Blogger templates

Mood raya lari. Let's talk about home decoration. :D

Fine.

Tuan tanah tengah excited compile gambar2 deco rumah idaman. Insya-Allah jika diizinkan salah satu resolusi tahun 2011 bakal tercapai. Amin amin amin.

Jom. Kita mulakan dengan living room.


Ini merupakan salah satu contoh yang menarik hati aku. Hati aku saja, hati suami aku tak tahu sebab dia bukan lah gemar sangat warna hijau. Memandangkan bakal itu nanti tidak lah sebesar mana, maka warna2 terang untuk wall adalah menjadi pilihan.

Sofa akan beli 3+2 seater. Dan coffea table juga. Taruh table runner kaler coklat gelap + silver. Kekalkan table dan frame.



Ini pula untuk study area. Cuma mungkin tidaklah rupa ini betul2 sebab yang ini besar betul kalau nk compare dengan yang bakal ada. Haha. Cuma plan untuk study area ialah buh TV lekat terus dekat dinding, karpet bulu2 kegemaran Cik Puan Alia Kaiyisah, dan juga sofa 2 seater.

So kalau anak2 nak buat sepah sambil tengok TV tidaklah buat semak dekat living room aku. Kan kan kan. :D

Next, master bedroom.

Mula2 berkenan yang ini.


Tetapi bila fikir ruang bilik yang tidak seberapa besarnya, maka aku beralih kepada yang ini. Warna dinding kekalkan as off-white. Langsir pink. Dan akan paksa hubster cari juga katil macam dalam gambar tu. Auwww ai sudah jatuh cinta. :)

Dan oh, dekat kepala katil tu nak letak frame canvas bentuk abstrak kaler pink putih. Amacam?.



Bilik Alia Kaiyisah nak yang macam ini.


Tak apa lah lari sikit dari tema girl. Sebab bilik emaknya dah pink kan. Nanti pening pulak ayahnya sana sini kaler pink. Ini seriously bikin aku geram. Cantik cantik cantik. Tak dapat katil serupa itu, aku cari katil ala2 pun jadiklah.

Bilik tetamu pula kita buat gini. Feeling2 dekat tepi pantai. Mak ayahnye pun boleh sesekali tidur bilik tetamu bila rasa macam nak bervacation tepi pantai. Jimat budget. Keh keh keh.



Jom2 masuk dapur pulak.

Ini adalah deco paling diidamkan. Always and forever. Entah kenapa aku suka dapur kaler merah menyala. Macam menambah keseksaited-an memasak gitu. Haha.

Btw dapur bakal itu kecil sajo. So kabinet & drawer tak boleh banyak2. Yang penting ada oven. Dan oven itu mesti duduk dalam dinding. I mean, aku nak dia lekat terus ke dinding malas nak semak2 atas dapur.



Hamboi kau Ann. Kelas benar angan2kau tu. Nak macam2 tapi budget ciput. Apa kesssss?.


11 busy bees:

nanonano said... Reply To This Comment

perghh klou gtu blk tetamu umah mu
mmg manjang aku turuns ane lepak umah mu ler,
anak aku kan asal g putrajaya je demam,
aku bajet sbb umah flat tingkat atas panas kan, dia xbiase...wahahahhaha

Ann said... Reply To This Comment

mek na
boleh je mu bertandang ke bakal rumah aku kalau datang sini
tp mslhnya bakal tu bukan di putrajaya, mahupun di kawasan klang valley
he he he

@e_da said... Reply To This Comment

huhu cantik2.. semoga impian menjadi kenyataan.. rumahku syurgaku kan..

sharEna said... Reply To This Comment

kat johor la tue..mu nk pindah johor ke ann?

farhana shamsuddin said... Reply To This Comment

jatuh chenta dgn pic blk tido kaler brown tu...

aziyana said... Reply To This Comment

hihihih superb! mmg suke semua deco2 tu especially yg blik anak kaler ungu..so nice la..boleh tiru neh..tp kalau bajet2 mmg pengsan, buat loan pun blum tentu ckup..makanya simpan dr skrg untuk perkara2 yg wajib

Ann said... Reply To This Comment

Eda, amin amin amin. doakan semoga impian kami tercapai, ya?.

Ann said... Reply To This Comment

Mek ena,
Insya-Allah kalau semuanya berjalan lancar. tang pindah tu entah bila lah kan. cuma mmg kitorang dah sepalat nk settle down kat johor sana. boleh la datang beraya umah emak mu tiap2 tahun. :P

Ann said... Reply To This Comment

Farhanna,
kaler brown mmg cantik especially utk bilik tidur. tp pernah terbaca kalau bilik yg x berapa luas elakkan pakai kaler gelap sbb akan nampak lebih kecil. so kita stay at the safe side, pilih pink ah. hehe berangan dulu. :D

Ann said... Reply To This Comment

Aziyana
nak cantik mmg kena belanja lebih. itu sbb kena berangan dulu. hahaha.
the most yg kita mahu cuma deco utk dapur & bilik alia. tu je. lain2 hold dulu pun takpe. :P

Dayu said... Reply To This Comment

berangan takpe babe
dr berangan lah jadik realiti..

Post a Comment