Blogger templates

Penampilan pertama dan lawatan ke rumah haiwan.



Penampilan pertama di parti harijadi anak blogger, Siti Najihah. Thanks Jiha atas invitation. Dan maaf juga sebab gambar ni aku crop kasi kecik. Motif?. Nak simpan lengan urat dari pandangan teman Kuantan nun. Kalau tidak, sampai tahun depan dia dok gelok kat aku. Cisss.

Kami tak stay lama. Lepas melantak sepinggan nasi ayam *sedap* sama 8 keping roti jala dan kuah kari kambing *best eventho aku x pernah terasa nak usik kambing sebelum ini* kami pun undur diri. Ambil gambar sikit2. Salam sama mommies *ada yang aku x kenal/cam the faces maybe lain kali kita jumpa dan kenal2 lagi*. Agenda seterusnya adalah lawatan ke rumah haiwan. Dah alang2 kat Hulu Kelang moh ler kita singgah sini.



Alia Kaiyisah yang pada awalnya agak cranky dan asik nak melalak dalam kereta terus segar bugar bila nampak replika binatang kat pintu besar rumah haiwan ni. Jejak tanah, terus tinggal ibu dan ayah dekat belakang. T__T


Amboi amboi kakak. Lajunya jalan tak pandang belakang.

Tiket adalah Rm18 per person. Untuk dewasa ya. Kanak2 macam Alia adalah tidak perlu bayar. Tiket ala2 wristlet dan tu jugak melalak nak pakai sama. Adoi. Awak tak bayar lah nak mana bole pakai. :p


*With ibu*

To be honest, rumah haiwan ni boleh dikatakan biasa2 saja lah. Banyak sangat monyet, beruk, ungka dan seangkatan dengannya. Sampai ada makcik sebelah aku jerit kat anak dia yg dok ralit tgk monyet. Eh eh kalau setakat tgk ini belakang rumah kita pun ada. Aku?. Nak tergelak pun ada.

Tapi untuk kanak2 seusia Alia, memang sesuai. Aku seronok tengok reaksi dia everytime nampak haiwan2 tu semua.


Dan memandangkan si anak dara cuma pandai sebut bekk bekk, makanya jumpa kambing bekk. Monyet bekk. Bear pun bekk. Lembu, keldai, rimau, buaya dll pun bekk. Kecuali birds. Dia pronounce cip cip cip. Haha clever *puji anak sendiri*.



Kandang lembu. Bau busuk tahi lembu. So muka pun kena bagi expression yang sama.

First round kami bantai jalan kaki. Memang hazab. Tapi suka lah makcik kecik tu dapat explore kesana sini. Kejap2 lari. Lepas tu duduk kat jalan. Then lompat2 pulak. Sampai laki aku sound budak ni tak reti penat. Padahal mata dah sembab dan merah tanda nak tido.


*With ayah*

Second round kami naik tram pulak. Just nak ambil angin yang kebetulan sangat sepoi2 bahasa. Alia pun macam jakun sikit. Start tram gerak melolong2 dia jerit. Bukan takut tapi excited. Lepas tu dok lambai2 tangan dengan orang yang jalan kaki. Cait. Bajet kamu puteri raja ke sayang oi.


Dah penat. Senyum pun macam kena paksa. -___-

Kami lepak rumah haiwan sampai petang. Dalam 5.30 petang macam tu. Gara2 Alia yang tamo balik lagi. Ikutkan juga lah sebab selalu dia dok ngekor kami ke shopping mall, la ni turn kami pula entertain dia kan. Ewah.


Lagi reaction budak jakun masuk rumah haiwan.

Bila dah penant, mula lah cranky. Itu perkara biasa. Masuk kereta, buka baju pampers segala. Jirus dengan air mineral harga RM2.50 sebotol beli dalam rumah haiwan. Lap2 kasi kering. Sarung baju lain, minum susu 5oz terus zzzzz. Senang kerja mak nak zzzz sama. Kita bagi ayah "me time" bawa kereta sorang2 ya nak. Keh keh keh.



Mak yang galok nak bergambo. Sedangkan si anak tak rela. Gini lah sudahnya.


Oh. Btw gambar2 menatang macam2 akan dimasukkan dalam FB. Sila lah terjah kalau nk tengok tapir, badak sumbu gemok gila, rimau dsb. Sekian terima kasih.

0 busy bees:

Post a Comment