Blogger templates

Cerita raya yang dah basi

Salam Aidilfitri yu'oll.

Lambat betul ambil masa mau update pasal Hari Raya. End up cerita semua dah lupa. Ambik masa lagi nak recall memory. Errr.

Hari Raya kali ini lebih meriah bagi kami suami isteri, khasnya. Asbabnya ialah kerana si kecil sudah pun sedikit besar. Dah pandai berjalan dan berlari, salam orang dan collect duit raya. Heaven. Sebab itu emak nya kena bawa henbeg besar kesana sini. Instead of isi baju extra dan botol air kosong, boleh simpan sampul duit raya yang berkepuk2 tu. :P


Keluarga kecil di Hari Raya. Ayah memang suka sangat sakat everytime ibu & Alia nak ambik gambar. Menci taw.

Tahun ini kalau ikut perjanjian, kami bertiga sambut Hari Raya di kampung suami, nun jauh di seberang laut sana. Tapi atas sebab masalah cuti, dan kebetulan husband yang baru keluar dari tahanan selama enam bulan, beliau mungkin rasa x cukup kuat utk berjalan jauh. Eceh, macam lah tua sangat kan.

So hip2 horay lah aku untuk kesekian kalinya. Ya, tahun depan kau nangis sorang2 depan ketupat & kuah kacang. :D


Erk. Verangan. Dengan baby boy baru cousin yg usianya cuma 3 bulan. Best woh pegang baby kecik. Ringan ja. Terus rasa nak baby baru. Tapi 2 tahun lagi. :)

Tahun ni, tema adalah caca marba. Sekian, terima kasih.



Frust. Tak ada gambar proper untuk kami bertiga. Alia behave sangat. Mengucap banyak kali kami suami isteri. Tu belum campur atuk, nenek & makcik2. Pasrah.


Juadah Hari Raya pertama tahun ni beza sikit. Masak lontong air tangan emak yg sedap sampai menjilat jari, as always, sup tulang yang sedap sampai licin2 dikerjakan suamiku, rendang resepi emak yang sampai sekarang aku buat pun takkan jadi sama. Tapi menu tu semua cuma utk kami makan sekeluarga. Masak sikit2 je. Untuk tetamu, menu adalah behoon tomyam. Sama fruit tart, cheese tart. Serta trifle ikut resepi Ana Lyana tapi aku buat tak jadi. Ok, sila gelak.


Budak baru jumpa nasi himpit. Kemain makan tak pandang orang.

Lepas tu, sesi bermaaf2. Minta ampun dulu dengan suami senyap2 dalam bilik. Segan ah nak minta maaf depan2 families, almaklumkan ai kan banyak dosa dengan suami. :P

Then, kami kumpul ramai2 dekat rumah atuk. Then takbir raya sama2. Sebak sangat. Ibu sebak dengar takbir, Alia sebak kepanasan tak cukup angin dan oksigen. :(



Terus happy bila keluar dari rumah. Dapat angin sepoi2 bahasa. Oh, itu gaya orang baru pandai buat 'peace'. Bersama bakal doktor. :)

Actually, banyak gambar dalam memory card. Tak larat mahu edit satu2. Tepek di mukabuku pun yang best dan comei je. Haha. Btw ini salah satu fav pic. Port ambil gambar adalah sama seperti tahun lepas. Tak sengaja. Depan rumah Mak Ngah yang banyak cermin ittew. :P


Semua macam pokok yang nak rebah kebumi. Especially yang tudung maroon tu.

Overall, gitu je lah cerita raya tahun ni. Hari Raya kedua & ketiga pulang ke kampung di Batu Pahat. Jumaat dah gerak balik ke rumah emak. Sabtu jalan2 buang masa dan uwang di Kota Tinggi. I tell you, sangat heaven yu'oll shopping baju kat sana. Ahad sudah kembali ke asalnya. Huh, bosan betul duduk kat kota. :(

Btw, raya tetap meriah seperti biasa. Cuma tahun ni ayah tak ada stok mercun. So tak dapatlah nak kasi Alia main mercun & bunga api.



Keluarga kecik Encik Adzam.

Raya dirumah keluarga sendiri is the best. Cuma bila sampai masa turn sebelah sana, kena lah redha. Ye tak. Hehe. Tarik napas, ambik mood. Moga raya tahun depan tidak ler aku melalak lepas solat sunat raya dalam bilik sorang2 lagi. He he he.


Yeay, aunties. Tahun depan kami naik belon. Lintas laut. Doakan ibu supaya dia x nangis lagi. Hihihi.


11 busy bees:

nanonano said... Reply To This Comment

sedih aku tgk kwn aku yg makin menulang ini
*eh ade ayat gni ke??

org bile suami dah blk, bahgia bdn gebu2 la..kuikuikui

Ann said... Reply To This Comment

babe
tulang tulang jang ah sebut
kecik ati kawan tau
:P


bila suami balik dh kena starts semule rutin masak2
sebab tu aku makin kurus
hahahaha
*alasan*

wardah @ fie shah said... Reply To This Comment

adakah alia pakai baju kebaya? gila comelll..

Ann said... Reply To This Comment

anT Fie,
iye anT kita pakai baju kebaya kaler hijau pucuk pisang hadiah dr ayah <--- kata alia.


omak eh penat suruh diri baik2 nak ambik gambar tapi being her yg mmg tak nak duk diam, so mak pasrah je lah. dpt ambik gambar sekerat pun jadik. :P

Amiizaa2001 said... Reply To This Comment

comelnya alia:)

selamat hari raya buat ann+family:)

farhana shamsuddin said... Reply To This Comment

alia nak baby lg tu kot.. hehehhehe

aziyana said... Reply To This Comment

ann, awat nmpk cam kurus neh?
alia lg bulat dr ann

Ann said... Reply To This Comment

Amiiza,
thanks atas wish. Selamat hari raya juga utk Amiiza & family. :)

Ann said... Reply To This Comment

Farhana,
Alia nak baby lg ke?. hahaha. Alia kata nanti dulu. tp ayahnya pulak yg galok nk tambah baby. :P

Ann said... Reply To This Comment

Aziyana,
Suma kata gitu. Risau pulak. Selera makan ok je. Agaknya metabolisme tinggi sangat kot. Belum sempat jadik daging dah minta keluar. :D

btw Salam aidilfitri yana. :)

deena awanis said... Reply To This Comment

sama laa kita ann..tahun ni turn kita, kemain hepinyer..tahun depan, sendiri mau ingat laa..

Post a Comment