Blogger templates

Cheese filling - step by step version

Maaf. Lama sangat tunggu entry ni keluar.
Camera tak ada. So agak susah sikit nak ambil gambar. Nak harapkan phone boleh je. Tapi entah mana2 aku letak cablenya, malas nak cari end up sampai hari ni lah bertangguh.
Actually hari ni pun aku takde gambar sendiri. Tapi cuba juga google gambar orang n cedok masuk sini sebagai reference untuk korang yang nak mencuba. Ok, jom2 kita start.


  • 250gm cream cheese (aku prefer philadelphia/anchor. Kalau nak guna Tatura/Dairyland pun bisa aja!)

  • 50gm gula castor

  • 20gm butter

  • 1 biji telur

  • 5gm whipping cream

  • 5gm tepung gandum

Step (1) : Masukkan cream cheese, gula dan butter dalam mixing bowl. Putar pada kelajuan max sampai sebati. Kendian, masukkan telur. Putar perlahan. Masukkan whipping cream diikuti dengan tepung gandum. Masukkan adunan dalam piping bag.

Step (2) : Potong hujung piping bag (kalau anda tak guna nozzle) dengan kebesaran sederhana. Susun shell atas dulang besar then pipe-kan adunan cheese tadi.

Note : masa nak pipe ni ada banyak cara. boleh terus pipe blueberry, then baru pipe-kan cheese. atau nak terus pipe-kan cheese, atas baru letak blueberry. mana2 pun boleh. tp aku selalu buat mcm ni. aku pipe-kan dulu sikit cheese as dia punya base (shell cepat pecah klu kena jam, sebab basah), then pipe-kan blueberry, pehtu pipe-kan cream cheese lagi smpai menutupi keseluruhan jam td. qty jam depend on individu. kalau suka jem, buh banyak pun takpe tp jangan smpai tak boleh nak tutup lak nanti. :P


Step (3) : Time untuk conteng atas tart tadi. Yang ni, mahaplah banyak2 sebab mmg tak ada gambar. Tapi aku lukis je kot2 korang faham.


    Pipe sikit adunan cheese tadi atas bekas kecil, tambahkan pewarna ungu. Kacau sebati. Gunakan toothpick, buat 3 horizontal line yang kecil atas tart tadi. Lepas tu, buat line di atas tiga line yg korang buat tadi. So, ending dia akan dapat corak bunga padi disitu. :)







Tada!. Macam ni hasilnya. Tapi ini hasil contengan masa baru2 belajar. Cikgu ajar pakai jam instead of adunan cheese & pewarna. So, results ada sikit x comel. One time masa aku bw terpandang step-by-step by sorang kakak tu yg ajar macam mana nak kasi corak atas tart tu cantik. So from there aku ubah cara contengan aku. :)


Ok. Actually aku dh terpublish tanpa bgtahu step seterusnya. Mwehehe. Terlupa. Ok, kendian kena bakar semula ya kawan2. Suhu ikut kepada oven masing2. Kalau aku guna oven besar 175 C selama 10min, oven kecil 175 C 20-25 min. Pandai2 adjust ikut oven korang. Jangan lama sangat nanti rentung pulak.


Please take note, masa bakar dan sesudah keluar oven, tart akan membukit. Bila dah sejuk, dia akan menurun sedikit. :)


Ok lah. Selamat mencuba. Lepas ni tayang pula tart korang dekat blog eh.

3 busy bees:

farhana shamsuddin said... Reply To This Comment

sodap2 i nak try buat jugak!

aziyana said... Reply To This Comment

semua barang ade kecuali whipping cream..alor kene tunggu lagi

wardah @ fie shah said... Reply To This Comment

Insya'Allah bila dah buat nnt kita tayang ok! Tq Ann.

Post a Comment