Blogger templates

One week to go.


To be honest, aku sudah hilang rasa mahu menulis blog. Apatah lagi masuk ke mukabuku dan update status terkini. Jenguk status kawan2. Mungkin juga kerana faktor dalaman pejabat yang mengharamkan penggunaan mukabuku during office hour. Kalau boleh pun, dari jam 1-2pm. Mcm kan tak tahu waktu itu lah untuk makan, solat semua. :(

Blog pun sudah tak ada apa yang menarik. Update blog. Jalan2 baca blog kawan2. Seronok. Part nak mengkomen adalah sangat bercinta. Klik button comment tu pun makan masa nk appear dialog box. Lepas dah tulis komen, nak publish pulak rasa mcm setahun tunggu tak publish2 juga. Tensi. Tensi.

Ah. Aku paling benci pergi kerja dengan perasaan tak seronok. Entah. Mungkin aku sudah hilang minat dengan apa yang aku lakukan sekarang. Atau mungkin sebab aku sudah terlalu lama duduk rumah menghadap anak 24/7. Ke sebab aku dah lama sangat goyang kaki tak buat kerja apa, tak kena arah, tak masuk mesyuarat, tak dibebel maka aku rasa down gila bila berhadapan dengan situasi itu semula. Mungkin. Semuanya mungkin.

Apa pun. Sesuatu bakal berlaku hujung minggu depan. Oh aku sangat sexcited nak mati menunggu harinya tiba.



Hubster is coming home. Yeayyy!!.

OK. Entry tak ada ending. Pasrah sajalah. Btw entry 18bulan Alia Kaiyisah pun masih dalam draft. Entah bila nak save and publish. Kaiyisah2, apa nak jadi dengan mak awak ni gamaknya. Huh.


0 busy bees:

Post a Comment