comment

moga impian tercapai untuk tahun baru ni ye..
saya pun nak carik rumah single storey.. senang.. tak suka la bilik kat atas.. nak gi dapur susah.. hehe..

Ann said... Reply To This Comment

Sha,

tulis utk ingatan diri sendiri. yg agak2 tak tercapai simpan dlm hati jek. ha ha ha.



kaisya = hubby. sampai bentuk kepala pun sama. :B

Ann said... Reply To This Comment

Maria, thanks. Semoga impian kita terlaksana, Insya-Allah.

NURUL JAMIAN said... Reply To This Comment

kebanyakan azam baru kamu itu aan adalah separuh azam2 nurul juga.

nak ada rumah sendiri sbb menyampah tgk rumah sewa ni. nak berhias cantik2 pun rumah org. tak ada feeling langsung. huhu

lagi satu nak sekolah kan raina seawal 3 thn juga. ni dah berangan sbb tgk kakak2 opis nurul sibuk nak sekolah kan anak2 mereka. so dah berangan siap2. huhu

tapi azam palg besau nak luaskan bisnes , nak continue balik buat free lance, part time for graphic, advertising, cari keja baru dkt dgn rumah, nak solat 5 waktu. (bab ni selalu tertinggal lagi2 subuh), nak saving dduit lebih dari thn lbh. dan plg utama nak kuruskan badan. dpt badan mcm aan ni orait gak.

one more thing nak kurang kan FB dan twitter. huh twitter selalu menganggu keja2 ku. cewahhh.

Ann said... Reply To This Comment

Nurul, semoga impian kamu terlaksana, Insya-Allah.


nampaknya banyak yg serupa. harap part nak 'sekolahkan seawal usia 3 tahun' tu termakbul lah. :)

nanonano said... Reply To This Comment

insyaAllah,
lepas ni bley la goreng pisang yg dah berbuah tu yekk.. *tetibe*
:P

Ann said... Reply To This Comment

boleh Na. bila pokok mangga dah ranum, and pisang dah berbuah akan ku kirim kan ke pahang utk santapan kamu sekeluarga. *cewah*

OneSimpleMother said... Reply To This Comment

ye betul tu ann. nak beli rumah belilah single storey. biar luas sikit. rasanya kemas umah 2 tingkat ni lg letih dari kemas rumah setingkat. bila husband takde rasanya macam nak berkampung jer kt tingkat bwh ni sepanjang masa.. hehehe

Ann said... Reply To This Comment

Kak Mas,

saya suka tengok gambar2 rumah akak [walau pun nampak sipi2 aje]. Nampak kemas dan bersih sepanjang masa. hehe.

Intan and The Boys said... Reply To This Comment

wah! insyaAllah segala resolusi akan tercapai. :)

kita pon dah berangan nak skolahkan khalish awal2. lagipon babysitter skang ni pon macam tak lama je kan. better hantar skolah je. hehe.

Post a Comment