Blogger templates

Memasuki tahun ke-enam

Entri ini sejujurnya diinspirasikan dari blog Elly.

Selepas habis diploma, aku kerja dengan private. Dua tahun lepas tu, aku dapat panggilan interview, di Pejabat SPA di Johor Bharu. Kemudian, keluar result, aku as calon simpanan. Masa itu ada sedikit rasa kecewa.

Lebih kurang beberapa bulan lepas tu, ketika aku tengah struggle dengan kerja di sebuah outsource company di Cyberjaya, aku dapat call dari SPA. Depa tanya aku setuju tak dengan offer kerja sebab aku tak reply pun, either by phone or letter. Ye la, macam mana nak reply sebab surat tu x sampai pd aku. Sampai pd orang lain yang mana alamatnya di Sentul sana tu.

Dan yg haru, emak kepada org yang alamatnya di Sentul tu siap call SPA minta adjust kalau aku reject, offer tu diberi pd anak dia. Hehe.

So Alhamdulillah. Tunggu tak lama. Dec 2006 aku start kerja di sini. Sampai la ni. Hati dah meronta ronta nak pergi tempat lain, tapi cepat sedar diri sebab kita ni close service. So pasrah sajalah.

Berharap sangat supaya ada peningkatan kerjaya untuk tahun ini. Either dalam jawatan yang sama, atau jawatan yg lain. Insya-Allah. Semoga Allah permudahkan jalan aku.








0 busy bees:

Post a Comment