Blogger templates

Bandung Escapade - (4) : Sulfur, Strawberry & Kampung Daun

Bangun pagi. Gosok gigi. Cuci badan kasi wangi.
Mickey mouse beli di Pasar Baru + Slipper mouse juge dari Warung Nasi Ampera.



Final day. Kami masih menggunakan khidmat Pak Asep membawa kami ke luar dari Kota Bandung, kali ini kita ke Tangkuban Parahu, gunung berapi yang dikatakan masih aktif.


Jam 8am perjalanan dimulakan. Selepas light breakfast di Hotel Kenangan. Owh, kami tukar ke Hotel Kenangan untuk 2 malam terakhir. Standard room with fan - fan okey, no aircond sebab kalau ambil aircond bukan pakai pun. They charged us IDR890,000 for 2 rooms/2 nights, lebih kurang RM156 per room untuk 2 malam. So jimat!. :P


Perjalanan ke Lembang serupa macam nak ke Cameron Highland. Memang berliku tapi tidak lah sampai memabukkan. 45 minit kemudian, dah terbau2 sulfur menusuk dalam hidung kami semua. Auchhhh!.



Subhanallah, indahnya ciptaan Tuhan.

Tiket masuk wisata is IDR50,000 seorang, dan IDR15,000 untuk kereta - so kami perlu bayar IDR165,000 utk 3 dewasa & 1 kereta. Boleh tahan mahal juga, just like i said before, here everything is money. Even kau nk reverse kereta, ada orang tolong check line clear ke tidak, still kau kena hulur duit walaupun cuma syiling bernilai IDR1,000 (RM0.35).

















Apa yang seronok di sini adalah dia punya udara yang nyaman, sejuk sangat sebab tempat ini berada lebih kurang 2000m dari aras laut. Bersepah2 orang jual jacket dan topi bulu arnab. Strawberry, raspberry & blackberry juga ada, manis2 belaka. Sebaik saja turun dari kereta, berpusu2 penjaja mengekor nak jual barang. Macam biasa, bila dah lama dekat sini korang akan terima keadaan ni, dan tak lah marah2 macam aku mula2 sampai dulu. Haha.








Kuda ini bernama Sabrina.

IDR40,000 untuk satu pusingan.


Lebih kurang 1 jam, kami beransur. Bas2 pariwisata dah makin banyak naik, makin sesak jadinya atas tu. Aku suggest kalau nak jenguk sini datanglah awal pagi so tak la berlanggar punggung bila nak berjalan.


Turun dari Tangkuban Parahu, Pak Asep bawa kami ke strawberry farm. Dalam kepala dok terbayang farm besar dan cantik macam dekat Cameron Highland. Tapi sangkaan aku meleset sama sekali...









Btw, ini adalah salah satu tempat yang tidak sesekali aku menyesal untuk pergi. Since Alia "hantu" strawberry mcm sorang member dia kat sana tu, peluang dapat petik strawberry sendiri adalah sangat mengujakan dia. Sebab tak pandai pakai gunting, dia rentap je buah stoberi tu sesuka hati dia. Haha. Nasib ko baik nak sebab ahkak yang jaga tu tak nampak.


Kat tangan kiri tak habis lagi.

Tangan kanan dah petik lain.

Untuk masuk, bayaran adalah IDR7,500 seorang dewasa. Buah yang yu oll petik nanti akan ditimbang dan kena bayar lah. In the end, sebelum berangkat pulang kami disajikan dengan segelas jus strawberry yang pure dan otak2 ikan versi Sunda.

Ermm. Jus strawberry pure yang membuatkan perut aku bergelora lantas muntah2 macam org kena poisoning. T_T




Makan tengahari di Kampung Daun.

Muka adalah tak semenggah, kata orang sakit kan?.

Kampung Daun is a great place to go. Actually ini tempat makan, mostly orang2 Jakarta dan Bandung datang makan waktu malam. So, bila daytime kebanyakannya adalah pelancong. As usual, they served masakan Sunda, cuma berbeza sebab harga makanan a bit high. U pay not only for the food, but also for the atmosphere. Sangat menenangkan dengan bunyi waterfall & burung berkicauan. Acewah!.










Lepas makan di Kampung Daun, aku minta Pak Asep hantar ke Pasar Baru lagi. Beberapa pencarian akhir sebelum say bye-bye to Bandung. Di hari terakhir ini lah baru aku jumpa kain shantung untuk teman yang mengirim, juga beberapa helai untuk diri sendiri, adik2 dan saudara mara.


Just nak remind yu oll yang nak pergi Bandung, Pasar Baru will close at 5pm. So kena pilih dan beli cepat2. Jangan kata "eh nak survey tempat lain dulu", for sure tak kan dapat jumpa benda yang sama. Kalau benda tu korang suka, dan harga yang ditawarkan menarik, just bayar je. Kalau tak nanti menyesal. Keh keh keh.





Last sekali kami singgah di Kartika Sari dan juga Amanda Brownies. Borong banyak2 brownies, kek lapis dan bollen. Durian bollen memang tersedap woh!. Rugi rugi rugi beli 1 kotak sajo sebab aku sorang saja yang menghabiskan. Next time sesiapa ada nak pergi Bandung wajib info aku sebab aku nak kirim barang 3 -4 kotak lagi.
So, the journey ends here. Esoknya kami pulang dengan badan penat dan senyum meleret. Flight jam 8.30am, Bdo time. Beli FM & key-chain di airport untuk mengahbiskan rupiah2 terakhir. Sampai la ni aku tak ingat mana aku letak plastik FM tersebut. Huhu.


Looking forward to have another holiday ke Bandung. Rindu climate sejuk dan orang2nya yang ramah mesra. :)




Bandung Escapade day 3 is here.







14 busy bees:

Em's Family said... Reply To This Comment

i tak pernah sampai bandung lagi.. tapi husband i banyak kali jugak .. nak panjat gunung.. gunung ape i tak sure

NURUL JAMIAN said... Reply To This Comment

best ye bandung ann? tok wan raina baru je dua minggu lepas balik dari bandung tok wan raina ckp best sgt2 nak pergi lagi katanya. nurul tak pernah sampai lagi bandung

Ann said... Reply To This Comment

Em,
salam kenal

btw i think u should go, one day
since ur hubster selalu ke sana kan
u won't regret babe
percayalah
:)

Ann said... Reply To This Comment

Nurul,
bandung sangat best
despite cuaca yg sejuk, shopping adalah agenda yg utama
hahaha
dan org2 bandung yg sangat cool!

:)

sharEna said... Reply To This Comment

nanti nk pegi bandung aku refer entry2 ko sini aje hehehe

nanonano said... Reply To This Comment

aku tgk entry mu yg part 4 ni buatkan aku meronta2 nakg sane, huhuhu
ntah tahun bile,
tggu mu bwk aku kot

wahh lawo sliper kakak, hehe

Ann said... Reply To This Comment

Ena
silakan silakan
wah bunyi mcm x lama lagi je tu
hehehe

Ann said... Reply To This Comment

Na,
tidak dinafikan last day ni mmg ada syok sikit
selain x perlu bersesak dgn kain2
dpt hirup udara sejuk dan tgk pemandangan yg best


btw klu rajin bole lg jalan ke bawah utk lihat kawah domas (klu x silap)
tp sbb aku ada handbag berat 13kg jadi aku xmo menyusahkan dr sendiri
haha

bereh mek
next year kita pergi lg
bulan 10/11 deh?
pegi booking tiket cepat2
:P

ღnFashyaღ said... Reply To This Comment

Syoknya jalan2 bandung. lepas ni nak mengidam makan strawberi Bandung la pulak. hahaha.

Muka alia ni memang saling tak tumpah muka ayah dia kan...

Fadilah R. said... Reply To This Comment

ada raspberry and blackberry. murah ke ha? teringinlah pulak. kat sini kan mahal sgt.

Ann said... Reply To This Comment

Fashya
haha. sila lah mengidam so husband bole bawa p jalan2 bandung sekali
kekeke


alia mmg dr dulu org kata muka serupa ayah
pasrah saja la
tp ada org cakap klu anak perempuan ikut muka ayah = sejuk
tak tahu la apa yg sejuk sbb tgk alia sokmo x suka ikut ayah kalau ammi ada
T_T

Ann said... Reply To This Comment

Fad
iye fad, s/berry - blackberry & raspberry dia manis2 betul
aku terkejut gak sbb dulu beli kat jusco raspberry rasa masam sgt
harga pun murah
aku beli IDR50,000 utk 2 packet (lepas tawar harga)

~MaMa RX SToRYMoRY~ said... Reply To This Comment

Good news untuk peminat Bagelen, Pisang Bolen, Brownies KARTIKA SARI & Brownies AMANDA

A taste of Bandung right here in your town.You 'll awesomely love it.


Pick-up point area: Putrajaya, PetalingJaya, Bangsar, Setapak, Gombak, Kota Damansara.

Brownies ETA ✈✈✈ on 2 dec 2014

Yummy & Fresh from Bandung, Indonesia

Place order or grab our limited supply now.

WhatsApp/sms dazlina +60192633431

Http://mamarxstorymory.wordpress.com

bercuti murah kat bandung said... Reply To This Comment

Kami menawarkan kereta yang baik dan selesa untuk sewa dengan pengalaman dan pemandu mesra dalam mengendalikan pelancong. Mutiara Bandung sewa kereta menawarkan beberapa pakej untuk kereta sewa tempatan yang anda boleh pergi ke mana-mana sahaja di Bandung.

Jika anda mempunyai sebarang soalan, jangan teragak-agak untuk menghubungi saya melalui e-mel atau sms panggilan.
Hubungi kami Bilangan +62 858 6137 8328 ( Whats app bersedia ) atau email: tonybandung@smartfren.blackberry.com


Kereta + Pemandu + Parking + tol + makan pemandu ( semua dalam pakej) Bandung Dalam Bandar

Kereta Taip Daily/14 jam
Suzuki APV ( 7seat ) Rp 450,000

Toyota Avanza ( 6seat ) Rp 450,000

Toyota Innova ( 7seat ) Rp 600,000

KIA Pregio ( 10seat ) Rp 650,000

Isuzu Elf ( 11-15 tempat duduk ) Rp 750,000

Isuzu Elf Long 16 tempat duduk IDR 950,000

* semua dalam pakej termasuk pemandu, petrol, tol, fee parking tiket, makan pemandu.

Pemandu Bandung Sedia Perjalanan dengan Anda. Pemandu Bandung berpusat di Bandung. Pemandu bersedia untuk menerima banyak pesanan. Mereka boleh menyediakan banyak jenis kereta. Dari minivan kecil sederhana sehingga bas besar. Harga kereta boleh dipratonton dalam harga kereta lengkap. Harga termasuk kereta, pemandu , petrol, letak kereta dan tol. Kebanyakan pemandu Bandung tahu sedikit bahasa Inggeris. Mungkin anda memerlukan panduan berbahasa Inggeris juga. Pemandu Bandung boleh menyediakan keperluan anda semasa perjalanan. Malah bagi pakej makan. Dengan Pemandu Bandung anda membayar harga hanya untuk menyewa kereta , perkhidmatan pemandu dan petrol dalam satu harga. Anda juga boleh hanya membayar kereta dan pemandu tanpa petrol jika anda want.Anything yang tidak disebut di sini boleh dibincangkan dengan lebih lanjut melalui e-mel jika anda memerlukan destinasi yang berbeza. pemandu berbahasa Inggeris yang tahu Bandung juga
Anda boleh berbincang tentang di mana untuk pergi dan mencari hotel yang anda suka apabila tiba di Bandung. Jangan teragak-agak untuk menghubungi kami espescially jika anda kali pertama di Bandung.

Harga murah untuk mengupah pemandu di Bandung adalah 450,000 WPI. Ia adalah untuk Bandung bandar pelancongan. Harga termasuk pemandu, petrol, tol, kenderaan , makanan pemandu dan lain-lain Anda membayar terus kepada pemandu apabila anda sedang duduk dalam kereta. Ini bermakna pembayaran pada hari pertama lawatan. Anda juga boleh membayar di akhir lawatan . Kadang-kadang pada akhir hari.

Mengenai untuk pengesahan tempahan kereta kita perlu maklumat penerbangan anda / nombor atau nama hotel di mana anda tinggal di Bandung. Kami percaya pelanggan kami. Apabila anda mengatakan bahawa tempahan kereta untuk tarikh tertentu disahkan, maka ia disahkan. Kita tidak memerlukan wang pendahuluan . Sila ingat bahawa Kami akan menjemput anda jika anda mengatakan bahawa tempahan kereta disahkan.


CALL / hubungi / sms / Nego / konsultasi percuma :
HP / SMS / CALL : +62 838 2178 9103
WhatsApp : +62 838 2178 9103
email: icanyorke@yahoo.com
bandung-indah.blogspot.com
bandung amanah tour & transport

Post a Comment