Blogger templates

Back on CDs


Budak bekeng masa baby ^___^

Alia Kaiyisah was officially on CDs, lepas beberapa lama tinggalkan CD2 semua tu bertapa dalam drawer. Credit to ibu yang malas. Tapi penggunaannya terhad semasa siang sahaja. Malam masih tegar dengan disposable diapers. Omak eh masih belum gigih nak bangun every 2 hours tukar CD.

Actually, aku sudah berhajat meng-CD-kan Alia Kaiyisah since she was a newborn lagi. Sama macam hajat nak breastfeed-kan dia yang tak terlaksana secara fully namun masih berbangga kerana masih mampu BF secara kadang2 sehingga sekarang.

Lepas tu pening cari cara nk weaning off. Dah besar sangat aku rasa bila tengok tiap kali dia selak baju dan minta upah. :D


Ok. Tentang Cd ni dulu, aku lebih kepada nak cut off budget untuk disposable diapers. Plus membantu menghijaukan bumi, orang kata. Tapi bila first step into it tidak diterima oleh pengasuh Alia Kaiyisah pada waktu itu, terus semangat down.

Dan bermulalah episod CDs duduk dalam drawer.

So sekarang bila adik sendiri yang jaga untuk sementara, dan MIL yang mungkin akan sambung jaga so nampak macam berbunga sikit lah harapan nak menggunakan 30 keping CDs yang sudah berkurun disimpan. Kalau tak guna juga, memang mak nangis sebab fikir banyak duit sudah lebur beli benda itu. Kah kah kah.

So far percubaan pertama weekend lepas nampak berjaya. Cuma at first nampak dia dok tarik2 jugak lah. Tapi lama kelamaan okey je. Every 2 hours aku tukarkan. Sebab anak dara itu adalah heavy wetter. :)



Bersambung nanti dengan cerita CDs lagi. Mak gigih nak carik gambar2 lama pakai CDs. Especially CDs Moo Moo dia tu. :p


Oh. Current Status : Welcome home, hubster!.

0 busy bees:

Post a Comment