Blogger templates

Tentang sebuah perubahan

Sudah empat minggu. Kepala like stuck dalam satu kotak yang sempit dan gelap. Hati rasa berat. Sendiri fikir dan sendiri pening. Macam orang dalam konflik. Konflik dengan diri sendiri.
Semuanya bermula dengan kejadian pada satu malam. Malam yang pada aku sangat panjang dan aku hanya mampu duduk sambil memandang mereka-mereka yang aku sayang sedang lena dalam tidur. Kepala kosong. Tapi jiwa bergolak.
Dan konflik semakin parah dengan sekeping gambar, yang betul betul memberi kesan pada hati aku. Terkesan sehingga setiap kali aku mengingatinya, airmata akan mengalir tanpa sedar.
Maafkan aku!.
Aku lupa, atau sebenarnya aku buat-buat lupa, bahawa apa yang aku lakukan memberi kesan kepada mereka-mereka yang aku sayang.
Dan sekarang, aku tekad dengan sebuah perubahan. Semoga kali ini aku mampu istiqamah lebih panjang.