Blogger templates

Her first day~

At work. Haha. Macam budak kecil baru masuk sekolah.

Seriously rindu workstation ku yang kecil tu. Sampai2 pagi tadi bersinar2 mata tengok meja "bersih" sangat. -____-



So far kerja2 masih macam biasa. Rutin dan dateline yang serupa. Cuma yang lain nya kali ni banyak sangat typo bila aku buat data entry, atau type surat etc etc. Agaknya terkenan masalah selalu typo dalam mukabuku.


Oh. Bercakap tentang mukabuku. Sila ambil maklum bahawa saya telah ketiadaan akses untuk update status, upload gambar dan sebagainya. Jadi berblog saja lah kita ya. Jangan lepas ni blog pun kena sekat, sudah.
*tarik napas*

Actually mood kerja masih tak datang lagi ni. Masih teringat2kan rancangan TV, bantal dan oven yang ditinggal. Haha. Oh, memang x best lah sebab minggu depan dah tak boleh tengok Marimar lagi. Auwww, aku suka betul dengar lagu dia. So do Alia Kaiyisah. Bila dengar dia akan cepat2 datang depan TV dan goyang punggung macam Marimar buat. Adoi, bahaya betul.

OK. Sudah menghampiri angka 5. Mahu kemas2 beg dan pulang. Actually working hour dari 7.30am sampai 4.30pm. Tapi oleh sebab first day kena lah balik lambat setengah jam. Ambil hati bos. Konon. ;p


Harap aku tak jadi macam ni, next Monday. Sebab Monday kan selalu blues. :(

0 busy bees:

Post a Comment