Blogger templates

Bila si kecil kembali sihat.

Alhamdulillah. Berkat doa ibu dan semua yang menyayangi Alia Kaiyisah. Anak kecil itu semakin membaik.
Juga berkat dari susah payah ibu & Cik Dib (aka makcik Alia Kaiyisah yang sokmo bergomol sama si kecil tu sejak demam) membawa ke 3 klinik dalam tempoh 8 hari ini untuk mendapatkan treatment terbaik untuk si kecil. Terima kasih Cik Dib. Susah payah kamu teman ibu malam2 di Emergency hospital takkan dilupakan.
Semoga Allah membalas semua kebajikan Cik Dib. Dan semoga Cik Dib beroleh keputusan cemerlang dalam SPM yg akan keluar tidak lama lagi. Insya-Allah.
Si kecil kesayangan ibu. AnT Yat bilang muka Kaisya iras Engku Aleesya. Puas ibu belek2 tang mana datangnya rupa campuran Erra Fazira + Engku Emran itu. :p
Sebenarnya, semasa anak sakitlah si ibu akan realize macam2 perkara. Kalau boleh, setiap tindakan yang diambil semuanya untuk pastikan anak dapat yang terbaik. Contohnya dalam kes ini. Polisi insuran Alia Kaiyisah dlm proses untuk terminate. Ada masalah yang tidak dijangkakan. Ibu pula asyik bertangguh2 untuk daftar polisi insuran yang baru. End up, anak sakit.
Masa ini lah nak menggelabah. Risau jika anak admit ward tak ada sumber kewangan yg mencukupi. Faham sajalah, kos untuk rawatan di hospital swasta mencanak-canak naiknya.
Oleh itu, pengajaran pertama :
JANGAN BERTANGGUH HAL2 YANG BERKAITAN DENGAN ANAK.
Oh!. Kalau bertangguh tang beli toys, dibenarkan ya. hehe.

Iya. Ibu tahu kamu rindu sama daddy. Ibu pun rindu. Cuma yang beza, ibu rindu tak sampai demam sebab ibu kan sibuk luangkan masa lapang dengan grup mama blogger. :p
Masa anak sakit ini jugalah aku banyak singgah ke blog2 yang menyajikan entry berbentuk kesihatan kanak2. Sebelum ni asyik update blog, facebook dan yang terkini faceblog pula.

Sedang browsing tiba2 terjumpa satu website yang agak menarik bagi aku. Mostly entry adalah berkisar kesihatan dan penjagaan kanak2. Mari aku kongsikan sedikit ilmu untuk kalian.

Apabila anak batuk berkahak & selesema

"Jika bayi anda mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka.

Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.

Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi. Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula.

Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka.

Ingatan untuk ibu bapa, sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah".

Pengajaran kedua : JANGAN PANIK.

Alah. Ibu tu tengok tangan saya tergeliat sikit pun dah panik tak tentu hala. Hahaha.



...To be continued. Penulis agak sibuk dihari2 terakhir kerjanya di pejabat. Selepas ini, selamat tinggal office work buat sementara waktu...
* Some piccas are credited to Yat. thanks!*

12 busy bees:

nanonano said... Reply To This Comment

eh na pernah bace kat blog sape tu, doc suruh masak air dlm rice cooker,
pastu kite duk atas kusi, ank tiarapkan atas ribe bg muke dia hadap betui2 atas rice cooker tuh
so wap nanti kene muke dia,
sambil tepuk2 blkg tu,
so kahak akan keluar.
so far stakat ni mika xkena lg, so xley try lg la nk tao berkesan ke x.

Ann said... Reply To This Comment

Na, mcm entry dlm blog Jue tu. Ann ada terfikir nk buat ms kaisya sakit ritu tp x boleh sbb x nampak secara real. takut salah buat pulak. hehe.

sharEna said... Reply To This Comment

wa pernah try buat la ann bab tepuk2 tue. payah wehhh! bdk tu bkn reti ddk diam cam kecik2 dulu. mau dia meraung menggeliat nk lepaskn diri kalo skrg -__-

syukur kaisya da sihat =)

Ann said... Reply To This Comment

Ena, ye ke?. daku tak buat pun sbb kaisya sudah sihat. may be kena dtg tengok demo kat umah jue lepas ni. hehehe.

mamamarissa said... Reply To This Comment

get well soon sayang...jgn biar ibu terus risau...muahsss

Ann said... Reply To This Comment

Tqvm anT Jue. muahs muahs for marissa jugak.


:D

~daRLee ZuRiS~ said... Reply To This Comment

alhamdulillah...
betullah kan.bila dah jadi camtu baru kita realize macam2.cam kysha demam sampai kena admit haritu,kosnye nak sama ngan kos mommy bersalinkan die je.jadi,insurans anak adalah penting :)

zuris pernah try buat taktik tu tp tak menjadi lah ann.mebi tak reti kot ;P

wardah @ fie shah said... Reply To This Comment

kita baca kat blog Jue ibu Aliff, ada paed dia ajar cara² redakan kahak untuk baby. mmg sayu sungguh la tgk anak tak sihat tapi ibu kena kuat mental & fizikal kan. alhamdulillah kaisya dah sihat.

Fadilah R. said... Reply To This Comment

alhamdulillah kaisya dah sihat. takmo sakit sakit lagi tau.

risau je kalau imaan sakit teruk. so far sakit sipi-sipi je. tak tahu mcm mana nak handle nanti. mintak dijauhkanlah.

Hayfa alyya my's Baby Gurl said... Reply To This Comment

keisya da sihat ... mai tak penah cuba teknik 2 la tapi hayfa tak selseme tapi mcm b'kahak plak dia risau plak tgk keadaan dia 2 ..

Ann said... Reply To This Comment

Zuris : itulah yg ann risaukan. kos perubatan skang sangat mahal. hukhuk. so baik melabur dr sekarang so tak susah dikemudian hari kan.

*****

Wardah : Alhamdulillah Kaisya dah sihat. tinggal selesema sikit & batuk berkahak. demam dah kebah. berkat doa anTies2 semua. :)

Ann said... Reply To This Comment

Fad : kalau boleh elak, better elakkan. tp nak elak mcm mana kalau memang dah nak sakit kan. terima saja lah. kan besar pahala ibu yg menjaga anak sakit.


semoga Imaan sentiasa sihat. susah hati ibu kalau Imaan sakit.

*****

Mai : Ann pun belum pernah cuba lagi. jumpa artikel tu selepas Kaisya sihat sikit. si skang ni continue wt medication aje.

Post a Comment