Blogger templates

13 month Milestone

Ya. Agak terlambat mahu wish.
1st time celebrate pertambahan usia tanpa daddy. Ergh, kalau boleh malas mahu mulakan bicara tentang husband, sbb nanti sampai ke sudah entry happy jadi sedih.
Ada perkara menggembirakan tentang anak dara seorang itu. Sudahpun mula menapak beberapa minggu lalu tapi dek kemalasan tahap maksima, kebolehan itu terbiar mcm tu saja. Cuma sejak pulang bercuti di kampung baru2 ni, steps yang dibuat semakin bertambah. Daripada 1..2..3..sekarang sudah boleh sehingga 15 tapak tanpa jatuh. Congrats Alia Kaiyisah!.


Si sopan 13 bulan. Sikit punya cantik duduk dalam stroller mcm itu, kan?.

Selain itu, Alia kaiyisah juga sudah mampu memahami beberapa arahan yang diberikan. Contohnya bila kita kata "nak" dia akan hulurkan apa saja yang ada dpan mata dia. Bila kata "sayang/kiss" dia akan cium pipi. Bila sebut "Allahu Akbar" automatik akan terus angkat tangan ke telinga (motif?. ntah, dia tengok org azan kot), kadang2 terus sujud ke lantai.



Satu hobi yang mula ditunjukkan. -____-
Dia tahu bila nak tengok TV, dan pada waktu itu TV padam, dia akan hulur remote (tak kira remote apa, i.e : TV/Astro mahu pun aircond : janji remote). Itu tanda suruh buka TV lah tu. Clever girl.
Semakin besar aku lihat, Alia Kaiyisah nampak seperti seorang yang peramah. Jumpa orang semua nak ditegur. Siap berbual macam kan tengah bercerita sesuatu. Kelakar. Butir bahasa memang tak clear lagi. Cuma gaya dia tu kadang buat semua orang tak kering gusi.


Lepas ini habis dinding rumah kena conteng.
Happy 13th Month Bday Alia Kaiyisah. Ibu sayang kamu. Banyak2.
Semoga kamu membesar dengan sihat. Teruskan usaha berjalan kamu itu, so nanti masa daddy habis course kita boleh pergi jalan2 jauh sikit sbg hadiah utk kamu ibu tumpang sekaki jer okey.




3 busy bees:

OneSimpleMother said... Reply To This Comment

mungkin itu tandanya alia akan cepat bercakap. kecik2 lg dah peramah ye. `org tua2 kata lmbt berjalan cepat bercakap.. :D

NURUL JAMIAN said... Reply To This Comment

hepi 13 months kaisya

antalya said... Reply To This Comment

cantik nya dia dok dlm stroller gitu yer hihihi

Post a Comment