Blogger templates

16 months milestone.

Maafkan ibu. Sibuk sangat sampai lupa mahu wish for your 16 months birthday. HAPPY BIRTHDAY, sayang!.
Oh!. Alia Kaiyisah sudah nampak macam budak besar.
Dan yang penting, dah semakin notty. Banyak perkara baru tapi tak larat mahu tulis satu2. Masa pun tak banyak yang tinggal untuk aku bertenggek di lappy mahupun di komputer rumah. Anak dara tu mengekor montot ibu dia 24/7. Pengsan.
As usual, mulakan dengan berat. Hehe. Hari tu timbang pakai timbang kat rumah ('',) je berat dah naik dekat 2 kilo. Makin semangat dan hantap. Aku tatau lah kalau anak lelaki cemana gayanya. Kalau yang ini pun rasa macam mahu patah bahu dan tulang belakang kan.

Pipi sekilo. (''_)
Sekarang ni, bila dah pandai jalan, makin malas pulak nak berjalan sendiri. Sikit2 mahu dukung. Yang tak tahan, kadang2 gian nak merangkak semula. Dah, merangkaklah dia keliling rumah.
Kalau pergi shopping, jangan harap stroller tu berguna lagi. Nan ado. Jadi tempat letak barang saja lah. Atas sebab itu, si Combi sudah lama aku bungkus masuk plastic. Bagi adik dia pakai pulak nanti. :D


Cakkkk!.
Tidur masih lagi berbuai. tapi sejak seminggu ni dia tak mahu tido buai lagi. Kemaruk tidur dalam banana boat dia tu. Bila ngantuk, landing dalam tu, kita goyang sikit, wallah!, terus tidur.
Tapi tatap si RATU NANGIS. Time nagis tak ada belas kasihan langsung.

Alia Kaiyisah sudah totally bertukar ke Anmum tanpa gula tambahan ('',). Aku tak tahulah ini pengaruh iklan atau apa. Yang aku tahu, anak dara aku tu memang kena minum susu yang tak ada extra gula sebab dia suka makan manis. Terutamanya coklat. Strawberry celup coklat. Ceh, kelas anak ai, kan?. Kehkehkeh.
Tapi yang pelik, air manis tak mau pulak. Erk.


Contoh : Kit Kat Bar separuh (+) air masak sebotol. Macam mana tu?. ('',)
Masih suka bercakap. Macam selalu. Tapi kali ini bebelan tu makin ada bunyi. Means, aku sudah boleh faham kadang2. Sudah clear sebut abah, ayah, nak dan beberapa perkataan lain. Bila nampak semua yang berbulu (termasuk bulu kaki, rambut dsb) dia akan sebut shhhht, shhhht. ('',).
Bila nampak motor, dia akan sebut broooom sampai meleleh2 air liur. Bila nampak mulut terkumat-kamit maknanya dia tengah baca doa, lepas tu cuba cakap ameen dia akan terus tekup tangan ke muka. So sweet.
Sudah tahu apa fungi bedak, iaitu sapu ke muka dan bila dicium bau wangi ('',). Sebab itu Kaiyisah suka sangat tabur bedak atas lantai lepas tu sapu kat muka ibu dia. Bajet muka ibu boleh jadi licin mcm muka CT Nurhaliza. Ceh.


P0jaan hati ibu.
Aku jarang2 ajar Alia Kaiyisah 1,2,3 atau A,B,C sebab aku rasa dia boleh belajar semua tu di sekolah. Apa yang aku nak, dia belajar solat, mengaji melalui pemerhatian yang dia buat dirumah nenek sekarang ni.
Aku pula, masih mengira2 baki cuti yang tinggal. Cepat betul masa berlalu. Nampaknya salah satu resolusi tahun 2011 tak akan tercapai kerana masalah birokrasi tempat kerja yang sedikit tidak berpihak kepada aku. Malas sudah mahu hadir class malam2 tinggalkan suami & anak lagi. Cukuplah 2 tahun yang lepas.






p/s : Dayu, ampunkan saya sebab lama x aktif so tak tahu pasal pembayaran tu. Akan dibuat segera, ya?. Thanks info. :)


10 busy bees:

wardah @ fie shah said... Reply To This Comment

Ha samalah stroller tidak berguna lagi..walaupun Kakal tak berjalan lg tp dia takmo dah duk dalam tu..Hihi pandai byk dah Alia Kaiyisah ni..

ღnFashyaღ said... Reply To This Comment

Gambar last tu nampak sangat dia dah macam big girl....

meh nak kiss sikit. Muah!!!

sharEna said... Reply To This Comment

kaisya mmg dah lama mcm big girl. lebih2 lg klu naurah dekat2 dgn dia. mcm adik dgn kakak dah gamaknye. pdhal sebaya =.=

kaisya ikot gen ayah dia. da beso blh jd polis jugak..keh kehh

rindu kt korang la T_T

chik star said... Reply To This Comment

waa !!
dah besar dh cik kak ni.
hihi.

:DD

Fadilah R. said... Reply To This Comment

alia dh besar haruslah makin cerdik. makin nakal. fad pun xde rase nak ajar imaan membaca or mengira sgt. bia dia belajar kt school nanti. yg penting nak aja iqra' ajar solat.

Ann said... Reply To This Comment

Wardah, haha Kakal yg x pandai jalan lg pun dh tak nak duduk stroller kan. kalau dia dah jalan nanti mcm mana agaknya.


eh, u tengah counting days for Kakal 1st bday, kan?.

:)

Ann said... Reply To This Comment

Fashya, Husna pun bukan main lagi kan. makin besar & nampak mcm budak besar. Kaisya kiss anT Husna lalu angin aje lah ya. :p

Ann said... Reply To This Comment

Ena, big sirl sebab dia terlebih panjang eh. hehehe.


erk. ibu nak suruh kaisya besar jadi doktor. tak mau jadik polis. :p


*rindu korang jugaklah*

Ann said... Reply To This Comment

As, cik kak dh besar. tunggu Mat adif besar pulak boleh main kejar2 sesama. :D

Ann said... Reply To This Comment

Fad, me too. risau pula bila fikir mcm mana dia besar nanti. takut x pandai solat & mengaji. :(

Post a Comment