Blogger templates

Jom kita ber-Indulgence pula!



Hi peeps!.

Lama betul tak ada entry dalam blog kesayangan-lah sangat ini. Dalam kepala macam-macam benda nak share, tapi kemampuan jari jemari membataskan segalanya. Al-maklumlah, kerja sehari suntuk dok captured data je. Naik jam tangan mak ni hah.

Last weekend memang tak ada apa-apa aktiviti pun. Since hubster pun kerja Saturday evening tu. Pagi-pagi as usual, bibik dah sediakan bfast. Breakfast macam nak makan tengahari sekali. Gaya gini, mmg makin gemuklah. Bukan aku yg gemuk, sebab aku banyak tengok dari masuk mulut. ^__^

Ok dh melencong dari tujuan asal. Ahad tak ada aktiviti. Lepas borong stok lauk untuk seminggu, tiba-tiba macam ada satu suara bercakap-cakap. Bunyinya macam nak makan kek coklat. Siap perli lagi, asyik buat utk tempahan aje. Cehhh. 

So, aku pun bersiap sedia nak bersilat utk buat kek coklat, khas utk mulut yg bercakap belakang tadi tu. Sekali check on resepi, terliur lah pulak dengan Choc Indulgence cake ni. Tup tup, terus terjadi lah pulak *ok yg ni tipu lah kan*. Haha.

Actually, resepi ni aku cedok dari Google je. As usual. And menurut tulisan yang empunya blog tu, resepi adalah dari bekas Chef SR sendiri. Oh my, patut lah cake ai terasa sedap sangat mcm kek SR. Ok, sila muntah. ^__^

Check out resepi ye geng!.

Untuk chocolate sponge cake
· 150g tepung super fine
· 150g gula kastor
· 5 biji telor gred A
· 1 sudu besar ovalette
· 80ml air
· 80ml minyak / mentega cair
· 1 sudu teh choc emulco
· 1 sudu teh serbuk penaik
· sedikit pewarna coklat 

Satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)

Tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.

Sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius.

Buat sebanyak 4 lapisan ya. Kalau malas (malas lagi, haha) nak potong jadi 4, boleh la bakar guna swiss roll punya loyang. Size 12inch, bakar sebanyak 2 kali. Then dah masak, potong 2. So dapatlah 4 lapisan. Mudah kan?. ^__^


Ok. Part buat sponge cake ni memang leceh dan remeh. Kalau anda semua adalah malas, tapi nak makan this cake, boleh la beli sponge mix aje. Tinggal tambah bahan-bahan sampingan, dan putar. Siap!. 

Next is to mix the chocolate filling. Yippie!.

White choc filling 
100g compound white choc
150g butter
100g gula halus
250 whipping cream

Dark choc filling
100g compound dark choc
150g butter
100g gula halus
250 whipping cream

Gunakan cara yang sama, dalam 2 bekas berbeza.

Cairkan choc secara double boiler.

Pukul whipping cream sehingga kembang. Pastikan suhu tak mencapai suhu bilik semasa diputar dan jangan over mix, nanti jadi berketul.

Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan coklat dan diakhiri dengan whipping cream. Kacau rata.

Lepas ni, nak assemble cake pulak. Yup, cake ni bak kata penulis blog asal, dh macam kek sinetron. Proses panjang tapi nak buat tak lah susah mana. So, assemble cake-white choc-cake-dark choc-cake-white choc-cake-dark choc-ganache. Siap!.

Ok lupa, ni resepi ganache.
300g dark choc
300g whipping cream

Masak whip cream hingga timbul buih buih kecil. Masuk choc and kacau sampai mencair keseluruhannya. Tuang atas cake bila ganache dah sejuk sedikit.

Btw, lepas buat lapisan cake & choc filling tadi tu, masuk sekejap dalam fridge utk set kan cake, before tuang ganache ya!.

Ok, kalau x faham, dan nak buat, jangan malu untuk bertanya. Takut sesat jalan pulak. Hehehe. Tapi kalau tak faham, dan tak nak buat, tapi nak makan, boleh singgah page kat FB untuk order, ya?. :))

Ok sekian. Jumpa lagi lain kali dalam rancangan masak-masak. Tata!.


*Ok. Aku tak tahu kenapa tulisan kejap kecik, kejap besau. Maaf kalau buat korang pening kepala*
* Dan lagi, gambau kek mmg itu aje lah pun yg sempat captured. tu pun pkai camera Ipad. Buruk benau. Malas oh nk hangkut kamera gabak sana-sini*

12 busy bees:

aziyana said... Reply To This Comment

malas nk buat tp nk makan..guane tuh ann? kihkihkih

nanonano said... Reply To This Comment

ok set!
tggu bufday aku nanti la buat beres???

Tengku Fauziana said... Reply To This Comment

ooohh...mcm gini gaya nyer..xbuat la kot..
beli je ar kt SR tu..aku pun je yg suka kek ni..hihih

ღnFashyaღ said... Reply To This Comment

Jeles betul orang pandai buat kek ni.. Uwa, husna cakap 'nak ikit'

Ann Ilias said... Reply To This Comment

Yana,
malas nak buat tapi rajin nak makan jawapannya kena beli dekar SR aje lah
kekeke

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@nanonano
okey babe
birthday sendiri, kek bikin sendiri ye?
bagus bagus
yg pasti sure mu melelehhhh punye time telan kek tu nanti
hahaha

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@Tengku Fauziana
haha
nampak macam susah kan
tp senang je sebenanrnya
cuma agak remeh sbb kena mix 2-3 kali
:)

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@ღnFashyaღ
pesan kat Husna
tunggu dia mari sini nanti anT buatkan sebijik special utk Husna n baby dlm tummy
:)))

antalya said... Reply To This Comment

ujong thn mau tempah. utk besday hubby.insyaallah

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@antalya
boleh Insya-Allah dear
:)

Yantie Azan said... Reply To This Comment

teringinnya nak try..;)

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@Yantie Azan
Jom try yantie
baca resepi mmg nampak mcm susah
tp dah buat, senang je sebenarnya
nway selamat mencuba ya!
:))

Post a Comment