Blogger templates

Sharing #1 : Nama anak.

Alia Kaiyisah Mohd Adzam.
Aku & husband mula mencari nama si anak dara sejak kandungan masuk 7 bulan. Masa itu memang sudah confirm perempuan. Mcm mana pun, kami tetap stand by 1 nama lelaki in case yg keluarnya adalah boy. Yang itu kita akan pakai untuk adik Alia Kaiyisah nanti. Itupun kalau yg keluar lelaki. ;p
Secara jujurnya, proses mencari nama anak memang sangat menyeronokkan. Bolah dikatakan 24/7 dok belek buku nota nama anak yg sudah di- finalize. Kadang2 gaduh sebab ada nama yg aku suka, tapi husband tak gemar.
Dan yg penting, baru aku tahu yg cinta hati itu sangat suka dgn nama2 klasik mcm drama Melayu. Dan juga nama yg ada bunyi "ah" dibelakangnya. Haha. Like Haziqah, Batrisyah mcm itu lah.
Nama pertama yg aku dok sebut2 dulu adalah Darwisya. Aihhh aku suka sangat dengan nama Darwisya. Entah kenapa. Tapi di-reject oleh husband dengan alasan bunyi sebutannya agak keras. Boleh?. Haha.
Kemudian, Mak Su a.k.a adik aku yang bongsu cadangkan Nur Liyana Kaiyisah. Ah, yang ini memang hubby suka sangat. Kiranya menepati citarasa dan sedap pada pendengaran telinga dia agaknya. Tapi aku reject sebab tak bermula dari huruf A. Otak aku dah set nak nama anak starts from A.

Oh. Nasib baik tak bagi nama Liyana Kaiyisah. Aku terjumpa blog ini ketika sedang BW tadi. ;D
Makanya sudah finalized lah nama anak kami Kaiyisah. Cuma bila disebut2 macam ada yang kurang. Jadinya kami belek buku panduan nama2 anak itu sekali lagi. Search huruf A. Terus jatuh hati dengan nama Alya.
Teruslah letak Alya Kaiyisah. 9 hari selepas itu, husband pun pergi JPN cawangan Johor untuk daftar nama si anak dara. Alya Kaiyisah binti Mohd Adzam. Nombor Mykid : 100101-01-0195. Sekali tengok memang cantik betul nombor Mykid tu. Semua nombor 0 dan 1 kecuali dua yg terakhir. Memang nampak tiada yang tak kena.
Bila nenek Alya Kaiyisah (nama pada masa itu) tengok surat pendaftaran, macam tak berkenan dengan spelling Alya. Lepas itu, baru sedar yang anak aku didaftar dengan kod Negeri Johor = 01. Maka adalah tidak sah ya kawan2. Ke JPN semulalah kita untuk tukar spelling Alya dan juga kod daftar negeri ke WP Putrajaya. Maka jadilah nama sebenar sehingga kini Alia Kaiyisah Mohd Adzam, dengan nombor Mykid baru untuk warga Wilayah Persekutuan.
Ya Alia Kaiyisah, awak saja yang ada dua nombor Mykid tau. Kalau awak baca ini bila besar nanti, jangan feeling2 mahu jadi warga negeri Johor ya, nak. Karang ayah awak pulak claim nak anak lepas ni jd warga Sabah pulak, pengsan ibu nanti. ;p
Btw sepanjang sesi perkenalan nama anak dengan kawan2 ramai yg beranggapan nama Kaiyisah ini ala2 Sabahan. Tapi bukan ya. Dalam buku panduan nama anak, Kaiyisah bermaksud Yang Bijak, Yang Segak dan Yang Faham. Alia bermaksud ketinggian.
Semoga anak dara kami itu tinggi kebijaksanaanya, kesegakannya (read : cantik; sbb Alia Kaiyisah kan girl) dan tinggi kefahamannya dalam perkara2 kebaikan. Insya-Allah.

~ Budak dua nombor Mykid ~




Thanks Fad bagi pinjam tajuk. :p


14 busy bees:

Dayu said... Reply To This Comment

dulu mulu kan terbaca KAIYISAH ni khalisya
confident je komen panggil hye khalisya
pastu bila baca smula, baru sedar salah rupanya

*cha lain kesahnya..nanti la citer

NURUL JAMIAN said... Reply To This Comment

hebat anak darah ann ada dua nombor mykids.

patutlah ada kaiyisah pasal bapa dia nak 'ah' 'ah' hujung nama tu ye?


itu kira ok lagi ann jadi papa raina tengok cerita para para sakura cerita jepun ke cina tah pastu terus cakap bagi nama anak 'sakura' ok tak sayang?

eh eh laki aku ni biar bebenaor nama sakura pulak yang dia berkenannya. terus bagitahu itu confirm nama tak ada makna. reject. hehe

pastu saiful tgk filem angelina jolie. dia mmg hantu angelina jolie. pastu tiba2 cakap : apa kata kita bagi nama angelina sakura ke sakura angelina ke?

eh apa jadahnya suami aku ni nama merepek2 je yang dia berkenan. reject.

tak pasti lah dia bergurau ke apa masa bagtahu nurul tu tp nada suara tu nampak serius.

pastu bab pemilihan nama tu terus di bolot oleh isteri. cari punya cari siap adik tolong tanyakan ustaz kesahihan nama semua baru war-warkan kat saiful

tu yang jadi raina evaqairina bermaksud puteri kebahagiaanku :)

nanonano said... Reply To This Comment

patot ah anak mu tggi wehh
hr tu ms jumpe trus ckp..
owhh tggi tol budak ni,
serius dlm ramai2 geng dia
dia tggi skali kan?
padahal klu tgk moknye...
idokle tggi sgt
harap kurus je tu nmpak tggi sket..hahahah

sharEna said... Reply To This Comment

ha'ah la. patot anak ko tinggi. tp itu ikot ayah dia pnye gen kan. habi ko kan cam polis. hahahha...

aku suke nama Kaiyisah tue. mmg ala2 bunyi nama org zaman dolu2. yet jarang digunakan. i like =)

~daRLee ZuRiS~ said... Reply To This Comment

sudah ada spare nama untuk adik kaisya ek?tak lama g lah tu ;P
memang time cari nama anak sangatlah best kan.

nurul aziyana said... Reply To This Comment

nama secantik orgnya :)

Ann said... Reply To This Comment

Dayu, ann x berapa gemar Khalisya sbb ada drama kat astro ke apa tajuk nama tu kan. hehehe. lg 1 pun takde 'ah' belakangnya. hikhikhik


ok, next entry kesah cha pulak eh. ;p

Ann said... Reply To This Comment

Nurul, itulah. naseb baik sedar kalau tidak sampai sudah anak dara tu daftar dgn nombor Johor. hihi.


Wah, tak kuran hebat kisah Raina ye. Kalau x sure skang ni kitorang panggil Raina, Sakura. ngehehehe.

Ann said... Reply To This Comment

Na, cait!. aku harap kurus je tinggi ya?. kalau idak, rendang ah?. mwahaha. lepas ni nk g beli heel 5 inci bg tinggi lagi. haha.


oh aku baru sedar. ketinggian kaisya terpalit dr makna nama dia agaknya. hihihi

Ann said... Reply To This Comment

Ena, ayah kaisya cam polis?. memang polis daaaa. ;p



harap ngikut gen habi tang tinggi je lah. takmo ikut tang mok mok. kesian anak dara aku nanti. mwahaha

Ann said... Reply To This Comment

Zuris, ada spare ms carik nama kaiyisah dulu. hehehe. so kalau next is boy bolehlah gunakan. kita tunggu bila agaknya tu. kehkehkeh.

Ann said... Reply To This Comment

Nurul Aziyana, thanks babe. semoga cantik kaisya membawa faedah yg baik kpd diri dia. ;)

antalya said... Reply To This Comment

suka sgt ngan nama kaiyisah

Ann said... Reply To This Comment

tq anT Yun. ;D

Post a Comment