Blogger templates

Kisah Bandung & Kakak-to-be

Dah sehari ke sehari nak update blog, tapi asyik tertangguh sebab tak ada gambar. Nak transfer masuk hard disk, cablenya buat hal pulak. Tak boleh detect. Dah transfer masuk pendrive, sampai office pc pulak tak boleh view. Grrrrr. Nasib baik ada card reader member jadi penyelamat.

Oh!. Pasal title entry tu sangat tak boleh blah. Kakak-to-be. Keh keh keh. Yelah, kena sedia dari awal if nak jadi kakak. Sebab kan dah sign agreement untuk masuk Kelab Anak2 Sulung Tahun 2013. :P

OK. Ni dah banyak melalut dah. Sekarang ni mode adalah berbunga2 sebab minggu depan den sekeluargo nak terbang meninggalkan Malaysia buat beberapa ketika. Penerbangan entah-keberapa-kalinya untuk ammi & ayah, manakala penerbangan ketiga untuk alia. Amboi nak, kecik2 dah sokmo naik turun katebang yerp.



Bila nak holiday jauh2 jauh ni, lebih-lebih lagi ke tempat orang, macam2 yang aku fikirkan. Bukan fikir aje, semua aku rasa nak angkut sekali. Keh keh keh. Macam mana lah nak pack light cenggini. Btw yang paling penting of all is ubat2 alia. Mak bapak takpe, sakit pening telan panadol sajo. Anak semua kena rapi. Dari ubat demam, selesema, cirit-birit, batuk, plaster, cool fever serta syringe. Sampai kan biskut, cereal dan milo kotak kecik aku pack masuk beg. Poyo okey. Macam nak holiday pergi negara2 yang susah dapat makanan halal je taw. Nyampah!. Haha. Takpe, ini sebagai persediaan untuk misi jelajah Korea tahun 2013. Kan kak zure's?. :P




Oh, before that. TQ to adik comel Norah sebab sudi pinjamkan stroller dia kepada akak alia. Akak kan ngada2 sebab takmo dok stroller sendiri. Harapnya ammi & ayah, serta Cipcip [read:Cik Dib] dapat berjalan dan bershopping dengan senang lenang, tak perlu nak dukung kamu sokmo. Ngengenge.

Oklah, now cerita last weekend. Jalan2 KL dengan misi utama untuk cari money changer. Tukar siap2. Itu pun rate masih mahal, which is 1m=RM350. Portion emak aku tukar dekat Putrajaya 1m=RM354. Oh, keluarga pengantin sudah rugi RM4 disitu. Hahaha.

Then singgah The Mines. Lama tak jejak sini, rasanya. Alia kalau datang sini mesti nak jumpa ikan2 dalam tasik. Ikan yang kurang makan, kata hubster. Sebab sokmo merempan2 semuanya kalau kita campak roti/makanan. Agak-agak kalau orang jatuh dalam tu, sempat tak nak diselamatkan?. Or selamat kena baham sikit2 oleh ikan-ikan tersebut?




Kakak adalah semakin poyo sikit sekarang. Ambil gambar kalau x buat muka cheeky dengan peace 1 tangan, dia akan buat pose macam atas ni. Sokmo masuk jari dalam mulut. Macam baby. Eyhh geli ibu taw.

Tengok tu seluar dah senteng. Kah kah kah. Jeans seme dah selamat ibu pack dalam beg. So pakai apa yg ado saje. Nasib lah nak.

Lepas itu kita pulang ke Putrajaya. Tersinggah pulak kat Souq, dekat Masjid Putrajaya tu. Niat nak makan Nasi Arab. Aku selalu story nasi situ sedap. Nasi je, ayam biasa2 saje. Dulu selalu pergi dekat Saba' Cyberjaya tu. Situ pun sedap.




Yer, inilah orangnya. Badan kecik tapi selera besar. Ayah order 2 Chicken Khabsa, untuk ibu dan ayah. At last ibu yang x dapat, dapat tengok aje n suap sikit2. Haha. Anak dara ni memang sejak pandai makan sendiri takmo share dah makanan dengan ayah ibu. Dia nak pinggan sendiri, fork & spoon sendiri. Suap sendiri. Tapi part nak makan ayam tu pandai pulak sebut, "ayah nak ayam" or "ammi nak ayam". Cer amik sendiri, boley?. Kekeke.

Itu je aktiviti last week. This week tak tahu lagi since family besar nak turun padang. Maybe akan buat lawatan sambil belajar ke Zoo Negara, atau Taman Rama-Rama atau Pusat Sains Negara etc etc. Haha dah macam cikgu sekolah buat rombongan untuk anak2 murid.



* Congrats to BFF Jue. I like!! *

8 busy bees:

sharEna said... Reply To This Comment

laki aku ckp nak ke kaisya ddk kt stroller naurah tu? kakak kan beso nk banding si kenit tu..ekeke...

aku hrp ok la stroller tu wey for kaisya =p

Ann said... Reply To This Comment

tu psl beb
sbb dia panjang la aku x bwk combi tu
kalau dia tido kang tetibe meleret jatuh ke bawah sket
haha
aku harap okey la
kalau x okey alamatnye mmg berdukung saje la nanti
huhu

aziyana said... Reply To This Comment

alia ni senyum sebijik gaye maknye..mmg kompem anak mak dh ni

Ann said... Reply To This Comment

Yana
senyum ikut mak
tapi kalau gelak besarrr mmg sebijik ngikut bapak
hahaha

wardah @ fie shah said... Reply To This Comment

Ok, ingat Ann dah ikut jejak nak babies 2012 ni.Kita 2013 la ok? Haha

nanonano said... Reply To This Comment

klu mu dkt ngn aku,
aku rase better mu amek buggy mika je weh, lg senang bwk if dia nk berdkung or brjalan,
lipat mcm payung je galas, hehehe
eh tp klu dia nk jalan,
ley je stroller tu jd trolly tuk tolak byk2 kain shantung yg mu borong tu kot? xyah lipat ah, ahhahaha xsbr aku wehhhhh

Ann said... Reply To This Comment

Fie,
kita dah sign aggreement baby tahun 2013 hehehe. conceive akhir tahun depan n deliver bulan 9, 2013
hahaha planning baik punye.

Ann said... Reply To This Comment

na
kehkehkeh
disebalik kata2 mu psl stroller
terselit jugak kain shantung tuh
mwehehe
stroller buwat tolak shantung?
mana bole beb
kesian stroller norah gitu
lgpun takmo bwk stroller time soping kain baju
xdan nk pilih n tolak
time tu ikat je alia dekat perut ayah dia
keh keh keh

Post a Comment