Blogger templates

Alia Kaiyisah : Edisi 1 tahun 3 bulan.

Subhanallah.
Cepat betul masa berlalu. Awak sudah bertambah usia sebulan. Syukur.
Ibu bahagia sejak adanya kamu. Dan kini, ibu bertambah bahagia bila kamu ada disisi ibu 24 jam sehari. Sangat bertuahnya ibu bila diberi peluang untuk saksikan pembesaran kamu, dan juga pertambahan usia kamu disaat2 kita patah kaki kerana ketiadaan ayah disisi.
Terima kasih juga buat atuk, nenek, anties dan ankel yang sudi tengok2 Kaiyisah. Ibu sudah tidak cukup tangan dan kaki rasanya. Awak sangat aktif sampai kadang2 ibu rasa nak pengsan.
Rasa je, tapi tak pernah pengsan pun. :D
Kaiyisah,
Ibu gembira dengan perkembangan kamu sekarang ini. Kamu sudah mengenal orang sekeliling. Siapa atuk, nenek, makcik2 dan pakcik kamu. Kamu tahu bila atuk atau nenek pegang kunci maknanya akan naik motor/kereta, maka kamu depangkan tangan minta dibawa sekali. Sudah tidak takut lagi dengan bunyi motor. Malah tiap pagi dan petang acara wajib adalah naik motor keliling kampung. Tak kiralah siapa pun sebab kadang2 motor Tok Su pun kamu sebat naik sekali.
Kaiyisah,
Kamu masih lagi anak kecil ibu yang takutkan bunyi blender. Hahaha. Nenek selalu say sorry kalau nak blend something. Tapi kamu sukakan kucing. Ada sekali dalam diam kamu cium mulut kucing, kan?. Baik mengaku sebab ibu nampak. Lain kali jangan buat mcm itu lagi sebab kucing tu dirty.

Kaiyisah,
Walaupun kamu lambat berjalan, tapi sekarang ini kamu sudah boleh berlari. Tapi yang paling seronok, kamu sekarang ni tengah excited belajar melompat. Kelakar bila ibu tengok kamu lompat sebab semua orang lompat kedepan, kamu lompat kebelakang. Ini mesti gara2 VCD yang wajib ibu buka dalam kereta itu. Kamu belajar berlari dan melompat dari situ, kan?. Mana tidaknya, dari kamu dalam perut sampailah usia 1 tahun 3 bulan, VCD itu sajalah yang temani kamu bila dalam kereta. Sampaikan semua lirik dalam tu ibu boleh hafal tau.


Kaiyisah,
Ibu noticed dah banyak juga perkataan yang kamu boleh sebut even tidak sempurna sepenuhnya. Salah satu yang ketara adalah AYAH. Lembut suara tiap kali kamu sebut perkataan itu. Rindu ayah ke?. Ibu pun rindu. Sebab kamu cepat pronounce perkataan 'ayah' lah ibu dah tidak biasakan kamu panggil 'daddy'. Lagipun lambat sangat nk tunggu kamu pandai sebut 'daddy'. Ibu dah tak sabar. :p

Kaiyisah,
Ibu tak kisah walau teruk mana kamu meragam. Kuat mana kamu ketuk ibu dengan toys, atau korek nipple ibu bila BF, ibu tetap sayangkan kamu sampai akhir hayat.
Selamat Ulangbulan ke 15 Alia Kaiyisah. Ibu tinggal ini untuk kamu.

Love you to bits.
Ibu

17 busy bees:

@e_da said... Reply To This Comment

pejam celik kejap dah besar kan.. cantikla tempat landing dia... nanti nak cari gakla tuk mika...

sharEna said... Reply To This Comment

dah nak melompat pulak dah kaisya yer? alahai...cepatnya masa berlalu skrg nie kan? tanda2....hmm..

moga awak membesar dgn cemerlang yer sweetie pie =D

ღnFashyaღ said... Reply To This Comment

Tak cayakn makin besar anak kita ni. Hmmmm..

husna pun takut bunyi blender. kalau dia dgr cecepat dia nangis, kalau peganag dia, cecepat dia peluk kite.hahahaa

::( ';')جو أمير(';' ):: said... Reply To This Comment

so weet.. kaisya nie mmg sgt sweet.. :)

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ said... Reply To This Comment

mmg waktu skang cepat berlalu
tak sedorrr tu rafiq dah nak masuk 2 tahun..tup tap tup tap..aduii...

rafiq pon word pertama dia.."abah"..sweet kan? :-)

chik star said... Reply To This Comment

cute betul lah !
:DD

nanonano said... Reply To This Comment

wahhhh jd tempat landing utk menyusu yer pool ni kaiyisah..haha

ehh same besor je ngn pool mika ork?
baring ngam2 je..
ishk tp kaiyisah punye lg cun ah
ade rainbow lagik, hehe

S.A.L.J.U sha said... Reply To This Comment

alia kaiyisah dah pandai belajar lompak lak eh...syok nye layan anak main.

pool ball alia jd tempat minum susu eh..hihiiii...

sha plak menanti qaish bila la nak pandai berdiri jalan ni... lg smggu lebih nak menjejak ke 1tahun. aummm...

S.A.L.J.U sha said... Reply To This Comment

alia kaiyisah dah pandai belajar lompak lak eh...syok nye layan anak main.

pool ball alia jd tempat minum susu eh..hihiiii...

sha plak menanti qaish bila la nak pandai berdiri jalan ni... lg smggu lebih nak menjejak ke 1tahun. aummm...

antalya said... Reply To This Comment

lompat ke blkg?? hihii lucu but sweet.haa tula kan anT dh ckp syokk naik moto.kan dh gian skrg ekeke

wardah @ fie shah said... Reply To This Comment

auww so sweet. Alya takut bunyi blender ye? ehehe.

Nurul Aziyana@Ummu Husna said... Reply To This Comment

colourful btul tmpt die tdo..mau tdo sntiasa ni
mga kaiyisah jd ank yg solehah

Ann said... Reply To This Comment

Eda : mmg kejap sangat ms berlalu. oh sila cari utk mika juga. konon2 ini utk mini pool alia tp x sempat buh air dia sudah landing dulu. :p

*****

Ena : apekah itu tandanya aku sudah semakin tua?. :(

thanks anT Ena. Insya-Allah semoga saya cemerlang dunia & akhirat. :)

Ann said... Reply To This Comment

Fashya : Samalah anak dara kita tu. mula dulu bunyi motor pun takut. tp skang dah x takut. cuma dgn bunyi blender masih x berani. :p

*****

Jue : tQ anT Jue. tp ibu kita cakap anT Jue lagiiiiiii sweet. :D

Ann said... Reply To This Comment

Rose : dan tak lama lg awak pun bakal dpt baby lagi. auwwww so sweet. teringin nak cium bau baby.

*****

As : cute ek?. hehehehe

Ann said... Reply To This Comment

Mek Na : comel je pool ni na. tak tinggi. kalau buh air pun agak2 tinggi betis dia je. hahaha. tp takpe lah sbb aku x sempat buh air dia dah landing terus.

tp fuhhh berasap jugak aku tiup pakai mulut sbb pam x membantu. cissss.

*****

Sha : mmg jd tpt dia menyusu je. hahaha


takpe Sha. lagi 1 minggu je masa nk relax lepas ni bila anak dh pandai jalan lg jenuh nak mengejar. penattttttt. :p

Ann said... Reply To This Comment

Yun : hahaha. skang setiap pagi angkat tangan minta diangkat bwk jalan naik moto. sweet sangat. nnt dh balik pjaya motor sape lah nk dinaik pulak. :p

*****

Wardah : yup dear. anak dara i tu takut bunyik blender. hahahaha

*****

Nurul : thanks anT Nurul. :)

Post a Comment