Blogger templates

Tentang siaran berbayar yang satu itu.


Huh.


Menyampah bila pagi2 hati suda sakit. Menghadap bil yang kemain lagi nak naik suka2 hati tapi servis kelaut. Mana tidaknya, asal hujan je signal tak ada. Eh, tak sempat hujan pun kadang angin kuat sikit pun siaran dah lari entah kemana.


Lagi sakit jiwa bila buka surat pemberitahuan. Kenaikan kos utk hak penyiaran bla bla yada yada. So mahu tidak mahu, pengguna lah yang kena tanggung eventho tiap2 bulan maki hamun sebab kejap2 tak dapat.


Sudahlah bil tak sampai, kena pulak bayar dua kali. Mana tak bikin aku hangin. Macam kan kau tak tahu aku baru je lepas cuti banyak bulan tak ada gaji. Haha.


Dengan kena bayar dua kali. Then bil yang mencanak naiknya. Dengan pertambahan untuk kenaikan kos utk hak penyiaran bla bla yada yada tu kan, mahu jejak $100 utk bil TV yang siarannya macam hidup segan mati tak mahu.


Ya. Mungkin pada kau $100 tu tak mahal weh. Tapi bagi seorang kakitangan sokongan kerajaan yang berpendapatan bawah 2ribu sebulan, jumlah tu memang banyak.


Tapi tak apa. Aku dah cut out package yang tidak mendatangkan faedah. Kalau ikut hati marah aku nak je cut semua tinggalkan basic package tapi oleh sebab ada anak dara sunti yang suka sangat Mickey Mouse Clubhouse dan Angelina Ballerina maka ibu biarkan lah yang satu itu dalam pakej siaran berbayar kita tu.


Tak apa lah, sekurang2 ringan sikit bayar bulanannya kan.

0 busy bees:

Post a Comment