Blogger templates

Portuguese Egg Tart


Semalam adalah kerja separuh hari saja. By tengahari dah tak larat sebab sakit kepala dari pagi. Pergi klinik doc kata migraine. Haihh, sejak bila pulak pandai nak migraine nih. T__T

Balik rumah, makan ubat terus pengsan. Bantai tidur dekat 3 jam jugak. Terjaga sebab dengar suara comel Alia Kaiyisah nyanyi kuat-kuat depan TV. Dia tak masuk bilik pulak, or maybe dia tak perasan aku dah balik awal.

Tetibe tekak rasa nak makan something yang manis. Adoi, dah macam mengidam pulak. Buka fridge, tengok ada baki puff pastry, susu dan telur 3-4 biji. Terus rasa nak buat Portuguese Egg Tart. Oh!, aku memang peminat tart ini. Kalau tart telur dengan shell tepung yang biasa tu aku kurang gemor sikit.

Ok. Tekak aku memang cerewet. Or, more to mengada-ngada. Haha.

Ngam-ngam azan maghrib, tart dah sedia dalam oven untuk di bakar. Lepas solat je terus bantai makan anak beranak. Bibik as usual, kuih-kuih cenggini dia kurang sikit. Cuba ko bagi apam ke, lepat pisang ke, laju aje dia makan. Kehkehkeh.



Maaf. Rupa adalah buruk sebab aku selok isi filling tu penuh-penuh konon nak kasi cepat habis. Kalau korang nak buat, jangan tamak haloba macam aku. Nanti outcome tak comel. 

Tapi tak apa. Sebab yang makan pun masing-masing dah cukup comel. ^__^

Sudah, tak perlu buang masa lagi. Ni resepi. Boleh cuba kalau rajin.

Puff Pastry (A)
80gm plain flour
75gm melted butter

Puff Pastry (B)
80gm plain flour
1 tsp milk powder
1 tsp sugar
1/4 tsp salt
1 tbsp corn oil
1 egg yolk
2 tbsp ice-cold water

Filling
100gm whipping cream
55gm sugar (aku kurangkan to 50gm - still manis)
1 pcs cheddar cheese, chopped
125ml milk
2 eggs
Pinch of salt
1/4 tsbp vanilla essence

Masak 1/2 dari cream atas api sederhana. Masukkan gula dan stir sehingga gula hancur. Masukkan baki cream dan keju dan kacau sebati. Matikan api, sejukkan. Masuk telur (kacau sedikit), esen vanilla dan susu. Kacau sebati dan tapis.

Masukkan dalam acuan tart (yang dah diletakkan pastry) sehingga 3/4 penuh. Bakar suhu 220 C selama 25 minit, atau sampai perang.

*Oleh kerana cara nak buat doh ada sikit complicated, maka sila lah beli puff pastry yang ready made saja ya. Kalau rajin nak buat, boleh refer resepi yang bersepah dalam internet. Buat banyak-banyak and simpan. Lepas buat tart telur, boleh buat curry puff, vege puff etc etc. Senang dan memudahkan. 

Ok selamat mencuba!.



8 busy bees:

nanonano said... Reply To This Comment

woooooaaa nmpak mengiurkan!

m@ri@ said... Reply To This Comment

glurpp sedapnya..

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@nanonano
menggiurkan?
hahaha kelako la mu nih
aku tengok sedih je rupa dia gitu taw
nak makan pun rasa nk nangeh
nasib baik rasa okey

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@m@ri@
not bad on rasa
tp really bad on rupa
hahaha

~daRLee ZuRiS~ said... Reply To This Comment

Wah.favourite sharil nih.
Memang kena try kalu cerita kat die

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@~daRLee ZuRiS~
wahhhhhhhh
kitorang ada citarasa yg sama ke??
hahaha
ok zuris sila lah try ye

ღnFashyaღ said... Reply To This Comment

rajin gile! kite kalo tgk resipi macam2 nak ni terus hilang semangat nak buat..uwaaa...

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@ღnFashyaღ
kita dh bg resepi paling simple ah tu fashya!
hehe
beli puff pastry ready made
lepas tu buat filling
bakar, siap, then bole makan
hehehe

Post a Comment