Blogger templates

Tart shell - step by step version

Bahan2 untuk tart shell.



250gm salted butter.

Macam yang aku pernah beritahu sebelum ni, kalau nak sedap sila lah guna butter cap Anchor. Tapi kalau tak nak, pakai Buttercup pun boleh. Marjerin pun okey je cuma jgn pakai yang lama nanti bau x sedap.



80gm gula aising.

Tak perlu lah nak ayak ye. Gambar tu aku cedok dari google.



2 biji telur gred A

Jangan lupa cuci n lap dulu ya.



500gm tepung gandum

Ni pun tidak perlu ayak.



Cara2nya :

Pukul butter dengan icing sugar sampai kembang. Make sure butter berada dlm suhu bilik. Tapi jangan smpai lembik sangat.

Kemudian masukkan telur sebiji sebiji.




Akhir sekali masukkan tepung. Masuk je sekaligus tak payah takut2. Hehe. Dah masuk tepung korang gaul2 dulu perlahan. Jangan terus on mixer, karang terbang tepung masuk mata pulak.



Gaul sikit je asalkan bercampur. Dalam 1 min dah okey. Mana2 adunan yang dah bercampur dengan tepung memang tak digalakkan pukul lama sangat. Kata cikgu ai lah.

Kemudian teruskan menguli guna tangan sampai sebati.



Sediakan barang2 seperti di bawah.

Loyang 14inch. Senang nak bakar sekali je masuk oven. Tidaklah rentung kulit muka korang nak hadap oven lama2.

Spatula. Yang dalam gambar tu melampau sangat size-nya. Cari yang kecik tak jumpa. So belasah je. Kalau tak ada spatula, pakai garfu pun boley.

Tart mould. Ada banyak design tapi aku suka yang bentuk gigi dia tiga segi.



Ambil sedikit tepung tadi. Bentukkan sedikit bulat dan masuk dalam mould macam gambar bawah ni.



Kemudian, tekan ditengah-tengah tepung sampai berbentuk seperti di bawah. Tak payah tekan sepenuh perasaan, sikit2 sudah. Takut karang nipis sangat nanti dah bakar akan rapuh/cepat pecah.

Biar je hujung2 dia terkeluar gitu.



Sekarang, ambil spatula n kasi hiris lebihan ditepi2 yang tak cantik tadi.



Tada!.

Dah siap dah. Buat banyak2 sekaligus dan bakar pada suhu 175 selama 20 - 25 minit, depends pada oven masing2.

See, tak perlu korang cucuk2 base shell tu ye. Dia memang takkan naik membukit.



Ok yu ol. Sampai sini dulu. Lepas ni kita sambung macam mana nak isi adunan cheese pula ya. Selamat mencuba!

Oh, shell ni boleh buat banyak2 n simpan dalam bekas kedap udara.

Oh lagi, lupa nak bagitahu, titikkan sedikit essen vanilla untuk kasi adunan wangi. Baru berselera nak makan.

:)

10 busy bees:

Dayu said... Reply To This Comment

ok..tq ann
yang ni boleh try..tp kena tunggu oven besar dimiliki baru bleh cuba
kalau tak nanti nangis tggu depan oven (:

evyn4ever said... Reply To This Comment

yeay!tp ai dpn mata u confirm i terror..hahha cpt2 tuk cheese dia..sbb part cheese daku hancur...bkr nye lama2//last2 x jdi..lembik saje..:P

wardah @ fie shah said... Reply To This Comment

Tq Ann. Mmg uli pakai tgn je tak perlu mixer? Ke cemana? Alahai mungkin kena berguru dpn2 ni baru paham. Haha

farhana shamsuddin said... Reply To This Comment

tgk mcm sng.. tp nk buat mst susahhh

CaHaYa^KetEnaNGan said... Reply To This Comment

ann, acuan tu letak butter tak???

Ann said... Reply To This Comment

Dayu,
welcome. kalau nak cuba sikit2 dulu pun boleh. asah skill sambil tunggu oven baru. nanti oven dh smpai kasi pulun 2 adunan sekaligus. :)

Ann said... Reply To This Comment

Fie,
kena pakai mixer dulu yg. utk bagi butter n icing sugar kembang. then masuk telur pun kena pukul dgn mixer juga. bila dh masuk tepung, pukul dgn mixer sekejap then baru sambung pakai tangan.

selamat mencuba!

Ann said... Reply To This Comment

Farhanna,
senang aje dear. tengok betul2 n cuba buat ye?. selamat mencuba!

Ann said... Reply To This Comment

Nurul,
mould tu tak payah buh butter ya. dia tetap tak akan lekat may be sbb adunan dh ada butter kot. :)

selamat mencuba!

ajujua said... Reply To This Comment

ala Ann, lagik senang kalo ko buatkan aje untuk akak...hiks!

Post a Comment