Blogger templates

Sharing # 3 : Strawberry Cheese Cake

Actually lama dah tekak rasa nak makan cheese cake. Almaklumlah bila sudah di kampung, Secret Recipe far2 away. Dulu terasa nak makan, start kereta terus pergi kedai. Sekarang tidak lagi. Bukan semua yang ada dibandar, ada juga dikampung. Sila sedar diri. :p
Tadi masa google recipe sebab lama gila dah tak buat cheese cake baca blog Mek Na ada gambar cheese cake juga. Terus meleleh air liur. Dan2 tu jugak pergi dapur adun bahan. Kebetulan stok strawberry macam orang baru turun dari Cameron Highland. So apa lagi.
Kali ini kita share resepi lah ya. Sumber sini. Since mood ber-blogging masih hilang ditengah laut. Sampai la ni tak jumpa jalan balik.
Bahan2 :
  • Cream Cheese 400gm
  • Whipped Cream 200gm
  • Telur 3 biji
  • Gula 5 sudu besar
  • Tepung jagung 2 sudu besar

Strawberry Filling :
  • Strawberry [banyak mana ikut suka hati korang] - rebus 2 minit. Toskan. Airnya sila simpan ya. :D
  • 3 sudu besar gula + 2 sudu besar cornstarch - gaul dalam air rebusan tadi. Renehkan dengan api kecil sampai likat dan kilat. Masukkan strawberry tadi dan biarkan sejuk.


Bahan untuk cake tadi masuk dalam blender [kalau nak mudah] dan blend sekaligus. Curah adunan atas base cake yang dah dibuat terlebih dahulu. Bakar dalam suhu 175 darjah selama 30 minit.
Tada!. Ini dia Strawberry Cheese Cake kecepek yang sudah selamat dibaham. :p

Orang tamak selalu rugi. Aku guna 2 kotak strawberry untuk buat filling atas kek cinonet ini.
Akhirnya filling nampak lg banyak dari kek. Padan muka!.


Oh. Sebenarnya aku lebih prefer unbaked cheese cake compared to baked cheese cake ini. Tapi sebab tekak dah tak boleh tahan nak menunggu, baked pun baked lah janji ada kek rasa cheese. End up memang tak kena dengan tekak aku. So next time kita buat yang unbaked pula.
Yang ini pulak stok pertama ichigo. Thanks to Nad sebab dia lah aku tahu Ichigo tu strawberry. Dah boring tak tahu nak buat apa, aku salut dengan coklat. Laju pulak tu habis. Cit!. Semua feeling2 macam Dato' Siti pulak kan. Nyampah ai!.

Okeylah korang. See u next time. Take care & hv a great Tuesday!.


9 busy bees:

nanonano said... Reply To This Comment

aku tgh lapo nehhh..
grrrr..

yg ni lg simple bhn2 ni wehh..
xyah nk pukul2 putih telur smpai meringue tu..
berjammm aku tggu ok..

hoho tp cream cheese dia byk gilo..
mcm kene beli 2ketui je?
uish bru prasan xyah butter ehh?
nak buat...tp...
adehhh dah putus kot nafsu aku nk bt kek2 bagai neh
hahahahha

Amiizaa2001 said... Reply To This Comment

sedapnyaaaaaaaaaaaa...nak cikit:):)

ajujua said... Reply To This Comment

Sedapnya cheese kek tu Ann...
Tolonglah buatkan...tolongggglahh..

Ann said... Reply To This Comment

Mek Na, bahan memang simple. buat pun senang. tp yg ini memang kurang kena dengan tekak aku lah na. nk buat gak yg unbaked nanti. kalau jd aku tepek sini eh. :p

Ann said... Reply To This Comment

Amiiza, nak sikit boleh, sila datang rumah. :p

Ann said... Reply To This Comment

Kak Zura, hoho. pembuat kek amatur je ni kak. Kak Lin kan pandai wat cheese cake, sila suruh dia buat sempena farewell dia nanti. hehehe.


btw thanks singgah sini. :D

Dayu said... Reply To This Comment

waaahhhh
ann mmg sgt berbakat lah membakar
teringin trus je gaul2
trus bleh ngap
seronoknya

mmg nmpak menyelerakan sungguh la ann

sharEna said... Reply To This Comment

ko pandai ahh buat2 kek bagai nie..nyampahhh!!!!

antalya said... Reply To This Comment

tekak ni langsung xleh nk terima sebarang cheesecake.nk muntah.tp strawberry filling tu berjaya menggiurkan juga menggetarkan jiwaku

Post a Comment