Blogger templates

Sepetang bersama yang tersayang


Daddy's Princess.
A dad is someone who
wants to catch you before you fall
but instead picks you up,
brushes you off,
and lets you try again.

A dad is someone who
wants to keep you from making mistakes
but instead lets you find your own way,
even though his heart breaks in silence
when you get hurt.

A dad is someone who
holds you when you cry,
scolds you when you break the rules,
shines with pride when you succeed,
and has faith in you even when you fail



Hari kejadian adalah sekitar 2 minggu lepas. Ya, aku mengaku yang sekarang ini banyak entry yang aku peram dari yang di-publish-kan. Entah kenapa. Mungkin kepala semak dengan macam2 benda nak buat tapi bandan dah tak kuasa nak layan.

Rindu pada si ayah sudah makin menebal. Even ada masanya dia pulang jenguk kami dan bermalam. Tapi lain sungguh rasanya. Sabar dan doa saja lah supaya masa cepat berlalu. 1 bulan, 4 minggu lagi.


Kaiyisah pun dah pandai. Bila phone berbunyi je cepat dia pergi jawab. Dan lepas itu, merasalah telinga ayah dengar bahasa German + Philippines anak dara dia tu. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, kan ayah. :D



Hati tengah berbelah bagi sekarang ini. Bila masa cepat berlalu, maknanya aku akan mula bekerja semula tak lama lagi. Ah, actually perasaan tu dah tak ada. Ermm. Tak tahu nk explain macam mana. Cuma aku rasa aku tak sedia nak kerja.

Tapi aku lupa, bila aku x kerja siapa nk bagi aku duit utk shopping baju anak ya?. Hahaha.

Conclusion, kerja saja lah. Ada rezeki tempat lain, baru fikir lagi.



Cuma sekarang ni aku terfikir siapa nak jaga Kaiyisah bila aku kerja nanti. Taska bawah rumah sudah full. Next year baru boleh apply. nak cari bbsitter pun dah payah. Mana nak letak?. Ada ke korang tahu mana mana bbsitter yang sudi nak jaga anak dara ai yang tengah melasak ni untuk jangka masa 4 bulan. Starts from September (lepas raya) until December. Tolong bagitahu ya.

Erk. Tiba-tiba idea lesap.

Okeylah momma semua. Till fingers meet the keyboard again. Ada some orders kena siapkan. Maklumlah, hari ini kan Hari Guru.

Btw, Happy Teachers Day untuk semua guru dan bekas guru-guru di SKSR, MAAJ, KYPM, UiTM dan juga UPM. Eh, lecturers pun kira guru jugak kan. :D




p/s (i) : Happy Teachers Day juga
untuk mak dan abah. Semoga terus menjadi guru yang terbilang dihati kami. Love.

p/s (ii) : Congrats kepada adik yang telah 17 tahun aku panggil kakak. Semoga tercapai impian kamu. Mari kita kumpul wang sama-sama untuk beli tiket hantar kamu ke UK nanti. auwwww i like.

0 busy bees:

Post a Comment