Blogger templates

Mahu juga. Tapi nanti dulu.

Ramai yang memperkatakan tentang pertambahan anak. Memandangkan rata2 mempunyai anak yg seusia, atau lebih kurang usianya.



Ini Alia Kaiyisah. Buah cinta kami yang lahir setelah 16 bulan menunggu. Sangat lama aku rasa. Sampai satu tahap aku fikir *pada masa itu* adakah aku tak punya rezeki untuk mendapat anak sendiri.

Sekarang Alia sudah pun menginjak usia setahun setengah. Dan sudah mula kedengaran bunyi2 yang sibuk bertanya itu ini dibelakang.

Kadang2 rasa sakit hati.

Dulu sibuk tanya bila nak ada anak. Dah ada, kau tanya pulak bila nak tambah. Sekali dua aku boleh lah terima. Kalau dah berkali2 macam tak ada soalan lain kau nak bagi kan. Boleh tak sekejap kau tutup mulut and let me live freely?.



Bukan nak menolak. Cuma belum sedia. Aku dan adik2 yang lain pun beza antara 3 tahun ke 6 tahun. Ada rezeki cepat, aku terima. Kalau boleh tak nak juga gap lama2. Kesian Alia Kaiyisah tak ada kawan nak main masak2 nanti. Hahaha.

Eh. Kata nak boy pula lepas ni. So tak boleh lah buat kawan Kaiyisah main masak2. Tak apa, Alia masak dengan ibu. Adik boleh main bola sama ayah.

Adoi. Dah jauh berangan.



What ever it is, memang tak menolak if Allah beri kami rezeki itu sekali lagi. Cuma selagi belum ada, tekad kami adalah untuk bagi stable kehidupan dulu. Tak mahu lah nanti ada beza antara anak sulung dan anak2 lain. Oh, dulu sulung boleh bagi susu mahal, pampers mami pokai, mainan macam2 tapi bila starts anak kedua semua kena cut. Paling tidak pun, oh, bila ada anak kedua, anak pertama kena kurang perbelanjaan susu, so minum teh saja. Gitu?.

Ops. Pasal minum teh tu bukan aku reka cerita. Tapi memang benar ada. Sedih kan?.

Untuk Hannah, Aisyah, Ana, Maria dan yang lain2 *maaf sebab ini saja yang aku ingat buat masa ni*, tahniah untuk kalian. Allah tahu kemampuan kamu, sebab itu dititipkan rezeki itu untuk kamu sekali lagi.




Nota tangan kanan :

BFFs. Agaknya siapa antara kita yang akan mendahului carta ya?. :D

0 busy bees:

Post a Comment