Blogger templates

Persiapan. 4 days to go.

Erm. Macam sekejap saja Ramadhan menjelma. :(



Btw mood raya di office ni makin menjadi2. Kebanyakan dah malas nak buat kerja. Fikir and asyik sibuk dengan checklist Hari Raya, kira duit raya dan yang paling best siap masukkan duit dalam sampul raya lagi. Haha tak sempat tunggu balik rumah taw. :P


Geng UB masing2 dok bercerita tentang persiapan raya. Syiok je baca. Nak up entry tentang itu juga tapi gambar duduk dalam dslr sokmo. Malas betul nak transfer.


Btw tahun ini, seperti tahun sebelumnya, persiapan Raya 85% adalah untuk si anak dara. Lagi2 sekarang dah pandai nak melawa dan bergaya. Kita cari baju, dia pun nak baju. Kita test handbag, dia pun nak gantung handbag dekat lengan. Kita try kasut, dia pun nak try sarung juga. Tapi yang pelik, kasut kecik tak nak try, nak kasut besar aje. :D


Untuk Alia Kaiyisah, me as her mother yang sokmo selok everytime nampak sales dah prepare persiapan yang sepatutnya. Kebaya hijau pucuk pisang yang gorjes dari Parkson Alamanda, serta tudung untuk first Hari Raya. Yang lain2 tu cuma baju dan jeans biasa. Grab masa sale Poney dekat Karnival Jom Raya, happy hour sale dekat JJ Taman U, Metrojaya Warehouse Sale PICC. Cuma last few days me spotted another skinny jeans dari Poney yang rasa mcm wow gitu. Tengah berfikir2 nak sebat sehelai ke tidak. :P


As for hubster. Misi mencari baju melayu pun sudah selesai. Redah Jalan Tar yang maha pack itu pada weekend adalah sangat hazab. Dengan anak kecil lagi. Adoi lepas ni memang serik nak pergi lagi. Cuma the best part is jumpa blouse sedondon ibu dan anak kaler pink gituw. Auww i like. Tak sabar nak sarung kat badan emak dan anak. Suruh ayah ambik gambar. Buat canvas print dan gantung kat dinding rumah. Amboi kelas kan. :P


For me, err for me macam tak ada apa apa lagi. Err ada baju kurung moden 4 helai. Dah siap tp kena hantar ke tailor semula untuk resize. Bagi baju contoh x sama macam ukuran badan. Haha end up kena betulkan semula. Adoi. Harap dapat siap before raya. Kalau tak, beraya dalam bilik aje lah mak tahun ni.


Kasut baru tak ada. Tak beli pon. Pakai je flip flop lama tu. Kata beraya sebagai mak budak yang aktif dan melasak, kenalah lasak sama kan. Takkan lah mak nak pakai heel 3 inch kot. Cuma la ni tengah berangan nak terjah Butik Fareeda. Geram tengok tudung2 dia semua kaler cantik. Tapi x berani beli online. Takut kecewa. So better pergi butik, pegang sendiri, test kat muka so kalau ok baru beli.


Oh. Tahun ni beraya di Johor. Kalau ikutkan, this year turn Sabah tapi husband dengan redha telah izinkan balik Johor saja. Lagipun PIL akan datang ke sini lepas seminggu raya nanti. Untuk jaga cucu Semenanjung diaorang nan satu ni. (",)


Last but not least. Salam Idulfitri daripada kami sekeluarga, Adz, Ann & Alia. Have a safe journey dan semoga raya kali ini yang terhebat buat anda sekeluarga. :)



















3 busy bees:

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ said... Reply To This Comment

ann...

"Selamat Hari Raya Maaf zahir & batin dari kami sekeluarga..."

moga syawal kali ini membawa 1000 makna..:-)

Fadilah R. said... Reply To This Comment

meriah jugak tu preparation nye. selamat hari raya ann. maaf zahir batin. =)

mamamarissa said... Reply To This Comment

selamat hari raya ann...moga2 baju raya tue bleh siap alter sebelum raya ya :)

Post a Comment