Blogger templates

Ramadhan #1 : Kisah tarawikh & menu berbuka puasa

Alhamdulillah.

Sudah selamat menjalani ibadah puasa untuk hari pertama. Ada rasa sikit excited. Even tho ini merupakan Ramadhan kali ke-empat kami bersama sebagai suami isteri, tetapi untuk aku sendiri, ini merupakan Ramadhan pertama aku sebagai isteri dan ibu yang berada di rumah pada waktu berbuka.

3 tahun berturut aku jalani Ramadhan sebagai seorang pelajar. Yang memaksa aku berbuka puasa disamping rakan2 bertemankan fast food atau nasi goreng kampung tapau dari restoren berdekatan.

Ah. Aku rindu korang. T__T

Sebab ke-excited-an itu aku nak update perjalanan Ramadhan aku kali ini. Tak kira apa saja, dari perihal ibadah puasa itself, tarawikh waima menu berbuka puasa sekalipun.

Ok. Meh cerita menu berbuka semalam.

Sila take note yang gambar2 ini semua aku cedok dari Google. Kose la akak nak ngambik gambar bagai lagi2 tengah syok hadap TV tunggu pengumuman berbuka kan. -__-

Bercerita tentang tarawikh pula. Berjaya bawa Alia Kaiyisah ke surau bawah rumah untuk tarawikh berjamaah pada malam pertama. As kanak2 yang tak tahu duduk diam explore sana sini, kami telah diceramah oleh seorang makcik yang mungkin perasan diri dia perfect. Katanya solat tak sempurna sebab anak haku dan anak2 orang lain yang dok bising dalam surau, padahal bukan bising mana. Anak kawan tu dok ekk ekk berbunyi sikit. Dan anak dara aku dan beberapa anak dara lain seusia dia main lari2 lompat2 kat saf belakang sekali.

Yang lagi pelik, kalau dia nk solat khusyu' tak nak pula dia pergi solat kat saf pertama. Haissssh. Habis solat tarawikh 8 rakaat aku blah dengan hati remuk, sakit rasa meluap nak jerkah tapi fikir dia orang tua dan tak elok pulak bila orang lain tengok. Even masa dia marah tu satu surau boleh dengar.

To makcik, saya maafkan makcik sebab koyakkan hati emak2 yang ada niat nak solat jemaah tapi ada anak. Suara makcik tak cukup kuat tu. Lain kali terus pakai pembesar suara. Bagi 1 fasa dengar. OK?.

Malam kedua terus merajuk tak nak turun surau dah. Tak apa, pujuk hati sebab ayah janji weekends bawa pergi solat dekat Masjid Besi.

Sekian report saya untuk Ramadhan pertama. ;)


2 busy bees:

Aan Andes said... Reply To This Comment

Hi Ann,
Ada baca somewhere..aim solat kusyuk masa terawikh satu hal...but at the same time jgn jadikan alasan utk marah budak2 tu..sebab aim untuk jangka masa panjang ialah nak expose anak2 to jemaah/masjid environment. Since kecik la kita kena ajar budak2 tu pasal solat di masjid dan sebagainya.

Makcik tu mmg tak patut la. Kalau boleh kusyuk, bunyi apa pun ok. Jangan nak salahkan orang kan.

Me belum bawak Zahra, kurang cekal hehe

Ann said... Reply To This Comment

Aan,
I pun fikir mcm tu
nak bawak alia sebab nk dedahkan dia dengan environment surau
tp bila dh jadi mcm tu
terus rasa x nak pergi lagi
even time tak puasa
rasa rugi je datang nak cari pahala
at last tambah dosa sbb sakit hati

Post a Comment